Assalamualaikum,
Semalam en suami Whats App gambar di bawah ini;
Waaah, sampai-sampai je di Vietnam terus dibawa membeli-belah. Ruginya aku tak ikut sekali. Tapi apakan daya, mak buyong tak larat dah nak berjalan sana sini. Harapkan en suami aje lah untuk membeli baju raya kami sekeluarga.
Sebenarnya tahun ini aku akan bersalin seminggu sebelum hari raya. Mood untuk beraya itu agak "kurang" memandangkan kena berpantang. Tapi, kesian pula anak-anak kalau mama tak siapkan persiapan mereka kan? Jadi, pesan juga dekat en suami supaya belikan kami baju raya sedondon anak beranak semua. hi hi hi
Tapi, aku tak berapa nak harapkan sangat en suami tu, maklumlah orang lelaki kalau bab membeli ni kureng sket kan? Ha ha ha Suka hati aje cakap macam tu dekat suami sendiri :P Agaknya en suami sinonim tukang bayar aje, kalau bab membeli ni baik serahkan pada yang pakar iaitu bini nya sendiri.
Zaman sekarang memang mudah, nak shopping pun hujung jari sahaja. Sorang di Shah Alam, sorang di Vietnam. Si tukang ambil gambar dan si tukang pilih, nasi baik ada Whats App kan? :))
Oklah, tak sabar nak tengok hasil tangkapan en suami di sana. Kalau tak kena dengan selera mak buyong, kita cari lagi di sini. Masih belum terlambat untuk buat persiapan raya bukan? Kawan-kawan semua dah beli / tempah baju raya?
Laluan iklan :
Jom dapatkan stok nasi arab (rempah + beras) untuk persiapan menyambut Ramadhan nanti. Ada 4 pilihan jenis masakan untuk dipilih iaitu :
- Nasi Mandy Ayam
- Nasi Kabsah Ayam
- Nasi Maqluba Ayam
- Nasi Mandy Kambing
Untuk tempahan sila SMS "nasi arab" ke 012-3228651 atau isikan borang di sini : BORANG PESANAN.
TQ
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan