Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 11 Julai 2012

Kehidupan Seorang Surirumah Terlampau

Assalamu'alaikum,

Tajuk tak boleh blah kan:P Baru 3 hari duduk rumah sudah jadi surirumah terlampau..sehram ahkak!

Takderlah..so far Alhamdulillah..setakat ni rasa best je tapi tak tahulah nanti lama-lama akan jadi surirumah terlampau..HAHA

So far rutin harian aku bangun pagi (macam nak pergi kerja dulu juga) & terus siapkan sarapan untuk Haziq & en suami..Alah, masak simple-simple je pon..kadang-kadang roti telur, sosej, roti bakar..tak koser mak nak tanak nasi lemak pepagi buta tau:P

Pastu dalam pukul 8.20 pagi van Genius Aulad datang ambil Haziq depan rumah. Kurang stress sebab kali ni tak payah nak bergegas-gegas nak hantar Haziq ke nurseri sebelum pukul 7.30 pagi dah..En husben pon boleh keluar rumah lewat sedikit dah..Kalau tak, pagi-pagi tu dah macam lari keliling padang dah sebab nak kejar van punya pasal..tupon selalu terlepas & nasiblah Uncle Amir baik tunggu tepi jalan:P


Hari ni ada sesi ambil gambar di sekolah Haziq, wajib pakai songkok hitam tapi malam tadi jenuh cari kat kedai takde saiz dia so belilah kopiah hitam ni..tapi tadi Haziq cakap cikgu pinjam songkok orang lain T_____T Kenapa kopiah tak hensem ke cikgu?? hehe


Ashraf pula pagi-pagi lagi dah bangun..memang tak kasi can dekat mama dia nak membuta di pagi hari:P


sambil makan sambil tunggu abang naik van nak ke sekolah..sambil-sambil tu sempatlah mama basuh "porch" dulu..kalau ada bunga mesti boleh belai bunga-bunga dulu kan? *hint untuk en suamilah tewww*


while anak dara pula bengang sebab kena bangun awal, hari pertama haritu dia bangun pukul 10 pagi..isy..isy..isy mentang-mentang duduk rumah dengan mama, suka-suka nak bangun lambat ya so esoknya aku kejut awal-awal..tu pasa muka macam muka cencurut tu..haha

Husna kalau abang dia ke sekolah mesti dia mati kutu..kalu dengan Ashraf dia tak ngam sangat..selalu bergaduh dengan adik..bila Haziq dah sampai rumah dalam pukul 12 tengahari baru nampak ceria sket. Macam-macamlah diorang main; main cikgu-cikgu, papa-mama, hantu-hantu lah..isy diorang ni memang tak reti duduk diam langsung! Tapi kalau rumah bersepah..siaplah mama dia buat amukan ablasa..HAHA tahu takut:P

Oklah..so far duduk rumah ni stress kurang tapi badan boleh tahan juga penat sebab tak berhenti buat kerja..takpelah..as long as hati senang:)

Bye!

4 ulasan:

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

bertuahnya boleh cuti sepanjang masa..apapun make sure gi jogging2 sikit..kena make sure badan aktif jugak macam keja dulu2


kalo x senang sgt rasa x sedap badan..

aku ingat nak resign tahun depan..bila naik pangkat plak..memikir semula..\

smg Allah yng tunjukkan jalan keluar..amin..

mummY daniSha berkata...

huuu...sapa kata suri rumah x penat kan kak?hehee

mrs adam berkata...

anak2 saya kalau tak skola pun bgn awal.susah mama nk tdo pepagi.huhu

yatie chomeyl berkata...

bestnyo, anok 2pun mesti suko mama ado di rumoh,,wpon keno amukan sekali pong hahaha

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^