Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 22 November 2011

Bila Anak Sakit

Hari ni aku cuti Emergency Leave (EL) dek kerana buah hati kesayangan aku ni tak berapa sihat..Actually sejak seminggu yang lepas lagi (entri Rambling Wednesday aku ada cerita Ashraf tak sihat mana) Ashraf cirit birit then batuk-batuk..Sebagai seorang ibu of courselah aku risau..Nak-nak bila dapat tahu one of kawan anak-anak aku di nurseri ada yang admitted di Columbia Asia due to Pneumonia..Actually dari semalam lagi en suami suruh aku bawa Ashraf jumpa doktor tapi since last week dah jumpa doktor kat klinik biasa, aku rasa this time kena bawa Ashraf jumpa Paed pula..Mungkin rawatan yang doktor pakar kanak-kanak bagi ni lain sedikit..

So pagi tadi awal-awal lagi kami ke Klinik Adek di Seksyen 9 Shah Alam. Aku pernah ke sana dulu untuk dapatkan rawatan bagi Haziq yang gatal-gatal..(baca entri ini). Kami sampai di sana pukul 8.30 pagi lagi & masa tu klinik pun tak buka lagi. Nasib baik kakitangan klinik nampak & terus bukakan pintu untuk aku & teruskan pendaftaran..Tak lama lepas tu, nama Ashraf pun dipanggil. Aku nak puji sikit klinik ni sebab kalau ikutkan waktu operasi klinik ni adalah pukul 9 pagi tapi bila ada pelanggan datang, dia terus ambil nama kami..Berbeza sangat dengan klinik DrNora yang selalu kami pergi di area rumah kami ni..Kalau tulis kat luar klinik waktu operasi pukul 8.30 tapi jangan haraplah kalau ko datang pukul 8.30 pagi kakitangan dia nak layan, tunggulah kat luar sebabnya diorang nak mop lantai dululah, lagipon doktor pun sampai lewat so adalah agak kurang markah di situ..Baik tukar waktu operasi ke 9.30 pagi sahaja kan??

Ops, agak melalut aku..Ok sambung cerita tadi..Aku memang sukakan cara Dr. Amdan bagi konsultation kat kami..Pagi tadi aku bawa semua anak-anak aku & buat follow up juga untuk Haziq yang eczema ni..Actually masa dapatkan rawatan haritu, memang gatal-gatal Haziq dah terkawal tapi bila kena pergi next check up, kami pergi tapi Doktor Amdan tu takde sebab ke USM Kelantan..so kiranya hari ni jumpa balik dengan Dr Amdan untuk follow up setelah hampir 6 bulan tak jumpa..hehehe

Ok, pendekkan cerita..doktor cakap ada bunyi wheezing dalam dada Ashraf..Doktor siap cakap "ini kalau makan ubat tak jalan ni, nak kena bagi gas juga ni" & kat klinik ni ada bagi sewakan alat untuk sedut gas tu so memang nak kena ambil ubat on time setiap 4 jam..Nak tak nak memang akulah yang kena ambil cuti..Seb baik bos cakap ok bila aku sms dia bagitahu yang aku nak EL..Bila anak sakit ni, dan-dan tu je rasa nak hantar surat berenti -_____- *tapi of courselah bukan semudah yang difikirkan*

So harini duduklah aku senang lenang dengan Ashraf kat rumah..hihikhikhik..syok juga sebab malam tadi kan aku tak cukup tidur dek melayan Ashraf yang bangun menangis malam so bila dapat EL ni, sempatlah juga curi-curi tidur:P Cukup masa kenalah bagi makan ubat kan..Doktor dah bekalkan ubat sebanyak 5 tiub so aku kena bagi pada pukul 12 tghr, 4 petang, 8 malam, 12 malam & 6 pagi esok..Lepas tu kena follow up lagi jumpa Doktor Amdan esok hari..Harap-harap, kahak Ashraf akan kuranglah..huhuhu

