Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 4 April 2012

Haziq Oh! Haziq

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, aku bersyukur sebab dikurniakan anak-anak yang sentiasa panjang akal & menduga kesabaran aku sebagai seorang ibu. Untuk pengetahuan, aku seorang mama yang "tarzan" kalau tak caya, boleh tanya jiran keliling rumah aku, konpem hari-hari diorang dengar tempikan mama tarzan bagi arahan kat anak-anak:P Sampaikan Husna boleh cakap "Mama ni ashal balik je marah, ashal balik je marah" Hambik koooo..anak dara aku dah pandai sound aku..pandai kerling-kerling aku dah..Kalau mama tak buat amukan macam tu, konpem-konpem korang bersuka ria sepahkan rumah..Sudahlah kat rumah ada ejen semut yang comel Kalau lambat sapu lantai sket, konpem berderu-deru semut datang..Bencik tau!

Eh lupa tajuk asal nak cerita tentang Haziq..Amirul Haziq..anak jantan aku yang dah berumur 6 tahun tu tapi perangai manja mengalahkan baby T_____T

Kisah 1 :

Pada yang tak tahu, Haziq naik van ke sekolah so dalam pukul 7.30 pagi memang WAJIB kena ada di taska sebab nanti Uncle Amir (driver van sekolah) akan ambil Haziq di situ. So satu pagi tu, Uncle Amir dah sampai & masa dia bukakan van tu dia tanya en suami

Uncle Amir : Malam tadi ada call saya eh??
en suami : Bila ya?? *blurr*
Uncle Amir : Dalam pukul 11 malam gitu, terkejut juga saya..pasai apa bapak Amirul call lewat-lewat malam ni tapi bila angkat dengar suara budak dok gelak-gelak..saya letak jelah..
en suami : Oooooo budak-budak ni kot..Patutlah ada no. Uncle Amir dalam dialled list saya..sorry ya..sorry..agaknya bebudak ni main handset malam tadi *ayat cover malu*
Uncle Amir : takpe *senyum macam selalu*

Sebenarnya memang malam tu kami acah cakap call Uncle Amir sebabnya masa tu dia hisap jari so en suami call adik dia & suruh menyamar jadi Uncle Amir. So menyamarlah adik en suami jadi Uncle Amir & nasihatkan Haziq supaya tak hisap jari lagi so mati-mati Haziq percaya:P Taktik ni memang selalu kami buat kalau dia tak nak g sekolah ke / tak dengar cakap..Kalau bukan Uncle Amir, kami ugut nak call Teacher Maryam (his classroom punya teacher) so memang Haziq akan percaya bulat-bulatlah kan kata cikgu diorang:P

Agaknya malam tu, masa kami dah ketiduran..dia & Husna call Uncle Amir sebab nak ucap Selamat Malam & terima kasih kot sebab "nasihatkan" dia supaya jangan hisap jari
T____T

Kisah 2 :

Selepas balik dari lawatan sekolah ke Kidzania pada 28 Mac 2012 yang lepas..Muka sedih je masa aku ambil di taska..Nampak best fren dia meloncat-loncat happy bila aku tanya best tak g Kidzania..Tapi bila tengok muka anak aku moyok..aku dah tahu dah..konpem ada benda yang berlaku buat dia sedih haritu *muka sama bila balik lawatan ke Zoo Negara pada tahun 2010 yang lepas* so aku mulakan soal siasat masa dalam kereta on the way back home..

Mama : Haziq suka tak g Kidzania??
Haziq : diam *muka sedih*
Mama : kenapa ni?? Haziq masa g sana Haziq jadi apa?? *saja ajukan soalan supaya dia excited bercerita*
Haziq : Amirul jadi pilot
Mama : Jadi pilot?? beshnyaaa *buat muka excited* lagi Amirul jadi apa??
Haziq : Jadi Ambulan *aku agak jadi driver Ambulan*
Mama : ok..kawan Amirul si dotdot jadi apa??
Haziq : jadi dadu??
Mama : Haziq dapat duit tak masa lepas jadi pilot tu?? *aku tahu kids akan diberi gaji everytime lepas melakukan sesuatu kerja*
Haziq : dapat *tapi masih buat muka sedih*
Mama : Pastu mana duit tu??
Haziq : diam & muka sedih lagi
Mama : Nanti Haziq nak pergi lagi tak??
Haziq : Nak!! *suara macam ceria sikit*

Tak puas hati betul dengan apa yang Haziq cerita so esoknya aku tanya dengan mummies kepada kawan-kawan Amirul so rupanya aku dapat tahu yang kawan dia jadi doktor & bila dapat duit kawan dia beli mainan dadu *so that's why he said his friend jadi dadu* HAHAHA lepas tu memang sah diorang akan dapat duit untuk dibawa balik so disebabkan aku nak tahu juga mana pergi duit tu, esoknya aku tanya lagi dekat Haziq

