Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 25 Jun 2015

Resepi Mudah Solok Lada


Assalamualaikum,

Maaf, asyik keluar gambar makanan aje blog aku ni ya. Aku rasa inilah dunia surirumah, tidak ada gambar percutian mewah, baju berjenama mahupun koleksi beg-beg berjenama penuh rumah. He he he Aku hanya surirumah biasa aje. Ceh! Memasak dah jadi macam satu pekerjaan tetap pula, kalau tak masak rasa macam tak boleh duduk. Ok Tipu! Aku kalau balik kampung rumah mak memang pemalas tahap gaban untuk masak, lebih suka makan masakan mak atau beli kedai aje. Percutian paling mewahlah tu, sebab nak pergi hotel 5 bintang tak mampu tapi rumah mak yang sauna juga paling best untuk berehat. Ok tipu lagi. Padahal tak tahan nak duduk lama-lama sebab panas :P *Eleh masa kecil kenapa tak rasa rumah tu macam sauna eh?

Eh melalut-lalut pula aku ya. Asalnya nak kongsi resepi kesukaan aku iaitu solok lada. Kebetulan masa balik kampung haritu beli lada solok di pasar Tumpat, jadi haruslah masak. Kebetulan bahan-bahan ada apa lagi, terus buat lah.

Bahan-bahan :

- 5 ekor ikan selayang (ikan sardin yang segar) ambil isinya sahaja mentah-mentah ya, Aku buat ni ikut resepi mak mertua, kalau resepi mak sendiri direbus aje ikan itu dengan asam keping & sedikit garam. Tapi oleh kerana nak makan sendiri, harus guna isi ikan yang segar.
- isi kelapa yang tidak terlalu tua
- 3 biji bawang merah ditumbuk
- 1 mangkuk santan
- Garam & gula sebagai perisa
- Lada solok dipotong dibahagian tangkai dan dibuang biji dan pulur tengahnya

Cara-caranya :

- Gaulkan isi ikan, isi kelapa & bawang yang telah ditumbuk. Perisakan dengan garam dan gula. Ada setengah orang masukkan lada hitam tapi aku tak suka, jadi tak payah masuk.
- Sumbat isi ikan ke dalam lada
- Masukkan dalam periuk dan masukkan santan
- Kukus sehingga masak. Memandangkan aku guna periuk Noxxa, aku menggunakan mod steam selama 5 minit dan siap! Sebenarnya terlebih lembik ladanya tapi baguslah boleh makan dengan nasi sekali. Pedas berdesing youuuuu

Dulu aku pernah kongsikan resepi solok lada di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2009/10/resepi-solok-lada-versi.html tapi dulu mak mertua yang buat. Ha ha ha

Senang je kan? Daripada beli, baik buat sendiri dan buat banyak-banyak kemudian letak dalam peti sejuk beku. Bila nak makan hanya kukus sahaja. Selain dari menggunakan lada solok boleh juga gunakan petola yang panjang tu (apa dah namanya? petola ular ke?) dan buangkan biji dan sumbat dalam tu, pun sedap juga. Solok lada elok digandingkan bersama nasi kerabu atau dimakan bersama gulai kawah. Isy, lapar perut pula. Apa-apa pun selamat mencuba ya :)

Iklan :

Stok sambal kentang sedap akan masuk hari ini, produk laris sepanjang puasa. Hari tu dah restok 50 peket tapi sekejap sahaja habisnya. Jika mahu beli dan buat juadah sahur atau ratah waktu moreh jomler PM / WA ke 012-970 6828. Penghantaran ke seluruh Malaysia :)

Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^