Masa kat klinik pun Ashraf dah kena sedut gas (nebulizer), masa tu rilek je mamat tu..kat rumah berdebar-debar juga aku sebab takut dia tak nak kan..Seb baik ada car seat so letak Ashraf atas tu & aku siapkan ubat untuk diberi pada Ashraf;-


dah jadi macam bilik rawatanlah pula rumah aku ni:P agak-agak bolehlah buka klinik pasni..hahahaha


tadi p timbang, berat Ashraf dah turun 7.4kg, dah kurang dah ketul-ketul kat tangan & kaki..sian anak mama


bila aku tunjuk je corong nebulizer tu..tengoklah reaksi Ashraf!! hahaha lawak..lawak..


lepas tu mama buat muka badut sket..terus gelak-gelak..good boy;)


naseb baik Ashraf maintain je..tapi masa awal-awal je tu..lepas tu sibuk nak pegang sendiri


sempat sengih-sengih lagi


Kalau g hospital pon konpem kena tahan sebab diorang nak bagi nebulizer..tapi aku pilih untuk berjumpa dengan Dr Amdan ni dulu..Kalau tak jalan juga dengan rawatan kat sini, haruslah aku ke hospital cepat-cepat..Demi anak, apa pon kami sanggup buat..Plan nak balik kampung pon terpaksa dibatalkan..Nasib baiklah mak ayah aku nak datang rumah bulan 12 nanti so bolehlah jumpa juga..Haisy..rindunya ngan mak ayah kat kampung..dengar cerita asyik hujan aje kat kampung..janganlah banjir..huhuhu


Cepatlah sihat duhai anak!!

Tadi kebetulan pula aku tengok Wanita Hari Ini kat TV3, tajuk "Anak Demam Jangan Ambil Mudah" lepas tu adalah sorang tetamu yang datang tu bawa anak yang dah jadi lumpuh dek kerana jangkitan kuman di otaknya (atau kena sawan aku tak pasti sebab masa tu tak kosentrate sangat) & of courselah air mata ni mengalir laju..bukan apa, berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul..bayangkan betapa sedihnya ibu tersebut bila anak yang suatu masa dulu sihat telah jadi kurang upaya untuk selamanya..Ibu tersebut sempat bagi nasihat juga supaya kita-kita kaum ibubapa ni jangan ambil mudah dengan demam anak..kalau boleh, cepat-cepatlah ke klinik & dapatkan rawatan yang sepatutnya..

Bagi ibu yang bekerja macam aku ni, konpem akan rasa bersalah & kadang-kadang tersepit antara kerjaya & kesihatan anak-anak..Ya Allah, bagilah aku petunjuk!!!

6 ulasan:

kasihredha berkata...

alahai siannya
semoga cepat sembuh ye

P/S : ingat salah masuk rumah...rumah baru :)

Ami berkata...

aah rumah baru ye k ila.maintain syeraf,dan sengih lagi

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil berkata...

zai aku nie sejak takder maid rekod cuti agak kureng sket .. kalau anak2 sakit .. confirm kena EL .. sapa nak jaga dorg .. x bleh nk htr ke daycare .. kang x der saper nak tgk dorg .. hu..hu ..pengorbanan ;-(

fiza berkata...

Siannya dia. Smoga cepat sembuh ashraf.

Ingat kan salah rumah tadi ☺☺

CeqGu berkata...

hensem hero zaila ni...klinik adek tu kat mana...?cer xplain skit...seksyen 9 tu mmg tau...

zailamohamad berkata...

Kasihredha,

a'a..rumah baru kak..hehehe jemput masuk;)

Ami,

memula je sengih pahtu melaung..hahaha

Diana,

itulah..takpelah sesekali kn berkorban untuk anak


fiza,

betullah ni, rumah aku ni:P

CeqGu,

nanti aku cerita next entry secara panjang lebar yaaaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^