Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 6 Mei 2011

Bebelan Mama Triple AH

Wah tajuk!!! Kalau dulu siri bebelan mak buyong, sekarang tukar mama Triple AH lah!! Eh bukan triple T tau;D Kenapa AH?? Yerlah, mama kepada Amirul Haziq, Ameera Husna & Ashraf Hariz..Kan semua AH tu..


Sorrylah sebab agak lama mendiamkan diri..Kalau ada pun sekadar gambar Wordless Wednesday saje, mesti korang bosan kan?? Inipun masih belum ada apa-apa gambar yang menarik boleh dikongsi tapi takpelah, meh sini mama triple AH nak membebel tentang apa yang telah berlaku dekat dunia dia sejak seminggu dua yang lepas.

Kan haritu Zaila dilanda demam chicken pox..huhuhu..memang tersangatlah sakit bila orang tua (read dewasa) kena..Sampai tak tahu nak buat apa dah especially masa bertih (gelembung-gelumbung air) tu nak keluar, panas perit je muka ni..Nasihat pada sesiapa yang masih belum diserang virus ni, kalau kena tu cepat-cepatlah ke klinik ambil ubat antiviral supaya virus yang ada tak merebak. Jangan p minum air kelapa or whatso ever petua yang orang dulu-dulu cakap. Nanti akan keluar makin banyak pula..Serious!! Zaila pun kira lambat ke klinik so sebab itulah keluar banyak gelembung-gelembung air tu. Siap bernanah pun ada!! Memang azab tau!! Memula tu takde rasa apa tapi bila lepas jumpa doktor terus rasa down sebab doktor cakap biasalah tubuh Zaila masih lemah disebabkan baru lepas bersalin & apa yang dirisaukan adalah Ashraf yang masih kecil lagi.


Masa ni rasa sedih sangat-sangat sebab of course tak boleh sentuh & bagi breastfeed dekat baby sebab masa ni Zaila makan ubat antiviral. Doktor pesan supaya jangan bagi bf pada baby kerana keadaannya yang masih kecil. Sudahlah sakit dek kerana chicken pox, sakit breast pula sebab bengkak susu kan..apa dah istilah medik bagi bengkak susu ni?? Memang betul-betul menguji kesabaran Zaila & sampai satu tahap air mata ni tak boleh tahan lagi dah. Masa ni mulalah terfikir kenapa aku yang kena?? Saat Ashraf masih kecil & perlukan susu ibu & dakapan seorang ibu. Sampaikan Zaila terfikir begitu banyakkah dosa Zaila sampai diberikan pembalasan macam ini..Bodohnya bila fikir balik..Maklumlah, duduk kesorangan kat rumah & ditambah pula masa ni Zaila masih belum boleh solat..Mulalah fikir macam-macam!!

Tapi Alhamdulillah, sebenarnya ramai yang memberikan sokongan. Ada yang call, sms & tak lupa juga buat teman-teman cyber yang tak pernah bersua tapi sangat baik meninggalkan komen & kata-kata semangat. Bak kata best friend Zaila "Allah nak bagi mung pahala sebab Dia tahu mung tak boleh sembahyang". Betul juga..kadang-kadang kita selalu melihat suatu ujian yang diberikan dari segi yang negatif, selalu menyalahkan diri merasakan betapa kita tidak bernasib baik padahal sebenarnya adalah terbalik. Alhamdulillah, sekarang Zaila rasa lebih bahagia & betapa bersyukur dengan ujian yang diberi. Infact, kalau nak dibandingkan dengan orang lain, apelah sangat ujian Zaila ni..Ada lagi hamba Allah diluar sana yang diuji dengan lebih berat lagi..So bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Speaking of bersyukur..Memang Zaila bersyukur sangat-sangat sebab dapat suami yang ringan tulang membantu. Masa awal-awal kena CP ni, sudah semestinya tak boleh sentuh Ashraf. Even sekarang pun Zaila masih tidak sentuh Ashraf kerana mengikut kata Doktor, sekurang-kurangnya 2 minggu selepas parut kering baru boleh sentuh baby kerana walaupun parut nampak kering tapi kuman-kuman yang masih ada di bawah parut hitam itu masih boleh berjangkit lagi. So nak selamat, Zaila memang akan pastikan tidak ada sebarang direct contact dengan Ashraf, nak pegang Ashraf pun kena pakai sarung tangan & inner segala. Memang cukup terseksa sebab tak boleh nak peluk cium Ashraf lagi;( Ok berbalik pada en suami tadi, terima kasih sangat-sangat sebab menjaga Ashraf di malam hari. Paling teruk pada malam pertama Zaila tak boleh nak bagi bf kat Ashraf, sampaikan tak tidur en suami dok mendodoikan anak..Sudahlah esoknya nak pergi kerja..Memang kesian sangat-sangat tapi apakan daya..Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..Moga Allah berikan kesihatan & umur yang panjang buat en suami agar en suami dapat terus menjaga & memberikan kami kasih sayang;)

