Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 28 Mei 2014

Hari Sukan Sekolah Haziq

Assalamualaikum,

Cerita Ahad lepas di mana kami sekeluarga ke sambutan hari sukan sekolah anak bujang aku. Awal-awal pagi lagi sudah kena ada di padang MBSA Jalan Kebun. Penat juga memandangkan malam sebelum tu kami balik dari Kajang menghantar stok barang dagangan dan sampai di rumah sudah pukul 12 malam. Alhamdulillah, pagi itu terpaksa gagahkan diri demi untuk memberikan sokongan pada abang Haziq. Sampai aje di padang, Haziq terus masuk ke khemah kumpulan Biru. Semangat betul anak jate ambo soghe ni. Memang jenis skema dan takut sangat kalau cikgu marah jika terlambat sampai.

Hari tu Haziq main bawa bola ping pong dalam sudu. Dia tak tahu yang aku duduk berpanas tengah padang semata-mata untuk ambil gambar dia beraksi. Hi hi hi Siap baca doa tu :) Memang kelakar tapi Rumah Biru hanya berjaya mendapat tempat ketiga sahaja. Alhamdulillah, dapat juga pingat untuk dibawa balik ke rumah. Kalau bab-bab sukan ni, aku tak de lah semangat sangat memandangkan kami ni *ehem* ehem* zaman sekolah dulu *ehem*ehem* pun jenis culas dalam sukan :P Jadi mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan? Ini pun kira Haziq dah berani sebab boleh juga masuk pertandingan dan menang pingat. Bravo anak mama, tahun depan cuba lagi ya :)

Sebelum hari sukan ada juga acara merentas desa, yang kelakarnya Haziq balik rumah cakap dekat aku "Nak patah dah kaki Haziq ni lari" pastu "Haziq rasa macam nak lari balik rumah aje". Nasib baiklah dia tak buat macam tu, ikutkan boleh aje dia balik rumah memandangkan sekolah dengan rumah takde lah jauh mana tapi Haziq budak skema ni lari sampai habis. Walaupun tak dapat nombor tapi berjaya juga habiskan larian. Mama bangga dengan mu nak :)


Sambutan hari sukan sekolah Haziq ini biasa-biasa aje. Ada pertandingan untuk pelajar dan juga ibubapa. Aku dan en suami memang tak masuk lah kalau bab-bab bermain tengah padang yang panas ni. Kerja aku adalah ulang alik ke gerai jualan yang ada di belakang khemah ibubapa. Sekejap-sekejap beli air Milo, beli nasi lemak, beli nugget, beli air teh, beli air milo, beli air mineral. Sampaikan en suami tegur "Ai mama dio ni kaya sungguh asyik dok beli sokmo"

Macam biasalah, mama memang pemurah kalau ada duit :) Sebab tu mama suka berniaga, tak payah nak susah-susah minta duit papa :P

Dalam pukul 12 tengahari kami balik dan singgah makan di kedai. Tak laratlah aku nak masak dan ternyata sampai je rumah terus pengsan. Bangun je dari tidur rasa tertekan (stress) sebab muka dan gelap macam "Dayang Senandung" dah rupanya. He he he

Oklah, itu sahaja kisah hujung mingu kami. Memang sejak aktif balik berniaga ni jadual agak padat dan badan pun penat. Aku harap nanti mudahlah nak bersalin memandangkan asyik ke hulu ke hilir berjalan :P

Tak sabar rasanya nak balik kampung nanti. Senarai panjang makanan sudah tersenarai ni. Oklah, nanti kalau ada masa aku merapu lagi di sini. Maaflah kalau sekejap ada sekejap senyap. Dah macam blog iklan jualan dah blog ini kan? Bagi yang mahu tahu dengan lebih lanjt tentang bisnes online mahupun offline yang sedang aku jalankan sekarang ini, boleh singgah baca di sini : www.zailamohamad.blogspot.com

Sehingga bertemu kembali. Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^