Jangan terkejut tengok gambar di bawah ini, ianya bukan rumah aku ya. Tahun ini kami beraya ala kadar sahaja, tiada apa yang baru di rumah ini kecuali baby baru *wink*wink* Semangat nak tukar langsir baru pun dah pudar sebab tahun ini aku dalam pantang jadinya memang tidak ada peluang langsung untuk keluar tempah langsir. Sebelum bersalin pun masih sibuk dengan bisnes nasi arab dan sambal kentang. Hu hu hu
Semalam baca blog MamaTiaMia, terus rasa bersemangat untuk kemas rumah (tapi sebenarnya lebih kepada semangat untuk google website Ikea) He he he
Maklumlah, nak cuci mata layan nafsu jiwa bergelora dalam pantang ni sebab tak dapat nak deko-deko raya. Langsir sudah 5 tahun tidak bertukar, sofa pun sudah mula tidak seempuk waktu mula-mula beli dulu tapi syukur masih ada juga tempat untuk menumpang teduh *ayat sedih*
Mohler kita cuci mata :)
Gambar ihsan dari website Ikea
Haritu teringin juga nak beli sofa fabrik dari Ikea tapi sekali terbeli set sofa PVC pula. Sekarang dah habis koyak kena "kutis" oleh anak-anak aku yang memang panjang akal tu
Ada sofa fabrik macam ni bolehlah baring-baring sambil tengok TV..Cewah!
Aku suka je konsep ruang tamu macam ni. Ruang sempit tapi bijak memaksimumkan penggunaan ruang
Dah lama mengidam nak beli almari kaca macam dalam gambar tapi tak terbeli-beli sebab memikirkan mana nak letak. Maklumlah rumah aku ni bukannya besar sangat pun :P
Niat untuk upgrade ruang SOHO pun terpaksa ditunda kerana bulan ini kena banyak berjimat-cermat. Maklumlah balik raya hari tu dah banyak guna duit -_____-"
Mungkin dengan kehadiran kusyen-kusyen baru boleh menceriakan ruang tamu kami. En suami silalah bawa bini mung ke Ikea ni, takut nanti meroyan sorang-sorang pula :P
Kalau ada rak buku macam ni di rumah aku memang nangislah sebab mesti setiap hari kena kemas buku-buku yang disepahkan oleh Azzam & Ashraf.
Oklah, berangan itu percuma. Tak perlu dibayar pun. Sehingga bertemu lagi:)
Mode : Tak sabar nak habis pantang nak pergi Ikea cari kusyen dan bunga-bunga baru nak kasi ceria sedikit ruang tamu ni
2 ulasan:
bestkan kalau dapat deco umah.. aku mmg suka.. tapi $$ tak mengizinkan hahaha.. pasal anak2 takde masalah sgt, sbb dorang mmg awal dah kena warning hahaha mak yg kejam.
wei langsir aku 8thn tak tukar lagi sedih :p
akak pun suka berangan
sbb xyah bayar,huhu
Catat Ulasan