Alhamdulillah, hari ni genap 15 hari kita berpuasa. So macamana "pencapaian" korang setakat ni?? Puasa ni bukan sekadar menahan diri dari makan & minum sahaja, banyak lagi benda yang kita kena halang diri kita dari melakukannya seperti mengumpat, membazir, melakukan benda yang tak berfaedah & macam-macam lagilah!!
Setakat ni, dari 15 hari puasa..hanya 4 hari je aku ke Pasar Ramadhan & selebihnya aku lebih suka masak sendiri juadah berbuka. Walaupun ringkas tapi cukuplah untuk mengalas perut kami ni. Setiap hari sampai di rumah lebih kurang pukul 6.30 terus cepat-cepat masuk dapur bersilat di dapur sekadar masak nasi, goreng ikan & buat sayur air..Bolehlah tu, dari membazir duit di Param;P
Tahun ni aku tak boleh ke masjid untuk menunaikan solat terawih. Tahun lepas sebab aku mengandung *letih yang amat* & tahun ni susah nak tinggalkan budak kecil cinonet Ashraf bebab tu pula. Kalau ada orang yang sudi jagakan, bertuahnya aku dapat menambah "pahala" dengan menunaikan solat terawih di surau;) Herm, bukan tak boleh buat kat rumah tapi faham-faham jelah..godaan terlalu banyak ah bulan pose ni:P
Masih bersisa 15 hari lagi sebelum Syawal menjengah tiba. Ruginya kalau aku masih di takuk lama..Harapan aku semoga lepas ni aku akan lebih rajin melakukan ibadah sunah yang berganda-ganda ganjarannya. Alhamdulillah, setakat ni pun masih sedar lagi untuk bersahur, walaupun kadang-kadang terjaga hampir waktu imsak tapi sempatlah makan roti & minum air masak;) Tapi nampak gaya niat nak kurus di bulan puasa ni macam berkubur aje;P
Oklah, saje nak tayang menu iftar aku weekend yang lepas. Korang berbuka dengan apa?? Masak ke beli semuanya??
Menu iftar Sabtu : spagetthi kuah banjir..kalau kat kedai jangan harap dapat kuah banjir macam ni kan;P
Menu iftar Ahad : Ayam penyet versi Mek Ila..rasanya bolehlah cuma takderlah sesedap Ayam Penyet Wong Solo tu;P
Selamat meningkatkan "markah" pahala puasa kawan-kawan;)
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Isnin, 15 Ogos 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
2 ulasan:
Zaila...dek krn baca status u, u nak buat ayam penyet..trus suruh husband i booking nasi ayam penyet ria kat summit tuk buka posa semlm..yum yum yum
ZAI, SEPANJANG POSE, AKU BARU SMALAM G BAZAR..HEHE, SERONOK PULAK SEBAB BARU 1ST TIME KAN ;P
Catat Ulasan