Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 21 April 2014

Tempat Menarik Di Selangor : Aktiviti Mandi Sungai Pangsun

Assalamualaikum,

Semalam (Ahad), kami sekeluarga bersama kakak dan adik-adik belah en suami ke Pangsun untuk mandi sungai. Aktiviti riadah yang sudah lama kami tinggalkan, maklumlah asyik sibuk dengan hal masing-masing aje. Jadi, bila ada peluang terus berpakat untuk sama-sama ke sana berpiknik sambil mandi sungai. Yang pasti anak-anak memang suka dan teruja!

Sungai Pangsun terletak atas sedikit dari Sungai Congkak. Perjalanan dari rumah kami ke sana mengambil masa dalam setengah jam sahaja. Sampai-sampai terus cari tempat biasa yang kami selalu sewa wakaf iaitu di Bamboo Camp. Di sini, tempat persendirian yang menyediakan tempat riadah untuk famili, ada wakaf-wakaf yang dibina sepanjang sungai dan siap ada tempat untuk berbeku lagi. Yang pasti kelengkapan seperti tandas, surau dan kedai makan ada tersedia. Tempat parking kereta pun dekat aje dengan wakaf, jadi tak perlu nak angkut jauh-jauh bawa barang ke wakaf. Dulu kami sewa kat tempat lain dan situ tandas tak ada, jadi agak susahlah untuk salin pakaian dan "membuang hajat". Hi hi hi


Pemandangan depan wakaf kami. Keadaan sungai tenang aje, air tak laju sangat. Mungkin air sungai juga mengalami catuan (kot)!


Ini pula rupa wakafnya. Takde lah besar mana tapi boleh memuatkan 2 famili. Kami sewa satu wakaf sahaja untuk tempat letak makanan dan juga sebagai tempat solat. Sebelah wakaf kami ada lagi beberapa wakaf kosong. Semalam tak ramai yang datang jadi kami tumpang aje wakaf sebelah tu :)


En suami yang bertanggungjawab melayan anak-anak di dalam sungai. Mak buyong pula hanya duduk menunggu di tepi sungai dan kadang-kadang duduk makan sahaja :P


Azzam suka betul bila dapat masuk dalam air. Ashraf pula takut-takut sebab mula-mula sampai lagi dia dah jatuh dalam air. Lepas tu nak kena orang pegangkan aje sebab masih fobia agaknya


Duduk tepi sungai main baling-baling batu pun dah happy :)


Acara mencari siput sungai. Bersungguh betul adik ipar aku mencarinya tapi tak pasti pula boleh makan ke tak siput tu


Air sungai ni sejuk je dan bersih. Dalam pukul 2 petang hujan turun dengan lebat juga. Masa ni memang tak berani dah nak biarkan anak-anak mandi lagi. Diorang hanya main air hujan sahaja. Suka betul Haziq & Husna sebab dapat mandi air hujan. Nasib baik hari ini tak demam!

Bukan setakat anak-anak yang mandi air hujan, adik dan kakak ipar aku pun sama turut mandi hujan. Aku macam biasa lepak di wakaf sambil makan :P


Keadaan air sungai sebelum hujan. Bila dah hujan air bertukar warna menjadi seperti teh susu. Keruh aje warnanya!

Tapi memang best sungguhlah datang sini. Sejuk dan mendamaikan. Bagi mereka yang sukakan kedaiaman dan kehijauan boleh datang sini bawa anak mandi-mandi. Sesekali kena bawa juga mereka kenal dengan lebih rapat alam semulajadi kan?

Untuk tempahan wakaf atau pondok boleh hubungi alamat di bawah ini :

Bamboo Camp
Batu 21, Jalan Pangsun, Hulu Langat, Selangor
No telefon : 017-280 0471

Jika musim cuti sekolah mungkin kena telefon dahulu untuk menempah tapi sekiranya datang pada hujung minggu boleh datang terus sahaja. Nanti akan ada wakil yang datang mengutip duit sewa. Tak payah nak cari mereka di pejabat ke apa. Senang kan?

Oklah, selamat beriadah!


2 ulasan:

Tie HT berkata...

wow bestnya berkelah kat sini :)

Rizziela berkata...

air nampak best kan..mesti sejuk kan

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^