Friday, August 8, 2014

Cerita Raya 2014

Assalamualaikum,

Macam best pula bila baca kisah raya kawan-kawan blogger yang lain. Seronok tengok gambar raya masing-masing, ada yang selfie ada yang wefie ada yang syok sendiri ada yang candid! Pendek kata ada pelbagai ragam dan gaya. Kalau singgah baca blog-blog tersohor kompem aku stress sebab sudahlah bergaya di Aidilfitri pastu gambar ceria aje (seolah-olah tiada masalah yang melanda)

Tahun ini raya kami agak hambar sedikit memandangkan baru sahaja diuji dengan musibah sehari sebelum raya tu. Insya Allah nanti aku kongsikan dalam entri yang lain. Awal pagi raya macam biasa kami beraya di Tumpat rumah en suami yang sentiasa meriah dengan adik beradik dan anak cucu yang lain. Kali ini 2 keluarga siap sewa homestay lagi demi memberi ruang agar rumah MIL aku tidak penuh dengan anak-anak cucu yang bergelimpangan tidur di pagi raya. Lagipun, anak-anak saudara yang sudah menginjak dewasa macam malu-malu kucing dah nak tidur gaya bebas di ruang tamu. Jadinya, bagus juga sewa homestay, sekurang-kurangnya "privacy" dan aurat mereka terjaga.

Malam raya tu kami memang tidur awal tapi rupa-rupanya anak dara aku si Nur Ameera Husna pukul 3 pagi masih lagi bersengkang mata bermain dengan sepupu kesayangan Husna iaitu Aisyah dan Lala. Amboi, kemain lagi eksaited sebabnya Lala sekarang sudah tinggal di Vietnam jadi jarang-jarang aje boleh balik Malaysia nerkumpul bersama. Yang aku kelakarnya, sejak berkawan dengan Lala, Husna pun dah ada loghat ala-ala mat salleh (kerana Lala ni kadang-kadang speaking sebab di Vietnam dia sekolah tadika international kot, HA HA manalah aku tahu tapi yang pasti suka dengar pelat ala-ala mat salleh celup Klate dia tu). Seronok bila tengok anak-anak tidur berkongsi kelambu bersama sepupu-sepupu yang lain. Rugi tak ambil gambar :P Yang tak seronoknya nak mengemas bila diorang dah bangun tapi kat rumah mak mertua aku anak-anak buah semua jenis rajin-rajin, jadi bab-bab mengemas tu bukan masalah yang besar.

Pagi raya menu disediakan oleh abang sulung (Abang Zu) iaitu nasi tomato dan kari kambing. Malam tu sampai pukul 3 pagi baru Abang Zu siap masak. Yang kami ni sedap je membuta dan makan :P

Selepas selesai solat raya, acara makan-makan dan bergambar pun bermula. Aku selaku ibu dalam pantang hanya mampu menumpang sengih dalam kamera abang-abang dan kakak ipar je. Mood nak bergambar tu takde sebab manyampah tendok muka sendiri (boleh?). #selebarlebarnya
Tapi senyum tetap senyum bila orang ajak bergambar, yang penting posing tu mesti ada :)


Sebahagian anak perempuan, menantu dan cucu perempuan yang ada. Kalau semuanya ada memang tak cukup masuk dalam satu gambar


Menumpang dalam gambar orang. Bila anak-anak ramai, senang je tahu nak bezakan mereka anak siapa, kalau Abang Zu team pink, Abang Sir team merah, kami team biru, Kak Yah team hijau. Jadi boleh tahu dah anak siapa jika tengok warna baju raya mereka. HA HA HA!


Kami team biru ikut suka sebab memang tak ada persiapan sangat. En suami yang beli di Pengkalan Kubur baju-baju melayu dia & anak-anak. Nak murah punya pasal, hari pertama raya seluar raya en suami dah koyak rabak :P


Oh yang ni anak Abang Yi iaitu team kuning. Sepupunya anak Kak Yah team hijau. 

Tengahari raya tu kami balik ke Bachok. Tappi kebetulan mak aku dan Kak Na takde. Jadinya memang takde lah sesi gambar raya belah keluarga aku. Petang itu juga anak-anak buah iaitu anak abang sulung aku datang beraya. Dah besar dah semuanya, teringat lagi kenangan masa raya dulu masa aku kecil lagi mesti tertunggu-tunggu Kak Na dan Abang Ram balik beraya. Bila dah besar ni rasa tak meriahnya raya belah keluarga aku sebab keluarga kami ni tak ramai adik beradik dan anak buah. Sebab itu aku kalau boleh nak anak seramai yang mungkin supaya nanti raya takdelah sunyi sangat rumah ni. Biar rumah bersepah gegey gumpita asalkan di dalamnya penuh dengan sorakan dan tawa riang anak cucu meraikan kita :)

Semoga Allah perkenankan doa aku, semoga kami diberikan usia yang panjang dapat melihat anak-anak kami membesar dan beranak pinak. Semoga anak-anak kami juga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah juga. Aamin


Alhamdulillah, tahun ini walaupun dugaan demi dugaan yang datang melanda, kami masih boleh tersenyum, makan pakai pun cukup lagi. Apalah sangat dugaan yang kami rasa ini jika dibandingkan dengan anak-anak Palestin yang beraya dalam keadaan peperangan dan tiada ibubapa. Jadi, kena sentiasa bersyukur yang Allah hanya uji kita sedikit aje

Tahun ini kami balik ke kampung macam biasa lah kena menempuh perjalanan selama 12 jam. Aku memang tidur aje sepanjang perjalanan, kali ini aku duduk di belakang menjadi "mem" besar sahaja. En suami siap beli CD raya dan DVD kartun, ultraman dan solat sunat lagi sebab tak nak bagi anak-anak bosan. Tapi kesudahan kami yang bosan sebab asyik tengok benda sama aje :P Ashraf tu dah macam big bos dah gayanya. Asal masuk je kereta minta pasang DVD Ultramanlah, lagu ABC lah!

Oklah, ini aje gambar raya (yang ada muka aku) sempat aku muatkan dalam Instagram. Kalau dalam group Whats App keluarga belah en suami memang meriah cuma takdelah aku nak masukkan semua. Pilih-pilih mana yang ada muka ai jelah kan :P

Tak sabar nak sambung beraya di Shah Alam pula. Ahad ni dah ada 2 jemputan raya dah. Nak pergi ke tak nak ni??




2 comments:

Fiza Rahman said...

Meriahnya. Aku tak citer lagi pasal raya ☺

Rahayu Abdul Rashid said...

Hariz pulok manjang tgk Power Rangers! Takder feel raya tau...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015