Assalamualaikum semua,
Aku nak kongsikan penulisan Roza Roslan yang dipetik dari
http://muhdkamil.org/rozaroslan/2012/05/22/nasihat-seorang-ibu/
Nasihat seorang ibu
Posted on May 22, 2012 by rozaroslan
Menemui adikku Ratna, sanak saudara serta rakan-rakan yang dikasihi,
Semuga di dalam kasih sayang dan rahmat Allah sentiasa.
Ratna,
Alhamdulillah, kami tidak kesunyian di Madinah. Ramai tetamu Allah yang
sudi mengunjungi ke rumah kecil kami di Jabal Uhod. Rumah kecil kami
kosong sahaja, tanpa perabot apatah lagi hiasan dalaman. Namun kami
berbesar hati menerima kehadiran mereka.
“Silalah haji dan hajjah..silakan duduk bersila.”
Kami berseloroh. Bagaimanapun bagi tetamu yang sakit lutut, ada sofa
terpakai pemberian ikhlas dari seorang rakan tempatan, untuk digunakan.
Malukah kami dengan keadaan begitu? Tidak..itu sahaja yang kami ada.
Pernah juga terlintas di hati kecil untuk memenuhkan ruang tamu dengan
perabot yang sepatutnya. Terutamanya apabila diakhir pertemuan kami
dihulurkan dengan sekeping kad perniagaan. Lalu, dengan rendah hati kami
nyatakan;
“Allahu Akbar..mohon maaflah Tan Sri, Puan Sri, Datuk, Datin, Yang Mulia, Yang berhormat, Professor, Dr…”
Benar, bukan salah mereka. Kekok mereka duduk bersila kerana tidak biasa. Canggung makan di dulang kerana bukan kebiasaan.
Ratna,
Dalam ramai-ramai jemaah yang datang menunaikan umrah, kak Ngah
terkesan dengan sesaorang. Wajah mereka penuh keibuan. Tuturkata mereka
penuh santun, nada perlahan. Wajah manis sentiasa melontarkan senyuman.
Siapa memandang pasti tertawan.
Salah seorang dari mereka berkata;
“Ketiga-tiga anak kami perempuan.”
Semasa anak-anak mereka bersekolah di asrama penuh, jika ada
permintaan, ibu itu akan memasak lalu menghantar makanan ke asrama.
Tambahan pula jika anak-anak tidak dapat pulang ke rumah.
“Kami membawa bekalan makanan dan makan bersama mereka. Bayangkanlah jika mereka berada di lokasi yang berbeza.”
Seorang ibu lagi berkata;
“Itulah satu-satunya anak perempuan kami. Berbanding dengan abang-abangnya, dia paling terserlah dalam pelajaran.”
Akhirnya, anak-anak mereka semuanya berjaya melanjutkan pelajaran ke
peringkat tertinggi hingga ke luar negeri. Mereka bertemu jodoh pasangan
yang berjawatan tinggi. Lalu, setelah beberapa tahun berumahtangga,
anak-anak mereka “terpaksa” mengikut suami masing-masing yang ditugaskan
bekerja di luar negara. Mereka “terpaksa” bercuti bekerja tanpa gaji.
“Rumah dan kereta mereka di luar negara…masya Allah.Sangat bergaya.”
Tetapi akhirnya mereka berkata;
“Puan, anak perempuan kami sudah bertahun-tahun cuti bekerja tanpa
gaji. Lalu, sebagai ibu saya cuba menasihati agar mereka meletakkan
jawatan sahaja. Gaji suami mereka sudahpun memadai. Lihat sahaja segala
kelengkapan rumah yang serba mewah.”
Dan mereka mengakhiri dengan nasihat agar dipertimbangkan oleh anak-anak perempuan;
“Kami katakan kepada mereka, lebih elok letaklah jawatan kerana ia
menyusahkan majikan. Majikan kekurangan tenaga pekerja sedangkan ianya
tidak boleh diisi kerana jawatannya ada tetapi tenagakerjanya bercuti
tanpa gaji.”
Ratna,
Dalam diam kak ngah memandang ibu-ibu
itu dengan penuh kekaguman. Tiada apa lagi yang perlu dibuktikan oleh si
anak. Ibubapa sudah berbangga dengan kejayaan mereka. Bagi ibu,
kejayaan sebenar anak-anak apabila melihat mereka bahagia di alam
rumahtangga.
Allah..Allah ya Allah. Mampukah kita melakukan seperti apa yang telah emak lakukan kepada kita?
