Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 30 Mac 2010

April Fool!!

Salam semua;)

Sedar tak sedar kita dah nak masuk ke penghujung bulan 3 dah kan?? Sukanya sebab esok dapat gaji..Merasa gaji baru pulak tu jangan jeles ya Syukur pada rezeki yang diberikan oleh-NYA macam ayat dalam status facebook je ni

Bulan depan dah nak masuk bulan April, kalau kena 1 April pula adalah April Fool, tapi Zaila tak sambut kot sebab tak reti nak buat lawak-lawak segala ni. Mungkin Zaila tak ada bakat untuk masuk Raja Lawak;D

Kalau nak tahu, banyak juga perancangan Zaila untuk bulan April ni. Jom kita share sedikit apa yang akan berlaku nanti. Kalau lama blog tak berupdate, korang tahulah tu yang tuan empunya blog ni sedak buat busy;)

1. Insya Allah, mungkin di awal bulan 4 ni Zaila akan mula start berpindah ke rumah kami di Kemuning Gre8nVill* tu..Mesti penat kan proses memindah ni. Tapi sebelum tu, dalam perancangan ni nak buat pest control dulu, pastu kalau ada rezeki lebih nak pasang kabinet TV yang macam Zaila dok review dulu. Moga Allah permudahkan segalanya. Sebut pasal rumah ni, bermula 1 ~ 4 April ni ada pameran perumahan yang macam HomeDec di PWTC so Zaila rasa rugi kalau tak pergi, so apa tunggu lagi?? Jom kita terjah nanti;)

2. Dalam Minggu Kedua pula, hubby akan ke Turkmenistan atas urusan kerja. So nak tak nak, Zaila kena berdikari bersama anak-anak selama seminggu harap-harap hubby takde nanti. Bestnya kalau dapat jadi macam Farah, sebab tiap kali husband dia outstation dia boleh ikut sekali;)

3. Insya ALLAH pada penghujung bulan April juga Zaila akan join GT Bazaar lagi di Central Market, KL. Cerita GT Bazaar di Pesta Buku Antarabangsa 2010 pon tak cerita lagi, ni nak cerita yang akan datang pula?? heheheehee..Macam nilah peniaga hujung minggu macam Zaila ni, ke mana ada bazaar, insya ALLAH akan ada muka Zaila jual tudung;) Nanti-nantilah kita story mory lagi pasal bisnes ni. Harap-harap tak akan ada yang bosan membacanya!!

4. Zaila juga dalam perancangan untuk mengadakan kelas bengkel "Memulakan Perniagaan Secara Online". Buat masa sekarang ni, tengah kumpul maklumat dulu. Pada sesiapa yang berminat, bolehlah email Zaila untuk booking tempat dulu (hanya terbuka kepada kaum Hawa sahaja ya). Bayaran tu belum ditetapkan lagi tapi jangan risau antara RM80 ~ RM100 (bergantung kepada tempat & masa yang akan ditetapkan nanti). Right now, Zaila hanya ada idea yang mencurah-curah untuk dikongsi bersama kawan-kawan yang ingin mengikut jejak langkah Zaila dalam berniaga. Kalau yang tak minat berniaga, baik jangan daftarkan diri sebab anda mesti akan rasa rugi dengar ceramah Zaila dengan bengkel ini. So tawaran hanya pada mereka yang betul-betul berminat aja ya;)

Rasanya itu ajalah kot. Kawan-kawan pula bagaimana???

9 ulasan:

sisdee berkata...

bes jek zaila nie...heheheheh

actually i ada keinginan nk bisness online tp ada byk bnda tak settle so pendam dulu hasrat..maybe zaila bole share sthing kat kita ek...
nsb le zaila jauh tau :(

kita pnah kena april fool..geram jek klu pkr2 uwaaaaaaaaaaaaa

honeylanz berkata...

wah..dah nk pindah rumah baru...nnt wat hse warming jgn lupa invite has tau..nk msk nasik kerabu air tgn zaila ;(

mohdandmeriam berkata...

salam zaila,wow tinggal di kota kemuning..setahu auntie kawasan elite kan..beruntung zaila ..perniagaan zaila semakin maju..inilah benar2 anak jati kelantan..

Lady of Leisure berkata...

ye tak ye la eosk ek april fool kan hehe... zaila pun dah nak pindah rumah baru bestnya..

fabulous.farah berkata...

go kak ila go~
hehehe
dalam msia boleh la ikut..kalo dah ke turkmen takde nye nak ikut=)

maya amir berkata...

zaila dah nak pindah ye.. slmt berpindah.. alhamdulillah murah rezeki zaila:)

Mommy Lyna berkata...

saya sedang sibuk menguruskan grand opening WISMA kami, sila kadang kalau tak saya hantar santau.

hahahahahahaa.

mrs shaifull berkata...

kejap je masa berlalu kan...

zailamohamad berkata...

sisdee, nanti zaila kongsi tips macamana nak buka sale's blog & promosikan blog tu
right now busy yg amat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^