Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 2 November 2011

Tips Idea Untuk Update Blog

Tak dinafikan aku memang sudah jatuh cinta dengan dunia blogging..Alhamdulillah, sudah masuk hampir 3 tahun dah aku berblog..Banyak sungguh entri-entri merapu mahupon berguna sudah aku share kat dalam ni..Kalau dulu entri sekali sehari / seminggu sekali sekarang ni kalau boleh aku nak update sehari 5, 6 kali tapi apakan daya..masa sangat-sangat mencemburui aku..

Korang jangan ingat bila setiapkali blog aku berupdate tu bermakna aku karang on the spot..Kadang-kadang aku buat scheduled entry, kalau nak tahu macamana, bolehlah baca Tutorial Macamana Nak Buat Schedule Entry ni..Lepas tu, aku memang suka campur adukkan isi blog aku ni..Maksudnya tak terlalu fokus kepada sesuatu, konon-konon nak pelbagaikan ceritalah kan..tapi still berkisar pada kehidupan aku juga..Bergantung kepada mood akulah..

So harini aku nak share ngan korang tips on idea nak update blog sekiranya korang dah buntu nak cerita pasal apa kan..Dah alang-alang jadi blogger, biarlah bersungguh kan..kan..

1) update tentang aktiviti korang :

Aku suka weekend sebab tiapkali weekend memang aku ada banyak aktiviti..start dari malam Sabtu lagi aku dah start merayap ke shopping mall, tapi tu time ada duitlah..kalau takde duit duduk senyap-senyap tengok HBO kat rumah:P Tapi bergantung pada mood aku juga, kalau aku rajin ambik gambar, adalah sket modal aku nak berblog kan..Contohnya entri seharian di Ikea, sepetang di Sunway Pyramid, Krismas at Midvalley & Garden lah & macam-macamlah..Aku memang suka bawa anak-anak aku g tempat macam tu..so everytime berjalan, konpem ada modal nak berblog:P *lagipon time bosan-bosan boleh baca balik entri tu & sengih sorang-sorang*

2) Dari 1 aktiviti pecahkan kepada banyak entri

Biasanya aku akan pecahkan gambar pada banyak-banyak entri..Contohnya kalau kita pergi bercuti, konpemlah akan ada banyak gambar kan so better pecahkan ikut hari contohnya Phuket Day 1, Phuket Day 2  & kena kreatiflah kan..kalau blogger ni dia suka sambil menyelam sambil minum air, contohnya masa aku g konsert pertama Haziq then esoknya aku buat entri pasal tempat aku g tu..so dah dapat 2 entri based pada hari yang sama kan??

3) Buat Iklan Churp-Churp

Rugi tau pada sape-sape yang tak join Chur-Churp ni..Bukan susah pon nak cari duit ekstra..Main publish je apa yang diorang dah sediakan..Tak tahu macamana?? Nanti aku buatkan tutorial k..Tungguuuuuuuu..Pada sesiapa nak join, boleh klik sini untuk daftar keahlian secara percuma.

4) Cerita Pasal Artis

Kalau cerita bab retis terkenal mesti laju jek orang klik nak baca kan..Tapi make surelah cerita yang korang nak buat tu betul..Jangan main copy & paste je dari blog orang lain..Kang kena saman kang nayeeee..Macam aku cerita pasal Kim Kardashian Fairytale Wedding tu..haisyyyy, tak sangka, dah nak bercerai dah pon 2 orang tu...aperlah..kawin tak sampai setahun dah nak bercerai berai:P

5) Isu semasa

Yang ni pon boleh naikkan trafik blog juga. Tapi like i said before, kalau nak share sesuatu benda pon..biarlah yang benar aje kan..Aku jarang share pasal isu semasa ni sebab aku malas nak buat entri "berat"..Berat tu bukan berat nak loading tapi berat kepala otak aku nak pikir ayat-ayat yang power..Hahahaha..sekarang ni aku suka bahasa sempoi-sempoi ja, kalau cikgu BM baca blog aku ni, konpem dia kata "sia-sia je aku ajar karangan kat budak ni dulu" ya ampun yaaa cikgu:P..Contoh entri isu semasa ialah masa Empire Shopping Mall meletup haritu.

6) Tips & tutorial

Aku memang suka bagi tutorial yang simple-simpel..Maklumler, kan aku bagitahu dulu nak jadi cikgu KPLI asek mohon tak dapat je so baiklah aku jadi cikgu kat dunia blog sendirik kan..Takperlah tak dapat bayaran pun, ilmu elok dikongsi-kongsi bukan dikepam-kepam kan:P Pada yang nak tahu tutorial apa yang aku dah buat, silalah tengok kat tepi blog aku ni..ada list di situ!!

Aku rasa pada yang nak aktif berblog konpem akan ada banyak idea punya untuk dikongsi..So korang rasa apa lagi idea yang boleh kita gunakan untuk update blog?? Moh sesama kongsi kat sini..MOh..moh!!

2 ulasan:

Eliss berkata...

nak kongsi tips jugak

http://www.elissmie.com/2010/12/tak-ada-idea-nak-tulis-blog-korang.html

:)

Zaila Mohamad berkata...

elissmie, thanks juga for sharing tips;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^