Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label FM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FM. Papar semua catatan

Isnin, 9 April 2012

Me Love FM khas buat pencinta Fridge Magnet:)

Assalamu'alaikum,

Pada yang tak tahu, meh aku nak bagitahu..sejak berblog 2 tahun yang lepas, secara tak sengaja aku pon bertukar menjadi seorang pengumpul Fridge Magnet juga..Nak kata banyak tu takderlah sangat sebab most of the FM aku banyak yang rosak dikerjakan anak-anak:(

So sebab tulah aku dah tak letak FM di fridge tapi aku beli magnetic board dari Ikea & susun koleksi FM aku di situ (boleh rujuk entri ini) Baru puas hati:)

Hampir kesemua koleksi FM aku kumpul bila berkunjung ke sesuatu tempat. Thanks pada en suami yang selalu belikan aku FM setiapkali ke luar negara..Even dia outstation dalam negeri pon memang WAJIB dia belikan FM sebagai buah tangan untuk bini dia ni:) *jimat duit takyah beli hadiah maha-mahal* & ada juga yang adik beradik, sedara mara, kawan-kawan hadiahkan..Thanks uolsss...Ada juga yang aku beli secara online:)

Sebut beli FM secara online, ni aku nak rekemenkan satu blog yang diwujudkan oleh kawan aku Ernie. She's also FM collector & lucky her sebab boleh berjalan rata riti kutip sendiri FM tu:) Korang boleh baca personal blog Ernie di sini & boleh dapatkan koleksi FM pada harga yang berpatutan di sini:) 

Psssttt Ernie, Kat tapak kaki you ni ada tahi lalat tak?? orang tua bilang kalau ada tahi lalat memang kuat berjalan (kuat read as jauh berjalan)..Well me takde:( no wonder selalu tak boleh ikut en suami outstation ke luar negara:(( HAHAHA kidding!!


ni koleksi terbaru aku, FM Kanada pemberian Abang Zu (abang sulung en suami yang outstation ke Kanada baru-baru ini)


ini pula antara koleksi dari blog Me Love FM kesukaan aku..Ernie, nak yang ni lah!! simpankan untuk i tau:)

Pada sesiapa yang berminat, bolehlah terjah..harga pun berpatutan juga:)

Rabu, 15 Februari 2012

Koleksi Fridge Errrrr Magnet Baru!

Assalamu'alaikum,

Lama juga aku tak update koleksi FM aku ya?? hehehe takde yang menarik..rata-rata dari koleksi dalam negara saje..tupon en suami yang belikan setiapkali en suami outstation baru-baru ni..




nampak gaya macam dah nak penuh dah magnetic board tu;)


fridge magnet dari Labuan


tahun lepas en suami selalu juga ke Labuan so ada banyak juga yang en suami beli (setiapkali pergi beli, so suwit)


fridge magnet dari Kelantan..en suami belikan di airport Pengkalan Chepa;-)


fridge magnet Uzbekistan (kalau tak silap) ni dari teman sekerja


fridge magnet dari Melaka ni beli masa jalan-jalan di Melaka haritu


fridge magnet masa nak naik Menara Tamingsari..RM25 satu..FM paling mahal aku pernah bayar tapi dek kerana ada gambar aku yang debab anak-anak..bayar sambil pejam mata ajelah:P


yang ni pula en suami beli di airport Kuantan masa en suami outstation ke Kemaman


hak ni pula budak praktikal office aku yang bagi..suka..suka..suka;-)

Bye semua!!

Jumaat, 4 November 2011

Rumah Fridge Magnet Dari Ikea

Hari Sabtu lepas aku g Ikea bawa adik aku jalan-jalan kat situ..Biasalah kalau masuk ke sini konpem ada je benda yang nak dibeli..Even beli benda-benda merapu & tak banyak pon boleh lebur 2,3 ratus..Huhuhu..Sungguh berhantu ini tempat:P

Ok, pendekkan cerita..aku beli ini:-

Tujuannya, tak lain tak bukan sebagai tempat aku tempek segala himpunan koleksi fridge magnet aku..Bukan tak nak tempek kat peti tapi tulah, mesti everytime buat makan-makan..ada je tangan nakal yang main benda alah tu kan..Kadang-kadang jatuh pecah segala..so untuk mengelakkan aku tak sakit hati, baiklah aku selamatkan fridge magnet aku ni dulu:P

Tangan nakal tu bukan tangan anak orang lain..tangan comel anak-anak aku jugaaaa..huhuhuhu

Photobucket
Malam tadi gigih en suami drill dinding tampal benda alah ni..Mekacih en suami;)
 Aku tampal kat dapur..boleh jadi hiasan juga kan..takderlah nampak togel sangat dinding dapur kami yang sekangkang monyet tu kan:P

Owh, aku ada top up sikit fridge magnet..bukan beli tapi orang kasi..sukaaaaaaa=)