Sekian, salam sayang dari kami di Madinah al-Munawarrah.
- Rumah kecil di Jabal Uhod -
Tersentuh hati bukan? Bila dah jadi seorang ibu ni, baru aku tahu & menghargai pengorbanan & kasih sayang seorang ibu. Tapi aku yang aku nak highlightkan di sini adalah tentang nasihat seorang ibu itu kepada anak perempuannya yang sedang "bercuti tanpa gaji".
Kadang-kadang ada betulnya, terlebih dahulu maaf andai ada yang tersinggung cuma sekadar pendapat aku; Ada penjawat awam mahupon swasta yang bercuti tanpa gaji mengikut suami bekerja (tak kisahlah di dalam atau luar negara) semata-mata sayang nak melepaskan jawatan tersebut. Kalau sebulan dua bercuti tanpa gaji atau ada alasan yang munasabah tak apa (macam jaga anak sakit, diri sendiri sakit atau atas alasan yang boleh diterima takpe) tapi kalau sekadar menurut suami bekerja ke mana-mana, pada pendapat aku..baik lepaskan sahaja jawatan itu.
Berkorban kerjaya demi keluarga; lebih kurang macam itulah sebabnya aku rasa ada betulnya kalau suami kita sudah mampu menyara kita, kenapa dipegang lagi jawatan yang ada tu, kesian bila dengar keluh kesah ramai lagi kawan-kawan yang sedang menanti peluang untuk bekerja di sektor awam seperti cikgu sampaikan setiap tahun tak pernah lupa untuk mencuba KPLI/DPLI. Yakinlah pada Allah, kalau niat kita baik, melepaskan periuk nasi kita untuk orang lain, Insya Allah lepas ni periuk nasi suami kita pon akan bertambah-tambah kerana rezeki ni Allah yang bagi so kena yakin dengan Allah:)
Lagi satu restu ibu memang penting bagi kita yang nak berhenti kerja ni..Walaupon dosa pahala kita semua ditanggung oleh suami tapi keberkatan doa ibu tetap kena ada. So minta supaya ibu kita doakan yang terbaik buat anak perempuannya.
Ops, itu sahaja yang aku nak kongsikan..tak boleh story panjang-panjang sebab rasa air mata ni deras je mengalir..So sebelum banjir baik aku undur diri dengan iklan ni;
Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) di MKS Gedung Serbanika Online
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
6 ulasan:
ni nak respon, bukan kecik ati atau terasa hati tau...tapi saja nak share..... :)
bukan semua orang mampu nak letak jawatan kerana mengikut suami bekerja....contoh macam cikgu ni..... gaji suami di oversea dengan gaji bekerja di malaysia tak sama...bila dah balik mesia semula,gajinya tak semeriah sekarang.....maka cikgu masih perlu bekerja.... dan sebab mengapa suami minta cikgu bercuti, kerana kami dah lama menanti kehadiran cahaya mata, dia nak tengok anaknya membesar depan mata dia.....kerana kami tak tahu masih ada lg ke tak rezki utk kami timang cahaya mata seterusnya:)...
Hmmm... ada kebenarannyer jugak..
Ceqgu,
hahaaha..baguslah jangan terasa hati..masing2 ada reason sendiri so kalau itu yang terbaik untuk famili ceqgu, teruskan aje:)
Eynda,
sekadar perkongsian, pendapat persendirian mungkin berbeza:)
restu ibu yg paling pentng kan...x kemana hidup kite kalau ibu x restu..
Mmg betul tu..klau dah suami mampu then lepaskan jawatan tu..bg peluang adik2 plak kan..yg buat tak mampu mgkn jugak bnyk sgt berhutang..masa kerja jd kelam mata bila duit masuk akaun..nk beli itu ini guna kredit kad..tu yg trpaksa tanggung berthn tahun kan..bukan nk tuduh tp tgk kebenaran kwn2 sekeliling...ada yg brsungut letih kerja tp bila disaran berhenti mngadu pulak hutang kereta msh ada 2 thun...kredit kad bal hutang ada sampai puluhan ribu...aduhaiii klau mcm tu bila dan mcmana nk berhenti..so senang2 jgn bersungut letih lah kan...hehee
Cerita dari akak je ni..jgn sesapa ambik hati
mummy Danisha,
A'a restu ibu yang penting:)
Saniah,
kena bijak mengatur kewangan keluarga juga kan..
Catat Ulasan