Pagi Sabtu lepas, awal-awal pagi (sebenarnya tak ada lah pagi sangat keluar rumah) kami ke KLCC untuk bawa anak-anak mandi kolam
Kami keluar rumah pada pukul 9 pagi dan sampai di sana belum pukul 10 pagi lagi. Laaaaamanya kami tidak ke Taman KLCC ini sampai tersilap masuk jalan. Sebenarnya dulu selalu parking berdekatan dengan Surau KLCC tu tapi rupa-rupanya dah ada pembinaan parking bertingkat di situ. Jadi terpaksalah parking di dalam bangunan dan mak aih jauhnya kena berjalan sebelum sampai ke kolam. Sempatlah berpeluh-peluh ketiak juga :P
Cuaca pagi itu sungguh cerah dan panas. He he
Masa kami sampai di kolam, tak ramai lagi orangnya, adalah beberapa anak mat salleh dan anak orang arab sedang mandi. Kolam dibuka untuk mandi pukul 10 pagi jadi memang kami sampai je anak-anak terus masuk kolam. Berbaloilah bawa mereka mandi di sini kerana masing-masing semua sukakan air (walaupun airnya sejuk)
Selepas mandi, layankan mereka makan bihun goreng dan nasi berlauk. Sambil makan sambil main. Bagusnya di situ ada disediakan meja dan kerusi berdekatan dengan tempat anak-anak bermain. Bolehlah sambil-sambil makan sambil-sambil baca buku *bacalah sangat!*
Alhamdulillah cuaca memang sangat-sangat cerah tapi panas. Kalau mat salleh memang selamba bawa anak-anak berlari-lari tengah panas tapi kami ni tak tahan woooo. Cepat-cepat cari "air-cond" hu hu hu
Dahtu camne nak pegi Londong ni?? Jom layankan gambar-gambar di sekitar Taman KLCC ni. Sesekali boleh bawa anak-anak ke sini. Aku suka bawa mereka pada waktu pagi kerana cuaca selalunya baik pada paginya, kalau petang selalu hujan lebat.
Kami balik dalam pukul 1 tengahari gitu dan masing-masing tertidur kepenatan. Inilah cara kami menghiburkan hati anak-anak secara percuma. Tapi tak de lah percuma sangat sebab parking dalam KLCC tu kena bayar RM10 walaupun parking dalam 2 jam. He he he. Biasalah kan, inilah bandar. Nasib baiklah kami ni orang kampung Shah Alam, seseklai aje keluar ke bandar. Inysa Allah nanti nak bawa mereka ke Aquaria dan Pusat Sains pula, bolehlah mama mengendeng lama-lama di KLCC ;)
Hingga bertemu lagi. Hari Isnin adalah hari yang lemau. Selamat bekerja bagi yang bekerja :)
Untuk mendapatkan panduan tentang bagaimana bekerja di rumah, boleh baca blog ini : http://zailamohamad.blogspot.com/
Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan