Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 18 April 2014

Panduan Berpantang : Bersediakah Seorang Ibu Berpantang Sendirian?


Assalamualaikum,

Hari ini aku nak berbicara soal dalam pantang pula. Nak kongsi pengalaman aku berpantang sendiri di rumah sejak dari anak kedua lagi. Hanya Haziq sahaja aku sempat berpantang di kampung selama sebulan. Anak-anak seterusnya, hanya sendirian di rumah (sudah tentulah ditemani oleh suami dan anak-anak tercinta). Alasan aku suka berpantang sendiri adalah kerana mak aku sudah tua, jadi malas nak susahkan dia lagi. Lagipun, berpantang sendiri di rumah sendiri sebenarnya lebih baik kerana aku sudah biasa dengan keadaan rumah. Haziq pun sudah bersekolah jadi, lebih senang jika aku ada di rumah untuk menguruskan anak-anak.

Tapi masa awal-awal pantang, en suami memang meminta jasa baik mak mertua supaya datang menjaga aku dan anak-anak. Selalunya tugas mak mertua masakkan lauk pantang dan mandikan baby yang masih lembik ni. Apabila aku dah rasa tubuh makin sihat, mak mertua akan balik semula ke kampung atau ke rumah anak-anaknya yang lain. Tahun ini tak tahulah macamana memandangkan aku akan bersalin dalam bulan puasa. Nampak gaya kena cari "confinement lady" untuk bantu aku uruskan anak-anak jika mak mertua tak boleh datang. Kesian juga dekat mek (panggilan untuk mak mertua) sebab sudah tentunya bulan puasa ni mek nak pergi solat terawih di surau dekat rumahnya. Jadi mari kita fikirkan alternatif lain :)

Pendek kata semuanya harus dirancang dari awal lagi. Sama juga apabila kita mengetahui yang kita sudah mengandung, sepatutnya suami kena bersedia dari segi fizikal & mental sejak dari awal lagi. Kena fikirkan juga di mana isteri akan bersalin, jika bekerja adakah kompeni tempat bekerja akan menanggung kos rawatan bersalin? Aku dulu masa masih bekerja memang kompeni tanggung sebanyak RM1500 dan selebihnya kita yang bayar. Tapi sekarang ini sejak tidak bekerja, en suami lah yang harus menanggungnya :)

Katakan kos bersalin di hospital swasta adalah paling minimum RM2000 untuk bersalin secara normal, jadi suami perlu menyediakan tabungan dari awal kehamilan lagi iaitu dengan menyimpan dalam RM300 sebulan selama 9 bulan untuk memastikan penghujung kehamilan duit yang ada adalah RM2700. Sesuai untuk membeli kelengkapan bayi dan juga membayar segala kos rawatan bersalin di hospital swasta. Sekiranya mahu bersalin di hospital kerajaan, mungkin kos adalah separuh dari kos rawatan di hospital swasta.

Selain itu penting juga untuk mengetahui jenis makanan yang boleh dimakan atau tidak boleh bagi mengelakkan rasa sakit atau orang tua panggil "bentan" semasa berpantang. Seingat aku, semasa berpantangkan Husna aku terkena bentan di mana badan menggigil dan demam panas. Masa tu tak tahulah tersilap makan apa sebab aku ni bukannya berpantang sangat :P (pecah rahsia)

Kelengkapan untuk sikecil juga jangan dilupa. Selalunya aku guna sahaja kelegkapan yang sebelumnya seperti barut perut baby, tuala, lmapin, tilam. Ada sesetengah aje yang perlu dibeli tambah. Maklumlah aku kan beranak selang setahun :P Jadi jangan membazir. Peralatan untuk ibu-ibu dalam berpantang pun kena beli siap-siap seperti ubat-ubatan, bengkung dan tungku. Kalau boleh cari tukang urut dan buat tempahan siap-siap. Pendek kata, semua nak kena dirancang sebelum bersalin lagi. Semasa tempoh berpantang adalah tempoh ibu berehat dan memberikan tumpuan kepada ahli baru dalam keluarga. Ya Allah, tak sabarnya nak bersalin :P

Bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari ebook yang sesuai untuk bacaan sebagai persediaan sebelum berpantang. Boleh tempah ebook di bawah pada harga RM30 sahaja. Tawaran sah hingga Ahad ini. Sebabnya nanti akan dapat pula ebook resepi pantang selepas membuat ulasan ebook Panduan 44 Hari Pantang Tradisional & Moden. Mudah bukan?


Tempah di sini : BORANG PESANAN

Boleh baca ulasan Pn Nur Bahirah yang telah membeli ebook tersebut :

Keterujaan setiap ibu bapa dalam mempersiapkan barang-barang keperluan bayi penting, namun harus diingatkan juga persiapan diri ibu dan bapa atau suami dan isteri itu sendiri juga seiring pentingnya seperti ilmu mengenai bayi, pengetahuan mengenai keibubapaan, panduan-panduan semasa berpantang, tips-tips berguna dan lain-lain lagi, agar setiap perjalanan menempuhi fasa-fasa menjadi ibu, ayah dan bayi menjadi lebih sempurna dan lebih teratur.

Wah..panjangnya muqhadimah...hehe...sebenarnya saya nak berkongsi kelebihan ebook yang baru saya beli dan baca. Ebook berpantang ini keseluruhannya memang lengkap dengan ilmu dan panduan lengkap semasa hamil, persediaan melahirkan, semasa berpantang dan seterusnya selepas berpantang, dan apa yang penting terdapat tips dan panduan untuk suami menjaga saya sepanjang berpantang.

Memandangkan saya dan suami bercadang untuk berpantang dirumah sendiri, jadi kami perlulah bersedia dari segala hal. Bak kata suami " Belajar2 la berdikari sendiri, sampai bila kita nak harapkan mak jaga". Bila direnung-renungkan sejenak...Betul..betul..betul...hehe

Okeh berbalik kepada cerita ebook tadi, bagi yang ingin mendapatkan panduan dan rujukan yang lengkap boleh menempah ebook berpantang dilink dibawah dengan harga yang sangat berbaloi-baloi. Bagi saya, tak rugi anda membeli kerana ianya boleh disimpan dan menjadi bahan rujukan untuk masa-masa akan datang.

Sumber : http://zaravitacorner.blogspot.com/2014/04/panduan-lengkap-buat-suami-dan-isteri.html

Jangan lupa tempah sekarang!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^