Lagi satu Zaila bersyukur sangat-sangat sebab nursery tempat kami letak anak-anak sanggup menerima kehadiran Ashraf. Even Haziq pun kena hantar nursery juga. Tinggal Zaila sorang-sorang je kat rumah. Memang bosan sebab tak larat nak buat apa pun. Hanya tidur & menonton TV sahaja. Masa ni berat Zaila hanya berkurang 1kg sahaja..Damn!! Memang susah sungguh nak halau lelemak yang ada di badan ni..Sudahlah tak kurus, muka pula berparut sampaikan Haziq cakap "mama hitam"..Owh, sabar jelah!! Tak dapat dibayangkan macamana perasaan nak masuk ke office semula..huhuhuhu..Orang lain semua lepas pantang masuk kerja dengan body mantap, mak sorang je kembang semacam aje..huhuhuhuu..Dugaan lagi..Lupa nak cakap, sekarang pun Ashraf sudah dihantar ke nursery sebab kami dah bayar untuk sebulan so kalau tak hantar rugilah kan..So sempatlah mama rilek2 belek muka yang berparut di rumah. Walaupun dalam hati rindu sangat-sangat nak peluk cium Ashraf;(


Owh, masa cuti Hari Buruh haritu kami sekeluarga balik bercuti ke kampung..Biaserlah, bila ada cuti lebih sket sure balik kampunglah kami. Tiada istilah bercuti-cuti Malaysia / luar negara lagi memandangkan mak ayah Zaila masih ada & bersyukur sangat-sangat sebab masih ada kesempatan untuk menjengah mereka. Kalau nak harapkan mereka datang ke sini..huhuhuhu..Agak susah sedikitlah kan;D Apa-apa pun, Haziq & Husnalah antara orang yang gembira sebab boleh jumpa Tok Ayah & Mok. Tapi mamalah yang tension bila melihat en suami makan macam-macam. Paling tak tahan bila en suami beli durian kampung..Bau durian pun dah menyakitkan hati Zaila tau..HUhuhuhu..Naseb badanlah sebab tak boleh jamah lagi..Karang diri sendiri yang sakit, makin susah pula kan..So sabar jelah!!

Masa di kampung sempatlah kami buat cukur jambul untuk Ashraf. Tapi buat kecil-kecilan sahaja memandangkan ramai adik beradik yang tak balik. Insya Allah tunggu rayalah pula, kalau ada rezeki nak buat akikah pula. Tapi teringin sangat-sangat nak buat kat Shah Alam ni..Herm, tengoklah macamana..Kalau buat di Shah Alam, sudah pasti banyak belanja kena keluar sebab al maklumlah banyak yang nak kena sediakan kan? catering lagi, kanopi lagi, belum masuk harga kambing yang gulp!! Telan air liur nak membayarnya;D Kalau buat di kampung, sudah semestinya ramai yang akan datang menolong & of courselah Mak Limah akan jadi tukang gulainya!!

Tapi balik kampung sekejap saje iaitu 3 malam sahaja sebab mak aih..tak tahan ah dok kampung..Panas yang amat..Sampaikan Ashraf pakai pampers & barut je bila duduk rumah. Nak nak rumah MIL yang tersangatlah panas dek kerana rumah MIL yang tak ada siling & kalau malam tersangatlah sejuk pula sampai menggigil-gigil kami ni. Tapi walau apapun dugaan bila berada di kampung, tiada apa yang lebih bahagia bila melihat wajah orang tua kita. Semasa mereka masih ada lah kalau nak tatap puas-puas pun..Moga Allah panjangkan umur kedua orang tua Zaila & MIL juga. Semoga mereka diberikan kesihatan untuk melakukan ibadah & membuat kerja-kerja seharian..Aminn..

