Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 16 April 2012

Kalau ke Ikea Tak Sah Kalau Tak Makan Meatballnya

Assalamu'alaikum,

Laaaaaaaaaaaaaaaaaamanya aku tak pergi Ikea..Sampai lupa dah bila kali terakhir pergi Ikea..HAHAHA..so sabtu lepas en suami yang ajak aku..yaaaa si dia yang gian nak shopping di sana ya..bukan aku..tapi of courselah bila dia ajak, aku dengan rela hati SETUJU *capslock lagi nak tunjuk betapa sukanya bila diajak ke Ikea*

So bangun pagi lepas breakfast ngan mee goreng & masakkan bubur Ashraf, kami keluar ke Ikea dalam pukul 11 pagi..Sampai-sampai tengok parking ada banyak kosong so dalam hati ni rasa macam tak ramai orang..tapi tekaanku salah..bila nak makan di Ikea punya food court beratur panjang hokey!!

Kalau ke Ikea, rasanya tak sah kalau tak makan meatball Ikea..Awal-awal dulu kami was-was juga nak makan meatball Ikea ni sebab ada yang sebarkan melalui email & facebook mengatakan meatball Ikea tidak Halal tapi aku rasa semua tu takde bukti yang kukuh, lagipon kat situ takde pon disediakan makanan yang tidak Halal so aku rasa tuduhan itu tidak berasas..Wallahu'alam!

Ok selain dari meatballnya yang sedap, aku suka juga makan chicken wings, salmon & Daim cake..Lepas tu hak paling best soft drinks & coffee boleh refill seberapa banyak yang kita mampu minum..Hak hak..Beli soft drink 1 (RM1.50) pastu suruh Haziq g refill banyak-banyak kali..HAHAHA tapi kalau coffee aku akan pergi buat sendiri sebab Haziq tak sampai nak tekan butang kat coffee maker tu:P

Jom layanss gambar yang sempat aku snap..Kali ni ada perubahan juga kat area display..Kalau tak asyiklah showroom yang sama so ala-ala bohsan melihatnya:P

Husna masa mula-mula tu pakai tudung tapi tak sampai setengah jam duk dalam Ikea terus tak nak pakai, panas katanya T____T'

Billy bookcase memang menjadi idaman hatiku..Tunggulah bila koleksi buku dah bertambah *10 tahun lagi kot*


Biaserlah kalau ambil kamera pakai kamera digital hak biasa je, silau manjang..Haisy...bilalah en suami nak belikan mini DSLR ni *kenyit mata sebagai hint*


Aku suka jalan-jalan cuci mata cari inspirasi deko kat sini..Barang-barang Ikea ni sangat praktikal untuk kediaman yang kecil atau nak memaksimumkan penggunaan ruang..Kalau balik dari Ikea pasti semangat nak kemas rumah berkobar-kobar dalam diri..Tak caya, sila tanya en suami sebab setiapkali balik dari Ikea (read : kalau beli sesuatu) sudah pasti rumah akan kemas *untuk seketika sebab kesan dari melihat showroom di Ikea* HAHAHA:P


kalau tak percaya, tengoklah gambar kat atas ni..alahai comelnya bilik tidur diyeeeee...Ada lampu kat atas kepala katil *senang nak membaca* ada meja sisi (sama macam yang aku beli cuma aku beli warna hitam) ada babycot..ada kelambu baby..Alahai..geyam geyam seriyes rasa nak baring atas katil tu buat macam rumah sendirik:P


Husna sudah mula buka tudung..Owh abaikan Tuan besar perut poket besar sedang mengasuh Ashraf tu:P


Haziq khusyuk melayan TV..Eh kalau dulu-dulu LCD tu untuk display je tapi sekarang ni dah siap pasang MTV lagi..kelas uolsss..Pada sesiapa yang rumah takde Astero cannel MTV, haaaa bolehlah datang ke sini layan MTV *macam anak ahku*

biaserlah kalau barang Ikea banyak lampu..so tahan mata jelah silau kat gambar ni..

Pastu masuk bahagian sofa..biaserlah tuan besar akan duduk-duduk ngetest sofa tu..owh yang ni lembut, yang ni keras, yang ni murah je, yang ni mampu ni tapi sampai sudah tuan besar tak approved lagi proposal sofa mem besar *makan hatilah mem besar rumah tu*


Ashraf Hariz yang ke mana-mana berkaki ayam..kasut ada tapi letak dalam stroller..pakai pon bukan boleh jalan..pastu beli kasut besar & asyik tercabot je..last-last mama simpan je kasut tu..kaki ayam lagi bagus kan:P

Ashraf melendik cakap "papa silalah beli sofa baru untuk mama" HAHAHAHA ayat rekaan mama:P


sofa pink comel..Husna?? hermm melayang dah tudungnya tu!!


Ashraf big boy dah..sibuk nak makan apa yang kami makan..Haisy..pastu dok usha awek sebelah T____T *ikut perangai sape ni nak*

Abaikan makanan penuh meja..kami memang pelahap..pergi Ikea sekali sekala haruslah makan semua kan:P

Rata-rata semua orang akan makan meatball Ikea..Ada tu siap tapau bawa balik rumah lagi..Memang sedap rasanya kalau tak percaya kenalah datang ke sini cuba sendiri:P


Budak 2 orang ni memang suka "pau" sesuatu kalau ke Ikea..nak tahu ape benda..jeng jeng jeng..Nantikan entri seterusnya:P

7 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

terliur tgk chicken wing tu..sedak weh napok

littlehumblelynn berkata...

zaila

wahh..sama lah..aku pon lama x g ikea..sob..sob..sob..

zaila, aku ada pos birthday invitation si ain kat blog aku..jemput yek sumer..

zailamohamad berkata...

yatie,

takdoklah sedap mano (sajo tokser wi mung terliur)

Lynn,

ok, aku dah drop komen dah kat blog ko..

mummY daniSha berkata...

suke sgt gi sini!kalau ada kat melaka kan bess huuuu...=p

kasihredha berkata...

akak pun suka mkn meatball ikea :)

pssttt..."pau" pensil ikea ke..hihi

zailamohamad berkata...

mummy danisha,

ituler..orang jauh2 yang datang ke Ikea ni:) semata-mata nak makan meatballnya kan:)

kak kasihredha,

haa..pense pon anak-anak saya suka ambil juga..huhuhu

IDAZS berkata...

saya pun peminat meatball+daim kek. nyum-nyum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^