Photobucket
Ini dari kawan en suami, FM dari negara Turkmenistan (Mari Mengenal Negara~Turkmenistan)

Photobucket
yang ni budak opis aku kasi, dari Tashkent (Uzbekistan juga)..Kisahnya dia pergi bercuti so aku apalagi, terus minta FM sebagai ole-ole dari sana *masa ni en suami tak pergi lagi ke sini* Mari Mengenal Negara~Uzbekistan
Photobucket
yang ni dari Tasnim kawan Haziq..Pandai budak Tasnim ni, aku cakap untie nak fridge magnet terus dia belikan *well ibu dia yang beli actually* & kasi dekat aku;)

Photobucket
Yang ni en suami belikan kat Labuan

Photobucket
yang ni adik ipar aku beli masa dia bercuti di Kota Kinabalu haritu..tapi aku tak boleh tepek lagi sebab magnet yang kat belakang tu kecik sangat, tak dapat menampung berat FM ni so aku takut nanti akan jatuh..so better simpan dulu..tunggu ada masa aku nak gamkan magnet tambahan..waaaah jadi pomen gituuuu:P

Buat peminat FM semua, kalau agak-agak dah penuh peti tu & takde tempat nak letak..bolehlah buat macam aku ni:P

Sabtu, 27 November 2010

Koleksi Fridge Magnet Lagi

Happy weekend guys!! Ke mana kamu semua?? As for me mungkin akan menghadiri majlis perkahwinan bff Zaila di Ampang nanti. Will upload pics later ya!! Right now, nak cerita sikit tentang hobi Zaila yang dah lama terbantut. Haritu, my boss ada pergi ke US so inilah buah tangan yang dibawa pulang bagi Zaila;-
dapat baju untuk Haziq & Husna, mug & juga FM
FM dari Las Vegas tuu, Zaila suka!!
yang ni pon suka sangat pasal kaler pinky gituuuu tapi xboleh display kat depan fridge nanti ada tangan yang gatal nak pecahkan
yang ni pula member office yang bagi, pon suka!!!
yang ni bos en suami yang bagi

Waaah, makin lama makin bertambah koleksi FM Zaila..Tak sangka dah bermacam-macam negara, bentuk, tempat & jenis yang Zaila sudah kumpul..Tupon banyak juga yang pecah atau hilang dek kenakalan anak-anak;D
Nampak gaya kena tunggu dah tukar peti ais barulah nanti kalau nak tempek semua FM pon bilalah tu

Nantikan Giveaway di blog Zaila, hadiah FM dari Qatar untuk mereka yang bertuah!!

Rabu, 11 November 2009

Patah Hati

Sudah lama Zaila tidak bercerita tentang hobi Zaila yang suka mengumpul fridge magnet..Sekarang, bukan tidak aktif mengumpulnya tapi hati Zaila sudah patah disebabkan ini;-
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
kerana patahnya koleksi2 fridge magnetku ini!!!

FM Pangkor pemberian Saymah..ampun mah.."jetik tange Ameera ni!!"

FM Langkawi pemberian K.Hani..Ya ampuun juga!!!

FM Siput kirim kat kawan (abaikan kuku Zaila yang perlukan rawatan tu)

FM Vietnam pembelian hubby semasa outstation d sana

dan semuanya gara-gara budak yang rambut serabut comel ini;-

sabar jelah!!!
nak g kedai jap nak sambungkan balik hatiku benda ini
Agak2 boleh tak??
Kawan2, suka kumpul apa pula??

Sabtu, 13 Jun 2009

Ameera, FM & Food

Sedikit up date tentang Ameera..hari ni cikgu tempat jagaan call Zaila cakap benda yang naik kat Ameera tu dah start berjangkit kat budak2 yang lain..sehingga petang tadi sudah 3 orang kanak2 yang ditangkap mengalami simpton seperti Ameera..cewah, ayat baca berita tu;p Actually, Zaila pon xtahu aper benda yang naik kat badan Ameera ni (gambar seperti di atas), Zaila terperasan ada tompok2 hitam kat leher (masa tu rambut Ameera panjang so xtahu) until one day bile dia asyik nangis baru kami perasan ader benda ni kat belakang leher dia..masa jumpa Dr. Nora tu, dia bagitau benda tu adalah virus & akan mudah berjangkit bila ianya pecah & air tu terkena tempat lain..so she just gave us ubat sapu, allergy & antibiotic (Ospamox) & inform Zaila suruh habiskan antibiotic ni..rupe2nya, Ameera allergik ngan antibiotic ni..sebab tulah kuar all those rashes semua..so semalam g jumpe Dr. Rita pulak, dia r yang bagitau Ameera tu alergik ngan antibiotik Ospamox ni..so dia just bagi ubat sapu untuk hilangkan rashes kat badan Ameera ni..