Mama : Amirul, mama nak tanya ni..masa g Kidzania Amirul dapat duit tak??
Haziq : Dapat *hari ni mood dah ok so dia jawab pon cergas je*
Mama : Pastu mananya duit Amirul
Haziq : Amirul bagi dekat teacher
Mama : Kenapa Amirul bagi dekat teacher??
Haziq : Sebab teacher mintak, nak beli burger *entah betul ke tidak*
Mama : Pastu duit tu Amirul tak beli apa-apa lagi ke?
Haziq : Amirul beli belon *pon entah betul ke tidak sebab takde bahan bukti*
Mama : Mana belonnya??
Haziq : Amirul tinggal dalam bas

T____T *anak aku ni memang*

but he keep asking me to bring him again to Kidzania

Haziq : Mama, nanti Amirul nak g lagi
Mama : Tengoklah nanti..kalau mama ada duit *maksud aku bila dah gaji*
Haziq : Eeeyyy dekat Kidzania ada banyak duit
Mama : Yerlah..itukan duit kertas T_____T

HAziq..Haziq..bertuah kamu sebab dapat masuk Kidzania tu..Mama dulu umur 6 tahun masih main masak pasir belakang rumah sajork tau:P

Kisah 3 :

Petang dalam kereta masa ambil dia di taska

Haziq : Mama, rumah kawan Amirul (dia sebut nama tapi aku lupa) buat kenduri..Jomlah mama kita g
Mama : Eh, mama dia takde jemput mama pon *selalunya kalau ada birthday party kawan dia, kami akan dapat invitation card so macam peliklah bila dia inform mulut je kan*
Haziq : Adeeee..kawan Amirul bagitahu ada kenduri..jomlah pegi rumah kawan Amirul
Mama : Isy, mama tak tahuler rumah dia kat mana, mana boleh pergi
Haziq : Amirul tahu, rumah dia dekat dengan nursheri (taska)
Mama : Alaaa..esok jelah..papa penat tu, nak balik rumah

On the way back home dia merajuk, membebel je..Sampai depan rumah dia menangis..Geram sungguh aku!! So aku pon terus ajak en suami layankan aje kehendak dia sebab aku tahu mana ada orang buat kenduri on weekdays so nak juga tahu kan, apa reaksi dia bila dia g rumah kawan dia tapi tak ada apa-apa yang berlaku..Mesti dia akan malu..hehehe

So en suami pon patahlah balik menuju ke taska & HAziq yang bagi arahan ikut jalan mana..Bagus anak mama ni sebab ingat jalan rumah kawan dia..Sampai-sampai depan rumah kawan dia, aku tengok ada khemah putih besar tapi aku tak terkejut sebab aku tahu khemah tu sebenarnya kepunyaan rumah kawan aku yang ayahnya baru sahaja meninggal dunia petang Jumaat yang lalu so memang ada kenduri tahlil setiap malam di situ T_____T

Sampai depan rumah kawan dia, en suami suruh dia keluar..Dengan excitednya dia keluar terkinja-kinja tekan loceng rumah kawan tu..Lepas tu kakak kawan dia keluar (umur dalam 9 tahun kot) pelik sebab siapalah budak yang datang rumah orang waktu Maghrib ni..Lepas tu kawan dia keluar pon blur-blur..Haziq yang mula-mulanya excited macam dah malu-malu then lari masuk dalam kereta..HAHAHAHAHA

Aku keluarlah kejap tapi naseb baik mak kawan dia takde so aku terus cabut masuk kereta balik. Sepanjang jalan balik rumah tu kami gelakkan aje dia sebabnya ituler kalau salah faham..KAwan cakap "dekat rumah aku ada kenduri (which means kenduri tahlil rumah jiran dia) tapi Haziq g faham rumah kawan dia buat kenduri:P

Aku dah pesan dah kat dia, kalau ada kenduri ke apa ke, make sure minta kad jemputan dulu dari kawan..bukan menonong pergi macam tu..kan dah MALU sendiri tadi..HAHAHAHAHA

Well, ituler kisah si Amirul Haziq:)

7 ulasan:

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

anak mu smartlah gitu..kena banyak encourage dia..tgh rajin nak explore tuh..

mummY daniSha berkata...

hehhee..comel je haziq...hehee..kelakar la pulak baca hehee...rajin mama haziq layan haziq =)

Zaila Mohamad berkata...

Lynn,

Alhamdulillah..dia ni manja yang amat..mengalahkan adik2..ituler..kalau ikutkan Haziq ni pemalu & low self esteem tapi sejak sekolah ni, nampak independent sket..

MummyDanisha,

hehehe..ituler..memang macam2 karenah dia

yatie chomeyl berkata...

wakk padan muko haziq, xpasal2 ermalu sendiri ngeeee....sabar je lah kerenah anak2 ni kan

Zaila Mohamad berkata...

yatie,

tuler..memang kena banyak sabar tapi aku ni kadang2 temperature naik jugak sesekali tu:p

Ami berkata...

hok kenduri tuh tak bleh tahan kekeke lucu betul haqiz nih.kak,hubby saya anak sulong jugok dan mmg anak manja mak die,tapi tidak la sampai jadi anak emak,tapi manja lah sampai ke tua nie haaaa huhu.

Zaila Mohamad berkata...

Ami,

ituler..anak sulung ni manja sket sket sebab masa tu kasih sayang kita tertumpu pd dia belake (sebelum ada adik) & dah ada adik pon maintain manja ngalahkan adik

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^