Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 17 April 2012

Aiskrim Ikea

Assalamu'alaikum,

Sambungan entri semalam, ada satu lagi benda yang anak aku suka "paw" kalau ke Ikea..tapi takpe..memandangkan HANYA di Ikea sahaja diorang meroyan nak makan so aku layankan aje:)

Kalau nak tahu apa bendanya..hehehe tak lain tak bukan adalah ais krim Ikea (RM1 sahaja)..Aku memang jarang beli ais krim untuk anak-anak aku..Even aku & en suami jaaaaaaaaaaaaarang sangat makan ais krim walau dalam hati begitu meroyan nak makan ais krim Magnum yang bila makan terus high sebabnya dulu Haziq kan ada lelah so memang kami tak bagi dia makan makanan yang sejuk-sejuk macam ais krim sebabnya masa makan tu memang sedap tapi lepas tu...mulalah batuk-batuk & end up pegi klinik amik nebulizer;(

Tapi itu dululah..sekarang ni Alhamdulillah keadaan sudah terkawal..yang penting kena monitor selalu..Harap-harap Haziq akan kekal cergas sampai bila-bila *insya Allah*

So macam dah jadi tradisi kalau lepas je bayar barangan di kaunter, kami akan singgah kaunter depan tu untuk beli ais krim..Lagipon jangan haraplah boleh balik rumah dengan aman kalau tak tunaikan hasrat anak-anak especially Husna yang setiap masa dok minta ais krim *ni tahu dah menurun perangai sapa* 

Nak beli ais krim ni senang saje, beratur then sampai di kaunter kita akan diberikan kon & token macam duit syiling baru tu..pastu g dekat mesin dia, letak kon then masukkan token & tekan butang merah atas mesin tu..senang je kan..even Haziq sibuk boleh buat:)


sekarang ni bertambah seorang lagi peminat ais krim Ikea ni..parok (parah) parok..


Habis mencomot mulut & baju makan aish krim..tak mau kongsi tu tapi mana boleh Ashraf makan sendiri T____T


bersungguh Ashraf makan..Pada ibubapa di luar sana, jangan tiru aksi ini (read : jangan bagi anak kecil makan ais krim Ikea nanti setiapkali pergi sana nak kena belikan untuk anak-anak)


sudah buat rampasan kuasa..tak puas hati kalau orang lain suapkan..nak buat sendirik juga!!


HUsna lagilah sampai sayang nak jilat..tengok sahaja *yerlah dapat makan pon sekali sekala*


Abang Haziq konpem-konpem r makan cepat-cepat sebab nak "paw" yang adik punya..Maklumler..bukan selalu mama bermurah hati belanja makan ais krim khaaaannn..

Kalau anak-anak "paw" mama..Mama ada juga "paw" en suami..hehehe..nak tahu..tungguuuuuuuuuuu next entri:P

6 ulasan:

maya amir berkata...

aku tgk ashraff makan tu terus jadik terliur jugak..hehehe..bersungguh2...haha

Ami berkata...

sedapnyo tangan asyraff,kekoh ke hehe

IDAZS berkata...

anaks aya pun suka mkn aiskrim ikea. suka sbb tgk mesin dia kot. Tapi sekarang dah serik sejak dia mkn aiskrim tu esoknya terus demam. dia dah macam fbia. hihihihih

Zaila Mohamad berkata...

maya,

kalo ko datang sini aku belanja eskrim Ikea k:)

Ami,

mama dio dok kekoh sokmo malam2..hehehe

Idazs,

budak2 ni hanya di Ikea je boleh makan ais krim, kalau tak jangan harap mama dia nak belikan..hehehe

Lily@MamaZaraZareef berkata...

Bkn main syok lg asyraf mamam eskrem eh..hehe..percaya x kite x penah gi mkn kt ikea cafe tu tau. Sbb kalau pi sana asyik penuh je org. Nak sgt rase ikea meatball n daim choc tu. Sume org kata sdp kan..huhu

Zaila Mohamad berkata...

Lily,

kalau nak ke Ikea, better pergi on weekdays sebab masa tu tak ramai orang..kalau pegi weekend..ramainya manusia

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^