Lamanya tak masukkan gambar anak-anak dalam blog ini. Kalau dulu masa awal-awal blog dan anak-anak pun masih 2 orang, setiap hari nak cerita pasal mereka kan? Tapi sekarang ini, dah tak kuasa nak cerita dah :P Apakah faktor usia atau faktor anak ramai yang membantutkan niat mama untuk berblog? He he
Sejak Haziq dan Husna sekolah, tinggallah Ashraf, Azzam & Aaliyah bersama mama dan kakak Aini. Selalunya bila aku "masuk bekerja", memang Aaliyah akan dijaga oleh Aini. Ashraf dan Azzam pula sesekali mesti nak kacau aku buat kerja. Menjaga mereka memang mudah sebab masih belum meminta macam-macam lagi. Cuma satu je tak tahan nak melayan mulut "bertih" Ashraf Hariz ni. Makin hari makin panjang akal tau :)
Kalau nampak aku buat kerja mesti nak mengeneng dok berzikir cakap Ashraf nak naik kapal terbang. Tak cukup lah naik masa pergi Sabah hari tu dan sekarang dok minta mama & papa belikan lagi tiket ke sana. Anak bertuah sungguh! Mama doakan Ashraf jadi juruterbang je ah, hari-hari boleh naik kapal terbang juga :)
Yang bawah ini pengarang jantung cinta mama juga. Alhamdulillah dah masuk 7 bulan dah bulan ni
Kerusi Ikea ni dah banyak berjasa kepada anak-anak, semalam masa Aini kemas rumah terjumpa kerusi ni dalam bilik dan rupa-rupanya Aaliyah sudah boleh masuk duduk dalam ni. Senang sedikit Aaliyah nak makan bubur.
Aaliyah yang comel, makin hari makin comel *puji anak sendiri takpe kan, siapa lagi nak puji kalau bukan mama dia sendiri*
Anak-anak aku memang aktif terutamanya Ashraf Hariz. Sehari kalau tak melompat tak sah lah kan, pastu kalau malam asal nak tidur aje mulalah drama sakit kaki lah apa. Kalau tengahari tak payah nak suruh tidur ke apa sebab lagi disuruh lagi tak akan tidur, jadinya kita tunggu "bateri" dia kong sendiri. Kadang-kadang depan TV kadang-kadang atas sofa tapi gambar paling "legend" sekali adalah gambar di bawah ini lah, lepas makan boleh tertidur dengan mulut dan tangan masih belum berbasuh ;P
Sejak abang Haziq pergi sekolah, masing-masing pun sibuk nak ke sekolah juga. Hermm, habis kopiah abang Haziq mereka pakai
Ustaz Azzam Haneef yang manja
Ustaz Ashraf Hariz yang "nakal" ini ala-ala Ustaz Kazim Elias ni :)
Kalau ditanya nak pegi mana, mesti akan jawab nak pegi toooolllllah. Azzam masih pelat-pelat lagi bila bercakap dan suka menurut aje apa yang abang-abang dia buat cuma Azzam ni manja dan suka berada dengan aku. Mula-mula Aini ada di rumah kami dia macam tak nak sangat dengan kakak Aini tapi sekarang panggil Aini kemain lagi terutamanya bila nak minum susu ;)
Anak-anak memang penyeri hidup kami sekeluarga. Oh anak-anak, janganlah cepat sangat membesar. Mama tak habis lagi rasa nak cium dan gomol. Kalau Haziq dan Husna sekarang ni dah berdikari dan tak suka dah kalau mama peluk cium, geli kata mereka. Macam-macam!
Semoga mereka semua membesar dengan sihat dan mejadi anak-anak yang soleh dan solehah. Tahun ini duit hasil perniagaan aku salurkan pada akaun SSPN anak-anak. Kalau dulu selalunya pindah masuk akaun bank Islam aku tapi selalunya mesti akan habis juga jadi tahun ini dah buat azam untuk setiap anak aku akan sasarkan RM100 seorang (terutamanya Haziq & Husna sebab mereka sudah mula sekolah) manakala anak-anak yang lain RM50 seorang tapi kalau ada rezeki lebih boleh masukkan lebih sedikit. Setakat bulan lepas, masih lagi konsisten, bulan ini harapnya masih dapat masukkan juga sebab kalau tak buat cara macam ni memang tak akan nampak lah duit hasil aku berniaga. Selalunya akan habis buat modal atau beli buku atau benda merapu;)
Oklah, bagi yang mahu memulakan perniagaan secara online boleh baca persediaan di sini : www.zailamohamad.com dan hubungi aku bila dah bersedia. Sehingga bertemu lagi :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan