Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 11 November 2011

Tempat Makan Best Di Publika Solaris Dutamas

Korang ingat tak yang aku pernah postkan entri Astro B.yond Hollywood Party haritu?? Yaaaaa..aku memang pergi tapi mesti korang pelik kenapa aku tak update kan?? Sudahlah ada contest best entry tapi kenapa aku mendiamkan diri?? Nak tahu kenapa??

Sebabnya aku sesat masa nak ke sana..Haisyyyyyy..malas nak cerita panjang..sepatutnya event kat Solaris Mount Kiara tapi aku ke Solaris Dutamas..aku orang kampung hoccay!! Ingatkan sama tempat rupanya tempat yang berlainan..stupid me;( Aku memang failed bab-bab baca peta dari hasilan google:P

Lama jugaklah aku & adik ipar aku duduk tawaf Publika ni..Seb baik tak pakai kostume segala..hikhik..So akhirnya tercatitlah dalam hidup aku ada satu tempat yang dinamakan Publika Shopping Gallery..Kat dalam tu memang unik, kedai-kedai pon macam dalam sebuah galeri & yang pasti tempat tu baru & ada banyak kedai makan..Macam kat bawah ni, sekarang ni Marmalade Cafe ada buat promosi kat MilkAdeal, RM28 untuk set makan untuk 2 orang makan..Harga asal RM72..murah dah tu kan..korang boleh pilih antara sounds of havana, spaghetti aglio olio atau club sandwich + ais lemon tea..

inilah rupa Marmalade Cafe tu..pernah memenangi Best Healthy Eating / Vegetarian in Time Out KL Food Awards 2010

nampak macam selesa kan??

pilihan makanan yang boleh dipilih dengan harga RM28

Pada yang berminat, bolehlah klik MilkAdeal RM28 instead of RM72 for Meal + Drinks for 2 pax at Marlamade Cafe, Publika Shopping Gallery. HALAL [61% OFF] sekarang juga..Masih ada 5 hari lagi untuk beli:)

By the way, aku pergi juga event Astro tu walaupon sampai di hujung-hujung tapi still dapat goody bag juga dari Astro..hikhikhik..Thanks Nuffnang, harap-harap janganlah blacklist nama aku:P

5 ulasan:

isabelle berkata...

uishh..bila tahun la nak jejak smpi ke publika tu.
mengenangkan jem, terus rasa x lalu

Nurhayati berkata...

tak pernah pegi solaris dutamas.. slalu lalu tepi je hehehe

maya amir berkata...

aku lagik laa tak penah tau wujud nama tempat ni..ade ye? hehehe

Zaila Mohamad berkata...

isabelle, a'a..zaila pon first time masuk sana sebab ada event, kalau tak..tengok dari kejauhan jolah:P

Yati, a'a..sebelah tol dah nampak kan

Maya, memanglah ko tatau..ko kan duduk kat Johore..hehehe

Shakirah Salleh berkata...

AsSalam..
Tadi cari pasal Restaurant/Cafe nih sebab interested ngan coupon http://www.churpchurp.com/shakirah3ters/share/MarmaladeCafe

Tatau kat mana.Location dia yg dekat ngan Tol Jalan Duta tu eh?

Anyway, thanks for sharing some of the pic.

Regards,
Shakirah

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^