Tapi hari ni Zaila noticed benda ni makin bertambah plak..ader tak mummy2 yang pernah alami kejadian macam ni??Zaila risau jugak coz benda ni kan berjangkit so Zaila harap uols dapat share aper2 tips yang dapat membantu Zaila & Ameera ya..
Owh, thanks for those yang amat mengambil berat tentang Ameera..just pray that my little girl will recover soon ya;-)

Sedikit update on my latest collection of FM..hihihihi..mengumumkan...tadaaaaaaaaaaaa......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bobo si kucing belang;-) suke2 jer bagik nama Bobo
dah lekat kat eshbox nampak macam ni;-
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

kiut kan?? yang ni officemate Zaila yang kasik..thanks Kak Ni..she's also the FM collector..Kak Ni ader bagitau tempat dia beli Bobo the cat ni..nanti ahad ni Zaila ingat nak g carik jugaklah..Kak Ni cakap ader macam2 binatang..comel2 blaker..ermmm..ader saper2 nak kirim;p???

yang ni plak FM Zaila dari Vietnam..tengoklah sudah pecah gara2 Haziq..geram sungguh..gam UHU plak xder..kalo x..raser macam nak bagi lekat balik..huhuhuhu...

Yang ni plak FM dari Nek Rock..actually Zaila ader purchased barang kat kedai Nek..so dapatlah ni..terharu jugak dapat FM ni sebab Zaila beli barang murah2 jer..thanks Nek..nanti bagiklah lagi ya;-)

Dan ni entry makan pula..tadi pergi ambik adik ipar Zaila kat UPM so on da way back tu, sajer singgah Sri Serdang carik burger Pak Ali (am i rite???luper dah nama pakcik tu..najwa..ko kan slalu beli benjo ngan pakcik ni)
Zaila order burger ayam special cheese..hihihihi..hancus angan2 nak diet..since susah nak jumpa burger sesedap ini kan;-

sorry..rupanyer agak comot..tapi rasernyer..marvelleous!!!

tengok r cheese tu..nyam nyam nyam...

Bagi sesapa yang bekas student / warga UPM / penduduk Sri Serdang, sure kenal ngan pakcik ni..haaa..tengoklah anak jantan mak dok tunggu burger dia siap..dah dapat burger bukan makan pon..main jer yang lebih!!

Isnin, 1 Jun 2009

FM Vietnam for SALE!!!!!

Salam semua..malam ni Zaila ader sedikit FM dari Vietnam..Sorry Sha, at first Zaila ingat kawan Zaila xbeli..tetibe hari ni dier bagi bungkusan FM..so agak excited jugak r nak share with kawan2 seangkatan;-) tapi xbanyak pon..hope u guys suke ngan pilihan kawan Zaila..Harga RM18/pc (free delivery via normal post). So kalo berminat just email me :
zailamohamad@yahoo.com ok..kali ni Zaila nak be fair ngan sumer kawan2 so Zaila will take orders from email Zaila jer ya;-) Sorry kalau pic xclear sangat coz FM ni dok dalam plastik..so Zaila xnak bukak plastik tu, terus snap jer..terus gambar nampak silau..abaikan jer ya;p


FMV-01


FMV-02


FMV-03 (RESERVED FOR YUST)


FMV-04 (SOLD TO SHAMSIAH)


FMV-05 (SOLD TO ANI)


FMV-06 (sorry guys, yg ni ader gambar salib..maybe for non muslim collectors)


FMV-07


FMV-08 (RESERVED FOR AYU)


FMV-09 (RESERVED FOR ANNA)
That's all jer..so kalo berminat..silerlah pilih mane yang berkenan & email me ya..

Sabtu, 30 Mei 2009

My New Collection of FM

Just wanna share with uols my latest collection of FM..hihihihi..just received a parcel from Verde last Thursday..actually she went to Gold Coast for her 5th wedding's anniversary vacation..so Zaila xlepaskan peluang ntok kirim FM..banyak sungguh FM yang LadyVerde beli & all of them were sold out..bolehlah jadik tokey kedai FM pasni;-)

Actually Zaila nak yang ni;-

psssttt..Verde, i amik pics ni kat blog u..hihihi..boley kan??

tapi sudah already sold out..suka yang ni coz it is actually a frame, so leh letak gambar sekali..

Zaila beli yang ni..suka gambar pemandangan tu, lagipon ada tulisan Australia juga;-)

and this..suke sebab leh letak gambar juga..& the result is;-
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sudah letak gambar;)

Pastu semalam balik umah, tengok2 ader FM ni kat eshbox..thanks kak Zura..hihihihi..actually kat sekolah dier ader sambutan hari guru so dapatlah ni..best kan jadik cikgu;-)

Itu sahaja koleksi eshbox Zaila..Insya Allah more FM in da future..btw, watch out FM mania out there..i'll be posting FM from Vietnam for sale..so rerajinlah jenguk blog Zaila ni kalo uols berminat ntok dapatkannyer;-)

Till then, have a nice weekend guys(^_^)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^