Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 24 Jun 2015

Tips Berjimat Di Bulan Puasa


Gambar hiasan : juadah berbuka hari ke 2 Ramadhan 

Assalamualaikum,

Sekejap sahaja kan dah seminggu puasa. Baju raya dah siap ke? He he ibu-ibu mestilah sibuk buat perancangan baju raya untuk anak-anak, untuk suami, tu belum masuk bab tempah-tempah kuih raya lagi. Bagi aku, tahun ni baju raya dah siap ditempah dan dah siap dijahir pun cuma belum diambil lagi, baju-baju yang lain tak terfikir lagi nak beli memandangkan budget dari en suami pun tak ada lagi. Kita tunggu jelah pengumuman ihsan dari suami, kalau ada alhamdulillah kalau takde kita redhokan aje (iya ke? Bukan pergi hempuk kepala suami ke sebagaimana yang aku baca dalam facebook beberapa hari yang lepas).

Tahun ini banyak benda nak buat jadi memang kena berjimat-cermat. Baju anak-anak memang kena beli tapi rasanya berpada-pada, tak nak kejar beli barang jenama sedangkan kualiti sama sahaja seperti barang borong dari China (pendapat aku lah mungkin tengok jenama juga kan). Kuih raya pun nak cuba buat sendiri walaupun aku tahu yang aku ni tak pandai sangat menguli biskut :P Tapi kita cuba layankan permintaan anak-anak yag mahu buat kuih raya. Ala biskut cornflakes je pun :P
Tak payah nak beli biskut yang pelik-pelik namanya (sampai nak sebut pun tak pandai) hanya bersederhana sahaja. Pendapat aku baik belikan kerepek sahaja buat kudapan di hari raya :)

Bab berbuka puasa pula, kalau boleh masaklah sendiri. Tak perlu nak keluar duit beli juadah di pasar Ramadhan. Alhamdulillah, aku memang sejak tak bekerja memang tak pergi lah bazar sebab tak tahu nak cari apa. Kami berbuka pun masak yang mudah-mudah aje, tapi dalam mudah-mudah tu selalu juga buat nasi arab, sup kambing dan macam-macam lagi. Semuanya dengan bantuan cik Noxxa. Memang berbaloi-baloi juga beli sebabnya macam-macam dah aku cuba buat. Kalau dulu nak buat kuih sri muka pun tak pandai (bukan tak pandai tapi lebih kepada malas nak keluarkan peralatan mengukus) tapi dengan Noxxa 13 minit dah siap. Bukan sedikit tapi banyak boleh buat, dah gaya nak menjual kuih pun ada :)

Tapi kalau nak berjimat lagi boleh pergi berbuka puasa di surau. Kalau surau kawasan rumah kami emmang ada disediakan juadah berbuka. Siap ada catering lagi, moreh pun sama. Kalau sahur boleh tunggu 10 hari terakhir kerana ada program qiamullai (kalau sebelum 10 hari terakhir bermula pada hujung minggu sahaja). Best kan? Alhamdulillah, tahun ini berpeluang pergi menunaikan solat terawih di surau tapi anak-anak aku tak bawa lah sebab takut diorang bising mengalahkan tok imam pula. Anak-anak aku semuanya Power Rangers belaka, nanti habis satu surau bergema suara mereka :) Walaupun surau tu mesra kanak-kanak, tapi masih belum ada keberanian untuk bawa. Tengoklah, mungkin hujung minggu boleh bawa anak-anak berbuka di situ. Boleh semaikan perasaan cintakan surau dan berkongsi makanan. Ye lah, kalau makan ramai-ramai tak boleh lah nak tamak kan? Kena ingat juga orang lain.

Itu sahaja tips berjimat dari aku. Rasanya ada banyak lagi cuma tak terlintas di fikiran aje. He he he
Bagi aku, bulan puasa sebenarnya sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain (dari segi belaja dapur) cuma kena masak sedap-sedaplah sikit. Kalau dulu beli ikan siakap goreng biasa tapi kalau puasa kena goreng 3 rasa, baru selera sikit nak makan :)
Yang penting bulan ini kena tambah ibadat dan banyakkan memohon keampunan dari Allah SWT. Semoga kita menjadi insan-insan terpilih yang dapat masuk ke syurga. Aamin.

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^