Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 27 Mei 2015

Philips Steamer Ini Khas Untuk Orang Yang Malas Gosok Baju

Assalamualaikum,

Lambat sedikit bersiaran hari ini, seperti biasa hari Isnin hari untuk berehat-rehat setelah 2 hari keluar mencari rezeki. He he he Terbalik pula dengan uols yang bekerja 5 hari seminggu ya? Jangan cepat melenting, jangan marah, aku gurau je. Yerlah, surirumah macam aku ni kalau hari bekerja nak keluar pergi mana sangat. Sebab itulah bila hari cuti en suami bagi kebenaran untuk aku keluar bersosial jumpa-jumpa prospek. Eh!

Ahad yang lepas aku ke kelas demo menggunakan produk Philips Seterika Perfectcare Aqua System. Waahhh! Teruja betul bila tengok demo daripada En. Fuad ni, kenapa lelaki yang buat demo? Sebab nak tunjuk betapa mudahnya nak menggunakan seterika ni, yang penting tak payah nak pening-pening kepala nak laraskan suhu ikut jenis kain ke apa sebabnya seterika ini akan tentukan sendiri mengikut sensornya. Best kan? Sebenarnya yang paling menarik perhatian aku adalah sistem keselamatan yang ada padanya iaitu seterika ini akan automatik OFF sendiri sekiranya kita terlupa untuk mematikannya. Hebat kan?



Bayangkan suami yang gosok tudung-tudung isteri, waaahhhh bagusnya :)





Semua jenis kain pun senang dan ada lagi kelebihan seterika ini di mana ianya boleh menggosok lebih dari 1 pakaian dalam satu masa. Hermm, cakap banyak tak guna juga sebab kena tengok dan rasai sendiri pengalaman menggunakan seterika ni. Pada yang berminat untuk melihat demo atau mahu membeli seterika ini, boleh hubungi aku di 012-970 6828. Harga yang ditawarkan sudah tentulah lebih murah dari harga di pasaraya (tapi bagi spesifikasi yang sama lah, jangan banding dengan yang lain pula ya)


Ini En Fuad guna kain linen ni, memang kalau baju dari kain Linen menangislah masa nak gosoknya tapi aku tengok sekejap sahaja dah siap.


Sebenarnya seronok tau bila ada gadget yang memudahkan kita buat kerja, kalau nak tahu menggosok baju lah antara perkara yang paling aku dan en suami MALAS sekali nak buat. Antara salah satu sebab aku berhenti kerja pun sebab malas nak gosok baju. Boleh? He he Tapi akhirnya kena akur juga walaupun malas gosok baju sendiri tapi masih kena gosok baju kerja laki dan anak-anak. Huwaaaaaaaaaa! Sebab tu nak bodek en suami beli seterika ni, nanti mudahlah kerja dan jangan risau elektrik tetap sama walaupun menggunakan seterika ni. Kalau kira lagilah jimat sebabnya sekejap sahaja dah siap gosok banyak baju. Suka tak?


Setiap pembelian melalui aku akan dapat PERCUMA 1 papan seterika yang besar tu (macam dalam gambar) dan DVD bagaimana untuk menggunakannya. Warranty adalah setahun. Jadi, apa tunggu lagi? PM / WA ke 012-970 6828 untuk pertanyaan harga dan cara pembayaran yang paling mudah dan tak memeningkan kepala. Kalau cikgu-cikgu mahupun surirumah semua bagitahu memang bestlah ada seterika ni di rumah masing-masing. Mudah kerja uolsss!

Oklah, hingga bertemu lagi. Sebenarnya ada satu lagi produk best yang aku sempat tengok demo pada hari yang sama. Nanti-nanti aku cerita lagi ya. Sehingga bertemu lagi. Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^