Bercerita tentang Zaila pula, 16hb ni dah kena masuk bekerja balik. Haruslah dok gila meroyan dekat en suami nak ke shopping mall sebab nak beli baju kerja yang baru kan?? Hai, kenapalah kaum wanita ni saiz badan mereka tidak tetap kan. Tiap kali mengandung nak kena beli baju baru, tiap kali lepas bersalin pun kena beli baju baru. Selepas kelahiran anak pertama lain, anak kedua lain, anak ketiga makinlah lainnya. Bukan makin kecil tapi makin bertambah saiznya..huhuhuu..Tapi lepas ni memang kena betul-betul disiplinkan diri untuk jaga badan ah..Maklumlah, en suami pun dah sound & naklah juga still maintain anggun di kala sudah ada anak 3 kan..Mak masih muda nokss..belum masuk 3 series pun lagi..huhuhu..so tak naklah tua sebelum usia kan..Duk terfikir juga samaada nak registerkan diri di gym ataupun swimming class yang kat kelab golf dekat rumah ni..Herm..takpun kena disiplinkan diri keluar jogging pagi/petang setiap minggu..Haiii, macam susah aje pasal siapa nak tolong jaga si kecil Ashraf tu kan?? En suami?? memanglah boleh tapi alasan lain mak takut pula bila jogging sorang-sorang kan?? Karang ada orang ngorat tersadung masuk longkang kang..isy..memacam alasan!!

Lepas tu dok risaukan macamanalah nak menghadapi alam kerja sekali lagi *eceh, macamlah cuti lama sangat* pasal rasa macam dah lama tak ada baby kecil ni...huhuhu..Dahler waktu kerja start pukul 8 pagi, nampak gaya lepas solat subuh dah tak boleh sambung tidur (itupun kalau solat awal, kalau jaga lambat camno??)..Sekarang pun naik rimas tengok beg-beg yang nak kena siapkan untuk dihantar ke nursery. Ada 4 beg semuanya; beg sekolah Haziq, beg pakaian Haziq, beg pakaian Husna, beg pakaian Ashraf. Kalau hari Isnin tambahlah baju sekolah Haziq. Kalau mama kerja, tambah lagi handbag mama..Dah naik penuh dah kereta kami dengan beg-beg tu..Ehem-ehem, en suami..tak nak tukar tambah kereta ke?? Wish ke Stream?? *lariiiiikkkkksss*
Moga dipermudahkan segalanya..Amiinnn..

Oklah, dah banyak mama triple AH ni membebel..terima kasih pada yang sudi membaca. Tak ada yang menarik pun cuma sekadar luahan hati..Terima kasih pada yang masih sudi menjengah blog Zaila yang tak seberapa ni. Insya Allah, lepas ni nak aktif berblog balik. Nak naikkan traffik, mana tahu boleh dapat cek dari Nuffnang lagi. Owh lupa nak bagitahu, cek pertama sudah sampai..Tapi tak tahu nak buat apa..Paling kurang mesti habis dekat anak-anak juga..Takperlah..mama redha..mama berblogging nipun untuk anak-anak juga kan..huhuhu..buat LHDN tu, janganlah cari saya..apa yang saya dapat ni hanya sedikit sahaja jika nak dibandingkan dengan bil-bil broadband yang saya bayar tiap-tiap bulan tu..Orang kata tak berbaloi pun tapi nak buat macamana..saya memang tak boleh hidup tanpa teknologi;D

Apa-apa pun..bersyukur di atas segala dugaan & rahmat yang dikurniakan dari NYA..oklah..babai!! Assalamualaikum..

Selamat hari ibu..Zaila rasa Zaila supermum!! hik hik

1 ulasan:

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

pjg sungguh n3 nih :)
Selamat hari Ibu Zaila..kita semua mmg superMom ;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^