Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 11 November 2011

Bila Si Dia Tiada

Herm, actually aku anak beranak kena tinggal lagi..Nak buat camne, en suami ada testing di Labuan..Hari ni pun en suami masih lagi di Labuan..aku pasrah ajelah..hikhik Dah nak buat camno, dah memang tugas dia kan..Kang cuba dihalang-halang, perang besar plak nanti:P Lagipon bodohlah aku kalau nak marah-marah kan..en suami keluar mencari rezeki ntok kami anak beranak juga kan..lainlah kalau keluar berpoya-poya *ada yang kena lesing karang eh*

Sepanjang en suami takde, of courselah anak-anak aku jadi penguat semangat aku..Aku pon tak sangka aku akan boleh berdikari macam sekarang ni..Bukan nak mendabik dada tapi dah nak buat macamana, nak tak nak aku kena survive sendiri..siang keje balik rumah uruskan rumah, aku bukan ada maid pon..tapi kalau selalu kena tinggal macam ni, nak jugak request maid sorang..bukan apa, nak buat teman bercakap jek:P heheehehe takderlah gurau je..selagi kami tak pindah ke banglo 10 bilik, taknaklah aku amik bibik!! *tapi kalau ada orang nak bagi FREE aku nak aje*

Aku kalau en suami outstation boleh balik awal, dalam kol 6 tu dah sampai rumah dah..Sampai je kat rumah perkara pertama yang aku akan buat ialah basuh baju & sidai kain kat belakang rumah..Bila dah siap semua tu aku akan kunci terus dah pintu dapur rumah aku tu, tak nak kuar sidai kain memalam dah..Lepas tu settlekan anak-anak..masak apa yang patut..Memandangkan Ashraf dah start makan, aku suka buatkan bubur nasi kasi Ashraf, pastu untuk Haziq & Husna aku belikan roti gardenia siap-siap..tapi atas mood aku juga, kalau rajin sket aku masakkan apa-apa yang senang untuk diorang ni..janji ada kuah..buatlah kue teow sup ke, bihun sup ke, spaghetti ke..senang!! Lagipon Haziq sekarang cepat je go to lalalalaland..al maklumler balik sekolah kan penat so memang dia selalu tido awal..senang keje aku..kalo tak, sukalah bergaduh ngan Husna..pastu dia yang nanges lebih-lebih..manja sungguh!!

Abang Amirul Haziq yang manja..suka buat rambut pocak..dalam adik beradik, dialah yang paling susah aku nak tunaikan kehendak dia..yerlah, apa yang dia suka tu semuanya coklat, ais krim, air gas & gula-gula..konpem aku tak bagi makan kang sebab nanti dia jugak yang sakit..Pastu kalau aku tak bagi mulalah memberontak marah-marahkan aku..Haisyyyy..Haziq..Haziq..memang kena banyak bersabar dengan dia ni:P

Dia juga yang paling manja, kalau time en suami tiada, konpem dia akan naik tido ngan aku..Pastu akan minta baju papa dia buat selimut..pastu mulalah buat drama sedih atas katil..nanges sorang-sorang sebab rindukan papa dia..Alahai, papa tak rindu pon kat kamu:P
Kakak Nur Ameera Husna ni selalu jadi peneman aku kat dapur..kalau aku masak ke apa kejap-kejap datang tanya "mama mashak apa??" Pastu boleh dikatakan agak rajin juga menolong ambilkan benda macam pampers adik ke, ubat adik ke..tengok masalah..kalau time dia layan kartun boleh dia cakap kat aku "mama ambiklah shendiri"..Kalau malam pula spesis susah nak tido so at least aku ada dia untuk ajak borak atas katil..herm, super penakut macam aku juga..dia ni sket punya gangster tapi kalo nampak lipas terus tak nak pergi tempat tu dah:P
Pastu ni Ashraf Hariz buah hati pengarang jantung aku buat masa ni..kejenya merayap je kat lantai rumah cari "makanan" untuk dikutip..hahahaa..konpem korang cakap aku teruk kan sebab biar je anak makan sampah..Takderlah woi, kalau aku nampak konpem aku tak bagi tapi takkanlah aku nak kendong dia 24 jam, aku pon ada banyak juga benda lain yang nak dibuat..tambah-tambah abang & kakak dia selalulah minta macam-macam kalau duduk kat rumah..makan banyak tapi tubuh kerempeng jugak?? pasai pa tu??

Apa-apa pon, aku bahagia dengan cara aku..Alhamdulillah sejak ada blog aku sentiasa bersemangat..asal aku down je mesti akan ada ramai kawan yang akan cheer up kan aku..Pastu aku suka baca blog-blog mereka yang banyak bagi sumber aspirasi *eh betul ke ayat ni* aku rasa aku susah tapi sebenarnya ramai lagi yang lebih susah dari aku..Yang penting kita kena pandai pilih kawan, cari kawan yang selalu bagi sokongan bukan buat kita makin rasa down/menyalahkan suami kalau dia outstation lama-lama..hah, apa kata pasni tubuhkan kelab isteri kena tinggal suami nak?? bukan kelab isteri taat tau:P

Buat en suami, jangan risau..anak-anak masih dalam keadaan baik belaka & isteri mu ini masih lagi waras berfikir..Doakan kami selamat selalu aje ya..ehehee..eh kalau sesekali aku meroyan kat fb ke apa, biaserlah tu..simpton of PMS!! ke simpton nak tua?? ahakssssss

5 ulasan:

Lynn Abd Latib berkata...

Smg sumer in control ok.

Suh hubby beli mutiara sabah ,hwehehe

yatie chomeyl berkata...

sesekali keno tinggal bets jugop, sbb bilo hubby kelik jd rindu membara gitu auwww

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

jauh di mata dekat dihati gitu...

Nurhayati berkata...

diriku dulu "pms", masa mula2 enSuami outstation. tp skang tidak meroyan lagi dah.. dah biasa hehe

Zaila Mohamad berkata...

littlehumblelynn,

hahahaa..in controllah sangat..banyak melaung macam tarzan dah aku ni;P

yatie chomeyl,

rindu membara..bahaya tu..kang ada adik plop Ashraf tu

Joy,

hahaha, harapnya lagutulah kan

Nurhayati,

samalah..aku dulu pon memula PMS juga..huhuhu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^