Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 17 April 2014

Diari Suri Bekerja Dari Rumah : Pentingnya Urus Akaun Bisnes

Assalamualaikum,

Hari ini aku mahu kongsikan tentang sikit sebanyak mengenai akaun bisnes. Cewah! Bisnes juta-juta kah? Takderlah, ini hanya untuk surirumah macam aku ni je, yang setiap hari masuknya dalam RM10, RM20, RM100, RM150. Bukannya masuk sampai ribu-ribu mahupun juta-juta pon. Kalau dah sampai tahap juta, kena upah auditorlah pula nanti untuk keluarkan laporan kewangan tahunan.

Alhamdulillah, hari ini aku baru nampak yang ada hikmahnya Allah telah tetapkan aku untuk bekerja di bahagian "perolehan" (bahagian buat tender kerana sekurang-kurangnya ada juga pengalaman bekerja yang aku dapat. Betul bak dikata orang "Perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita". Jadi, jangan dok mengeluh sangat jika gaji sikit ke apa. Lakukan dengan ikhlas, insya Allah lama-lama nanti akan nampak hasilnya :)

Oklah, mengikut pengalaman aku yang dah lama buat bisnes online ni. Iyalah sejak dari 2009 lagi tu. Tapi masa tu aku masih bekerja, memang duit bisnes tak nampak mana sebab habis buat pusing modal & beli barangan aje. Memanglah susah untuk melihat balik apa yang aku dapats etiap bulan kerana masa itu aku berniaga tudung dan kain ela. Dapat duit hasil jualan kena ulang beli stok baru dan begitulah seterusnya. Tapi aku bersyukur juga, sekurang-kurangnya sepanjang berniaga tu, aku berpeluang menjual di bazar Ramadhan The Summit (walau tak untung mana) & juga di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC (walaupun kena tipu dengan penganjur). Semua itu satu pengalaman yang begitu berharga bagi diri aku yang bermula dari tiada apa pun asas tentang berniaga!

Bak pepatah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

Ok, sambung lagi, selepas berhenti kerja pada tahun 2012. Awal-awal tu memang aku rasa sangat "down" sebab sudah hilang punca pendapatan tetap dan masa tu nak bisnes pun dah rasa hilang semangat dah. Mungkin sebab aku lakukan sorang-sorang, bila tiada jualan mula rasa tak ada semangat dan hilang motivasi. Alhamdulillah, masa ni kak Masayu Ahmad mendekati aku dan menawarkan untuk menjadi ejen dropship untuk produknya. Waaah, tak sangka begitu mudah jika sesuatu perkara dilakukan bersama-sama. Masa ini saya sudah mempunyai pendapatan sendiri tapi masih lagi berubah-ubah. Maksudnya tidak tetap dan pendapatan masuk mengikut mood.

Tahun lepas merupakan tahun di mana aku mula fokus menjadi guru online. Rupa-rupanya lebih mudah jika menawarkan servis dari menjual barangan fizikal. Jadi, aku teruskan sehingga sekarang. Masalah yang sama berlaku apabila hujung bulan tidak nampak di mana hasil duit yang didapati dari mengajar pelajar membuat blog? Memang misteri sehingga lah aku masuk kelas urus akaun secara online pada awal tahun ini iaitu pada bulan Februari yang lepas. Alhamdulillah masa itu aku nekad untuk terus berdisiplin dalam menguruskan kewangan bisnes. Duit yang dapat memang dicatat dan direkodkan setiap hari (jika ada) dan jika aku membeli atau menggunakan wang bisnes pun akan dicatit. Pendek kata, semua kena masuk buku kira-kira lah!


Ini adalah contoh buku kira-kira ahkak dalam laptop "baru". Yang bulan-bulan lepas dah "gone with the wind" dah bersama laptop Toshiba yang rosak tu. Padan muka tak buat back up, kena lah mula balik. Tapi sejujurnya, ini adalah yang paling asas yang aku tahu. Ada lagi beberapa urus niaga seperti stok material (untuk produk parti) dan senarai lain yang sentiasa kena update. Pendek kata, hatta 5 sen pun masukkan rekod ya tuan tuan puan-puan.

Alhamdulillah, sudah boleh nampak hasilnya. Bila kita tahu rekod kewangan kita, sekurang-kurangnya kita sudah boleh target berapa jumlah pendapatan bulanan yang dimahukan. Jangan ingat bila bekerja sendiri semua yang kita dapat itu adalah gaji kita. Nak kena asingkan juga kepada beberapa tabung seperti tabung simpanan hari tua (ingat orang kerja je ke ada KWSP?), tabung hutang dan tabung ape dah satu lagi (lupa!). Gaji juga boleh tetapkan dahulu dan selebihnya bolehlah usaha tanpa had. Contohnya bulan ini nak target gaji RM700, jika sudah mencapainya boleh target lebih lagi pada bulan seterusnya. Yang pasti kena usahalah hoiiiiii

Mana ada duit nak datang bergolek-golek ye dak?? Ini semua banyak yang aku dapat melalui sifu aku yang tak putus-putus memberikan sokongan dan mengajar kami untuk lebih bijak dalam menguruskan kewangan. Pada korang yang takde sifu, jangans edih-sedih. Ini haa ada kelas offline belajar urus akaun di Shah Alam. Lagi bagus sebab dapat bertetang mata lagi dengan cikgu. Kalau nak tanya boleh tanya direct aje. Nak maklumat tak??

Ini maklumat kelas :

Tarikh : 10 May 2014 (Hari Sabtu jadi memang tak ganggu waktu kerja uols)

Tempat : Tingkat 2, PKNS Bizpoint Shah Alam

Waktu : 9 pagi - 5 petang (air mineral & makan tengahari disediakan)

Modul :

 1. Pengenalan Book keeping and accounting

2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer

3. How to do record keeping

4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan

Harga?

5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????

6. Case Study (full set of Bookeeping)

case study - hands on task. Full cycle how to do book 

keeping.

Oklah, jika berminat boleh daftar melalui aku juga. Hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Facebook : Zaila Mohamad
Sms / Whats app : 012-3228651

Laparlah pula, nanti-nanti kita sembang lagi ya! Toksah dok zoom gambar lah untuk tengok pendapatan aku. Takderlah banyak sangat tapi yang penting kena sentiasa bersyukur. Alhamdulillah!

Bye!

1 ulasan:

Rizziela berkata...

bagus.. untuk record dimasa depan

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^