Aku nak share resepi mudah lagi menggunakan wraps..Memang kat rumah aku sentiasa ada sebab en suami & anak-anak memang suka makan;-)
Wraps ni boleh makan bila-bila aje yang kita nak..pagi boleh, tengahari boleh & malam pon boleh..kira sesuailah pada mereka
Bahan-bahan :-
- 3 biji telur
- daun bawang
- lada hitam, lada sulah, garam & gula
- wraps
Cara-cara :-
- Pecahkan telur-telur & pukul sampai kembang
- Masukkan daun bawang & segala lada hitam lada sulah garam gula dalam tu
- Goreng dalam non stick pan (semestinya kuali Tefal kegemaranku)
senang sebab tak melekat di kuali;-)
aku suka wraps jenama Mission ni..sedap!!
actually kalau ikutkan telur tu besar & kena letak atas wraps je semua tapi dek kerana aku tak cukup telur, tu yang bahagi dua tu=P
Pastu korang letaklah apa-apa toppings yang nak..nak letak sosej ke apa..aku letak timun, tomato, cili sos & mayonis je..Pastu korang gulunglah wraps tu..Owh before tu panaskan sekejap wraps atas kuali tu (in case kita baru keluarkan dari fridge)
inilah ghupa wraps bila digulung & dipotong..macam roti john pon ada=P
but taste wise juga..
selamat mencuba!!
5 ulasan:
mudah ek nak buat nya
seriusly, kagum sangat2 ngan menu sihat hasil makanan zaila sejak 2 menjak ni..macam2 idea zaila nk masak menu sihat tu kan..n sume mmg nmpak yummy2 belaka..=)
p/s: dh dpt lom invitation majlis zareef thru fb? dtg tau..teringin nk jumpe asyraf bam2..=D
Simple jer yer, bley try nih ☺☺
x pernah jumpa wrap tu. beli kat mana? harga berapa?
Azie,
mudah je..ikut suka kita nak letak apa pon..rasanya sama macam roti juga;)
Lily,
toksah nak kagum sebab Zaila memang suka makan..gambar2 tu nampak je sedap tp rasanya tak sedap pon:P hahaha
fiza,
try jangan tak try
eliss,
aku beli di Jusco harga kalau xsilap dalam RM5~8 (tak ingat) tapi dalam tu ada 8 wraps
Catat Ulasan