Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 17 April 2014

Nak Raya Ni Gunakan Blog Sebagai Sumber Pendapatan

Assalamualaikum,

Tak habis-habis bercerita tentang blog ya. Maklumlah blog kan tempat aku mencari sumber pendapatan:P

Alhamdulillah, walaupun tak banyak tapi sekurang-kurangnya dah lepas buat bayar bil broadband RM98 sebulan. Semuanya hasil dari berblog dan usaha yang tak putus. Kalau tak usaha rasanya lambat sikitlah nak dapat hasil kan?

Sebenarnya masih banyak yang aku sendiri pun kena dan sedang pelajari. Dunia internet ni rupa-rupanya seperti lautan yang luas. Sekarang ini aku ibarat nelayan di tepian pantai je, sesekali aje bila memancing dapat ikan. Jika mahu ikan yang banyak kenalah berguru ilmu lain pula. Mungkin macamana nak guna kapal laut dalam untuk tangkap ikan ke. Pendek kata harus sentiasa menimba ilmu.

Insya Allah, semoga diri ini terus istikomah. Alang-alang dah buat blog ni, mohler kita teruskan sampai ke penghujungnya (yang mana aku sendiri pun tak tahu di mana). Moga Allah permudahkan segala urusanku. Aamin.


Alhamdulillah rezeki hari ini rentetan entri beberapa hari yang lepas mengenai nasi arab. Terima kasih ya pada yang sudi membeli :)


Tahniah juga buat pelajar-pelajar aku yang terus mara dan maju dalam bisnes masing-masing. Aku hanya tunjukkan perkara yang asas sahaja selebihnya atas kalian lah mahu terus mara atau tersadai di tepian pantai sajork. Eceh! Berfalsafah pulak :)

Oklah, nak rehat jap..Sesiapa yang mahu belajar dipersilakan tapi aku memang cakap awal-awal, memang kenakan bayaran. Kalau tak camno aku nak bayar bil broadband dan bil api ni haaa? Jadi, janganlah cakap semua nak kena bayar ke? Hatta nak masuk jamban pun sekarang berbayar dik. Jangan berharap pada bantuan orang lagi, usaha dan terus usaha. Kita generasi Y ke Z ke dah tak macam generasi X dulu. HAHAHA Ok berhenti mengarut! Jom rehatkan minda jap.

Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^