Ini cerita sudah basi tapi masukkan juga di sini sebagai kenangan. Hujung bulan September yang lepas kami ke Restoran Saba' yang terletak di Dataran Jelatek Setiawangsa. Selalunya bila teringat Saba' mesti akan teringat Cyberjaya tapi kali ini kami ingin mencuba di cawangan mereka di sini pula. Kami bertolak selepas solat maghrib dan sampai dalam pukul 8 lebih. Agak mudah untuk mencari tempat ini memandangkan aku selalu melihat akan papan tanda restoran Saba' di sini. Laluan ini kami selalu gunakan apabila ke rumah kawan-kawan kami di mana ianya berdekatan dengan stesen LRT (ke Putra eh?).
Bila ke tempat ini semasa akhir bulan, faham-faham aje lah kan. Memang penuh dengan manusia dan nasib baiklah ada meja kosong di luar. Nak tak nak terpaksa lah kami duduk juga dan duduk rapat-rapat sebab tak muat :P Tapi tak suka betul bila makan di luar ni, nak makan dengan tenang pun tak boleh sebab kami makan di tingkat tiga dan anak-anak lepas aje makan diorang sibuk berlari (ke bermain) ke sana ke mari. Bagai nak tercabut jantung setiapkali tengok mereka tiada dari pandangan. Faham-faham jelah musim sekarang ini ada macam-macam kes yang berlaku jadi memang aku tak boleh nak lepaskan anak-anak macam itu aje. Mohon dijauhkan Allah dari perkara-perkara yang tak elok ni.
Macam biasalah, kami 'order' mandy kambing dan juga mandy ayam (bagi mereka yang tak makan kambing). Anak-anak aku memang sukakan nasi mandy di Saba' ni, kalau makan nasi aje pun memang bertambah-tambah. Apa? Tokei nasi arab makan di kedai? Apa salahnya kan. Sesekali keluar meraikan keluarga :) Eh!
Nasi arab di Saba' memang sedap. Bagi aku tidak ada beza pun dengan cawangan di Cyberjaya. Kesemuanya sedap! Tapi kalau di sini, tempatnya masih baru lagi dan segala alatan pun masih bersinar. He he he Tak macam di Cyberjaya, kalau tengok kedai memanglah tak semenggah mana kan? :P
Tapi servis di sini agak teruk juga tapi aku tak boleh nak salahkan mereka kerana waktu itu memang orang ramai. Nampak pekerja mereka macam tak tentu arah dah mengambil dan menghantar pesanan. Paling tragis apabila air yang kami order tak sampai-sampai. Bayangkan sampai hampir tercekik en suami menunggu air. Pukul 10 malam pun air masih tak datang-datang. Apabila dipanggil pelayan bagitahu sedang buat tapi yang kami nampak pekerja di kaunter air sedang berbual. Tak boleh nak bersabar en suami ke kaunter bayaran dan mengadu semuanya! Kami bukan nak timbulkan masalah tapi tak tahan menunggu. Masa tu memang semua nak balik dah dan akhirnya mereka memberikan air secara percuma sebagai minta maaf di atas kelewatan. Bayangkanlah makan nasi tanpa minum air, siapa yang tak marah kan? He he he
(gambar ihsan internet)
Inilah Dataran Jelatek. Boleh tahan juga di sini kerana ada banyak pilihan kedai makan. Yang penting macam-macam pilihan ada dari kedai nasi arab sehingga kedai masakan Barat. Orang Korea pun ramai kerana di sini terdapat restoran makanan Korea juga :)
Oklah, bagi sesiapa yang ingin mencuba nasi arab di sini bolehlah berkunjung ke Datran Jelatek ni tapi dinasihatkan jangan pergi waktu gaji ya :P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan