Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 4 November 2011

Rumah Fridge Magnet Dari Ikea

Hari Sabtu lepas aku g Ikea bawa adik aku jalan-jalan kat situ..Biasalah kalau masuk ke sini konpem ada je benda yang nak dibeli..Even beli benda-benda merapu & tak banyak pon boleh lebur 2,3 ratus..Huhuhu..Sungguh berhantu ini tempat:P

Ok, pendekkan cerita..aku beli ini:-

Tujuannya, tak lain tak bukan sebagai tempat aku tempek segala himpunan koleksi fridge magnet aku..Bukan tak nak tempek kat peti tapi tulah, mesti everytime buat makan-makan..ada je tangan nakal yang main benda alah tu kan..Kadang-kadang jatuh pecah segala..so untuk mengelakkan aku tak sakit hati, baiklah aku selamatkan fridge magnet aku ni dulu:P

Tangan nakal tu bukan tangan anak orang lain..tangan comel anak-anak aku jugaaaa..huhuhuhu

Photobucket
Malam tadi gigih en suami drill dinding tampal benda alah ni..Mekacih en suami;)
 Aku tampal kat dapur..boleh jadi hiasan juga kan..takderlah nampak togel sangat dinding dapur kami yang sekangkang monyet tu kan:P

Owh, aku ada top up sikit fridge magnet..bukan beli tapi orang kasi..sukaaaaaaa=)

Photobucket
Ini dari kawan en suami, FM dari negara Turkmenistan (Mari Mengenal Negara~Turkmenistan)

Photobucket
yang ni budak opis aku kasi, dari Tashkent (Uzbekistan juga)..Kisahnya dia pergi bercuti so aku apalagi, terus minta FM sebagai ole-ole dari sana *masa ni en suami tak pergi lagi ke sini* Mari Mengenal Negara~Uzbekistan
Photobucket
yang ni dari Tasnim kawan Haziq..Pandai budak Tasnim ni, aku cakap untie nak fridge magnet terus dia belikan *well ibu dia yang beli actually* & kasi dekat aku;)

Photobucket
Yang ni en suami belikan kat Labuan

Photobucket
yang ni adik ipar aku beli masa dia bercuti di Kota Kinabalu haritu..tapi aku tak boleh tepek lagi sebab magnet yang kat belakang tu kecik sangat, tak dapat menampung berat FM ni so aku takut nanti akan jatuh..so better simpan dulu..tunggu ada masa aku nak gamkan magnet tambahan..waaaah jadi pomen gituuuu:P

Buat peminat FM semua, kalau agak-agak dah penuh peti tu & takde tempat nak letak..bolehlah buat macam aku ni:P

2 ulasan:

ZianaRazali berkata...

i got mine kak..baru jer received.tenkiu beli much!hehe..nt yna buat entry eyh..

Zaila Mohamad berkata...

aNaYaNa, haa cepat-cepat buat entry:P

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^