Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 2 Mei 2014

Diari Suri Bekerja Di Rumah : Tips Cepat Memasak

Assalamualaikum,

Aduh busynya sampaikan blog sudah terabai. Memandangkan semalam en suami pula ke Vietnam bercuti sempena rombongan pejabatnya, terpaksalah aku duduk rumah diam-diam bersama anak-anak sampai hujung minggu nanti. Sedih? Takdelah sedih sangat cuma agak kebosanan memandangkan aku ni kalau hujung minggu mana reti duduk diam di rumah. Minggu lepas, hari Ahad pun sempat lagi ke Perak bagi menghadiri majlis perkahwinan teman sekerja en suami. Tapi minggu ini kena redha aje lah:)

Ok, berbalik kepada tajuk tips cepat memasak, aku ni seorang ibu yang bekerja di rumah. Memanglah orang cakap masa itu sangat berharga. Kalau duduk di dapur pon tak boleh nak telek ikan lama-lama, sekali masuk kena zap zap masak dan siap sebab lepas tu nak berkejar suapkan makan anak-anak dan lepas tu nak kejarkan balas pertanyaan pelanggan mahupun team pengurus online ABDR pula. ALhamdulillah, menjadi WAHM ni membuatkan aku lebih pandai menguruskan masa, takde dah masa untuk golek-golek depan TV atau masa bergosip-gosip dengan kawan-kawan. Semua nak cepat aje, jadi jangan terasa ya kalau aku dah lama tak hubungi kawan-kawan lama, maksudnya ai is busy lah tu :P

Bila bab memasak, aku suka membeli pes segera "home-made" yang akan memudahkan kerja aku. Maklumlah di rumah ini mesin blender dah rosak, jadi kadang-kadang kalau nak masak sambal tu, alahai malasnya nak tumbuk guna lesung. Jadi, penyelesaiannya adalah membeli pes yang dah siap. Cuma perlu campur dengan air / tumis dan terus masukkan ikan atau ayam sahaja. Jimat masa dan yang penting rasa masih sedap!

Memperkenalkan pes asam pedas Mak Pon original dari Muar. Senang bangat untuk sediakannya.

-berat 450gram
-kandungan:lada kering, bawang merah, bawang putih, kunyit, garam 
-tidak perlu tumis 
-ori dari muar
-cara-cara memasak disediakan
-masa memasak : 15minit
-Harga RM10
-kos penghantaran :
RM7 utk 1 pek
RM10 utk 2-3 pek 





Berminat untuk beli? Isikan : BORANG TEMPAHAN


Yang ini pula sambal kentang+tempe+kacang+ikan bilis. Memang best sangat dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama dengan nasi. Bulan Ramadhan ni bolehlah beli sebagai persediaan untuk bersahur. Kalau terbangun lambat tu, boleh je makan ini sebagai alas perut. Nak makan dengan roti pon boleh juga.

Harga : RM15
Kos pos : RM7
Berat : 500gm

Boleh isikan borang tempahan di sini : BORANG TEMPAHAN

Laluan iklan :

Khas buat ibu bekerja, singgahlah di Gedung Makanan Sunnah & Produk Muslim Online aku ni. Ada banyak lagi pes segera "home-made" keluaran bumiputera Muslim lagi untuk dibeli dan dijadikan stok semasa bulan puasa mahupun bulan-bulan biasa. Bukan apa, memudahkan kalian juga, bulan puasa tak payah nak habiskan masa berjam-jam duduk di dapur menyediakan juadah.

Sehingga bertemu lagi. Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^