Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 8 Mei 2011

Tips Untuk Mengepaw Suami;)

Sebelum tu, Zaila nak ucapkan selamat hari ibu buat semua supermum di luar sana;-)

Celebrate kat mana?? Zaila tak ada ke mana-mana pun cuma sempatlah keluar ke Sunway Pyramid semalam untuk misi mencari stroller buat Ashraf. Susah kalau nak ke mana-mana kalau tak ada stroller ni. Bila dah beli, rasa lega yang amat..Herm, sambil-sambil survey stroller tu, sempatlah juga jalan-jalan cuci mata..Segar rasanya bila dapat keluar jalan-jalan ni..Al maklumlah bila berpantang ni asyik duduk dalam rumah je kan so bila dapat keluar tu, rasa macam segar je tubuh badan ni walaupun penat berjalan

Hehehehe..Sempena Mother's Day ni..sempatlah juga mengepau en suami untuk belikan sesuatu..Meh nak kongsi tips untuk mengepau suami..Haaa, cer cuba kot-kot boleh dipakai untuk suami korang juga;D *silap haribulan suami korang lagi sporting* Tak kira, nak cerita juga;D

1) Sebelum tibanya cuti weekend, bagilah hint-hint yang kita ni nak keluar shopping..Selalunya jadikan anak-anak sebagai alasan. Contohnya "B, susah r kalau takde stroller..Sabtu ni kita g cari stroller nak??" Takpun berterus terang sahaja macam "B, mama nak beli baju baru ah..nak masuk kerja ni banyak baju tak muat dah sebab gemuk sebab mengandung haritu"

2) Bila nak keluar tu, make sure bagi en suami makan kenyang-kenyang (padahal en suami yang bawa kami makan kenyang-kenyang) & make sure anak-anak tidak meragam so kenalah layan anak-anak dengan penuh kasih sayang *pendek kata jangan tension-tension*

3) Sambil-sambil jalan survey barang tu, buat-buatlah tanya "Eh, ada sale r dekat Parkson ni..perfume b dah nak habiskan??" Takpun "B nak baju baru tak??" Walaupun pada hakikatnya kita bukan nak beli pun..Hahahaha..

4) Lepas tu mulalah jalan-jalan sentuh-sentuh apa-apa yang korang berkenan..kah kah kah..Kalau nak handbag, ajaklah ke bahagian handbag, butik ke..tapi agak-agak juga..Kalau en suami tak mampu, jangan dipaksa-paksa..karang ada yang makan kasut karang;D Macam Zaila, suami nak bagi tapi tetiba pula baik hati menolak *hahaha..jin baik kot merasuk masuk dalam diri ni* -___-

5) Kalau masuk lalu depan kedai baju yang korang suka tu, kalau ada perkataan SALE..cepat-cepat masuk cakap "eh ada sale lah, masuklah kejap"..Pastu kalau ada yang berkenan..buatlah cakap "isy, lepas sale pun harga mahal lagi"..Kalau suami korang jawab "eh, dah ok dah ni harga ni" haaa cepat-cepat masuk fitting room untuk try..Nanti kang, dia berubah fikiran & keluar dari kedai tu..Haaa, korang jugak rugi kan;D

6) Bila dah berkenan tu..hehehe..Pandai-pandailah ayat en suami..Gunakan alasan seperti Hari Ibu ke untuk alasan mendapat hadiah dari en suami..Bila en suami nak bayar tu, cepat-cepat ambil sehelai lagi dengan alasan "kan ada sale..boleh ah b"..hahahaha!! So everytime ada occasion tertentu, cepat-cepatlah pasang niat untuk mengepau suami ya;D

7) Last sekali, bila dah orang belanja tu..bila balik rumah pandai-pandailah ambil hati en suami..buatkan air ke (nampak sangat selama ni jarang sediakan air untuk sang suami), picit-picit ke..muahahahaha..Mane tahu lepas ni boleh paw lagi kan;D

Hasil kepaw-aun en suami;-


blouse dari Topshop


Tapi bagi Zaila, takde makna juga en suami bayar sebab duit dia duit Zaila juga, duit Zaila duit dia juga..Tapi tak kisahlah..yang penting mak suka..Herm..cuma nak kena kecilkan sket lengan ni..nampak debab sangat ah..Tak suka!! Tak suka!!





3 ulasan:

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

hehehe..x nak la paw hb..nnt dia paw kita balik..hehehhe

Ami berkata...

hahaha hok last sekali tue,sero hari2 doh amik air ko hubby.kene kipas kuat lagi la nie.happy mother's day k.ila :) lawa baju hehe

wasitahDelima berkata...

Kesian makhluk bernama suami, asyik kena kepau je... tapi x pelah, mereka redha...harap sayangnya sampai bila-bilalah...

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^