Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 21 April 2014

Resepi Terung Berlada


Assalamualaikum,

Jom mulakan hari Isnin dengan gambar masakan. Hihihi Orang bekerja confirm lapar punya bila tengok gambar makanan ni. Ada yang tengah berdiet kah? Kalau ada, memang rugi lah sebab masakan ini penuh dengan minyak :P

Ok, hari ini aku kongsikan resepi mudah untuk membuat terung berlada :

- 3 biji bawang merah*
- 2 biji bawang putih*
- 4 biji cili merah yang besar*
- segenggam ikan bilis* (kalau tak suka boleh gantikan dengan kiub pati ikan bilis)
- asam keping
- garam & gula
- terung

Kesemua bahan di atas dikisar tapi jangan sampai lumat. Tapi aku tumbuk je kasi lumat. Kalau nak pedas, silalah masukkan 3 biji cili padi lagi. Biar berasap telinga uols bila makan tu!

Cara untuk sediakannya :

- Goreng terung dahulu, kalau tak nak goreng boleh bakar dalam pemanggang ajaib tu. Pastikan terung lembik sedikit baru angkat
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sampai naik bau.
- Masukkan asam keping, garam dan gula
- Jika mahu nampak berkuah, masukkan sedikit air
- Masukkan terusng dan kacau-kacau hingga terung diseliputi oleh sambal tersebut
- Sedia untuk dihidangkan

Mudah dan cepat! Tapi dalam rumah ni, aku sorang je yang boleh makan sebab en suami tak suka pedas. Anak-anak pula hanya Husna je suka makan pedas tapi dia tak suka terung pula. Hihi Macam-macam kan?

Selamat mencuba bagi mereka yang sukakan terung berlada ni. Ada orang tambahkan belacan sebagai penambah perisa tapi kami tak makan belacan jadi takde lah nak masukkannya.

Sehingga bertemu kembali dalam rancangan memasak dengan Mek la! Laluan iklan satttt nooooo


Kurma badam & kurma walnut sudah kembali. Sila PM aku untuk pembelian atau jika ingin menjadi ejen boleh hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whatsapp : 012-3228651
Facebook : Gedung Barangan Sunnah Online Anda

Tq & bye!

2 ulasan:

Rizziela berkata...

saya suka makan terung berlada..tp en hubby x suka plak..selalu kalau teirngin nak makan..makan kat luar ajerlah

Irfa berkata...

suka masak terung pedas ni
tp letak kicap sikit, hehe

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^