Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 12 April 2014

Jemputan Media Ke Johnson's Baby of the Year 2014 Roadshow


Assalamualaikum,

Petang semalam dapat email dari Sophia tentang majlis seperti dalam gambar di atas. Terus cepat-cepat RVSP memandangkan majlis macam ini sememangnya mendapat sambutan. Tambahan pula tarikh majlis jatuh pada hari Sabtu. Rasanya tidak ada masalah untuk ke sana. Anak-anak mesti happy je bila dapat keluar jalan-jalan :)


Dah lama rasanya tidak membabitkan diri dalam majlis sebegini. Teruja pun ada juga! Harap-harap en suami tak ada kena outstationlah pada tarikh ni.

Oklah, pada blogger yang pergi majlis ini. Kita jumpa di sana, di sana, di sana!

Laluan iklan :


Dapatkan ebook 101 Idea Bisnes Makanan sempena bulan puasa yang bakal tiba. Boleh baca sebagai persediaan bagi mereka yang mahu memulakan bisnes makanan. Sedikit petikan dari ebook ini :

Tidak dinafikan walaupun tempahan yang diterima tidak pernah putus, tetapi saya juga mengalami beberapa masalah dalam membahagikan masa antara kerja pejabat saya dan perniagaan ini. Bebanan dan stress di tempat kerja kadang kala menjejaskan tumpuan saya untuk bergerak lebih pantas dalam perniagaan ini. 
Tambahan pula masa saya agak terhad. Saya dapat menumpukan pada perniagaan di sebelah petang sahaja, saya mengedarkan flyers di kedai-kedai berhampiran pejabat, di pejabat-pejabat dan sesiapa sahaja yang saya jumpa bagi memperkenalkan produk ini. Walaupun agak letih, tapi saya tetap bersabar. Terdapat juga ejekan dari rakan-rakan, mengatakan berniaga seperti ini tidak “glamour”. Tidak sesuai dengan status saya yang bekerja pejabat. Bagi mereka mungkin mengandaikan gaji yang saya terima adalah tinggi, tetapi hakikatnya saya perlu untuk menambah pendapatan kerana gaji yang diterima bukanlah setinggi seperti yang disangka. Ketika itu saya tidak mempunyai kereta. 
Jika terdapat tempahan dan pelanggan mahukan saya menghantar kek, saya terpaksa membawa kek menggunakan motosikal. Kadangkala kek terjatuh dan rosak, terpaksa saya gantikan dengan kek yang lain. Jika tempahan lebih dari dua biji, saya perlu berulang alik menghantar kek memandangkan pengangkutan yang ada pada ketika itu hanyalah motosikal. Kesusahan yang saya alami itulah yang menjadi pendorong dan pembakar semangat saya untuk berjaya. 
Saya mula mengorak langkah ke depan dengan menyewa tapak di bazar Ramadhan. Dengan pengalaman yang masih sedikit ketika itu, saya keraskan hati untuk bersaing dengan peniaga-peniaga lain yang lebih otai dan tentukan sudah ada pelanggan tetap. Produk saya hanya Kek Coklat Moist Kaw. Tidak disangka-sangka, setiap hari kek saya habis! Alhamdulillah sangat murah rezeki saya.  Saya membuka peluang bagi mereka yang ingin menjadi agen jualan di kawasan masing-masing. 
Baca lagi kisah usahawan ini dalam ebook 101 idea bisnes makanan

Bayar di sini : Borang Tempahan

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^