Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 2 Februari 2012

Menu Orang Diet..Errrr Menu Sihat Kami

Assalamualaikum,

Aku nak share lagi gambar menu diet eh bukan diet..menu sihat kami *sihatlah sangat*


sup sayur versi aku sukahati campak apa saja; tumiskan bawang putih & bawang holland, masukkan isi ayam yang sudah dipotong kecil-kecil, masukkan lada hitam, lada sulah, garam, serbuk cukup rasa & bila ayam dah kuning sedikit masukkan air + tomato yang telah diblend..Lepas tu aku masukkan cendawan shitake, carrot, capcicum & last sekali brokoli..lepas tu makan panas-panas..Kalau nak makan ngan pasta pon boleh juga;)



owh, ini makanan anak aku..hehehe pasta spiral ni aku makan dengan sup sayur tu pastu balancenya esok tu aku goreng bodoh ngan ayam kisar..belasah ajorkkkk


ni grilled salmon with lemon sauce & vege..haritu beli ikan salmon murah di Giant..aku perap dengan garam, mixed herbs, lada hitam..Pastu bakar atas kuali ajaib Tefal aku..Tak payah letak minyak pon sebab nanti ikan tu akan keluarkan minyak (agaknya lemak ikan kot)


sayur tu ; baby carrot, peas & brokoli aku celur sekejap & ketepikan


sos lemon pula aku buat ikot suka hati aku je..panaskan butter then masukkan perahan lemon, gula & susu segar..Lepas tu masukkan bancuhan tepung gandum untuk bagi kuah tu pekat..Aku tak tahulah cara ni betul ke salah sebab aku main belasah je..janji ada rasa..ngeh ngeh ngeh:P

Best juga main masak-masak ala Masterchef ni:P

Oklah bye!

5 ulasan:

DaZzlingLilLy berkata...

sedap kan makan salmon panas2..hampeh btoi kalo aku ni nak cari salmon taktau la kat mana..agaknya kena ganti dgn ikan kembung je..hehe

Unknown berkata...

Assalamualaikum Zaila,
Sememangnya tersangat la sihat..

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

semua nye menu sihat2x. cepat la zaila kurus pas ni :)

Ermayum berkata...

ada buggies tu yang mahal tu :)prince court ada bagi treatment gini tak heheh?

Zaila Mohamad berkata...

Lilly, pindahlah sini..hari2 leh makan salmon:P

Kak Sham,

Alhamdulillah untuk kesihatan;)

Joy,

janganlah cakap macam tu, kalau aku tak kurus malu!!

Ermayum,

hahahaha:P

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^