Assalamualaikum,
Penat tak terkata weh balik kampung tahun ni..Mengalahkan raya puasa makan "jem" atas jalan..Perjalanan dari Shah Alam ke Tumpat mengambil masa 14 jam uolsss..Tak putus-putus kereta bertali arus sepanjang jalan. Toksah bagi lah jalan mana, rata-rata semua AKAN makan jem bagi mereka yang bertolak hari Rabu & Khamis..Tapi Alhamdulillah, walaupon habis satu badan sakit-sakit, akhirnya selamat sampai juga di kampung halaman dengan selamat:)
Teori mengatakan raya haji di Kelantan lebih meriah jika dibandingkan raya puasa memang betul 100%
Hari raya haji tahun ini kami baru berkesempatan nak melakukan akikah untuk Ashraf Hariz, sebab tahun lepas tak balik raya haji so tunda ke tahun ini..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..Harga sebahagian lembu di kampung bermula dari RM370-RM440 (atau lebih tinggi bergantung kepada lembu tersebut)
Tengoklah gaya Haziq & Husna di pagi raya. Masa ni di rumah Tok Su (mak saudara aku) untuk tengok lembu dikorbankan (gambar lembu kat belakang tu dah tinggal arwah dahpon). Muka masing-masing mencuka, al maklumler budak "koyal" oghe bandar, suruh turun jejak tanah sket pon dah masam..Ingat sikit asal usul kita, kampung mari nak oi:P
Daging oh daging..Menu kebiasaan pada hari raya adalah singgang daging, daging bakar, daging goreng kunyit, gulai daging, sup daging..Tapi yang paling orang cari adalah perut muda..Siapa tak suka perut muda adalah tersangat rugi..Buat nyicos kata oghe Klate..terbaeeekkkkk!!
Oklah, itu sahaja update raya haji tahun ni..Walaupon balik sekejap & kononnya en suami ambil cuti pada hari Isnin tetap tak dapat melarikan diri dari jem pada perjalanan Bachok-Shah Alam yang mengambil masa 12 jam..Pukul 3 pagi kami selamat sampai uolsss..Memang penat tapi beginilah nasib menjadi anak Klate..Bilalah nak siap haiwey KL-KB ni..kalu siap konpem nanak minggu aku balik..Eh!
Penat pon tak habis lagi ni tapi hari ni kena siapkan packing order keropok..Alhamdulillah stok keropok lekor laku macam goreng pisang panas, aku beli 50 batang semua habis! Tokei pon sempat merasa 2 batang sajork tapi takpe, kalau ada permintaan lagi..Insya Allah kita akan usahakan stok yang lain pula:)
Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
6 ulasan:
Bowok roti dok..sapu dgn jem...hihi
Sure letih kan kalu jem.Tp puashati sebab ghaya sano merioh
nasib baik ambo terselamat dr jam..hahahaha
sronok balik kg.. walaupun kejap dan penat tp berbaloi tambah plak ngan jem.. berbaloi-baloi gitu hihihi
Has balik ok clear je jln..x jammed sgt. tp hari ahad..ya Allah jammed paling teruk.. 5 pm dr kg..8 am sampai KL...nangis!!
wah..bestnyer... org kelantan mmg meriah beraya haji kan.. ila je rasa mcm xraya... tp pakai bj raya...tp dok rmh je... lg pun imran sakit...
Kak Kasihredha,
bawok roti pon dok sedak sapu jem ni..huwaaaaa
Eliss,
bertuah demo..ambo ni cramp habis kaki & montotsss
Nurhayati,
huhu berbaloi memang berbaloi
Has,
A'a..time balik kan orang balik serentak belaka..mana xjem..zaila yg bertolak lewat pong kn juga tempias sket2
Iela
Alololo siannya kalau anak sakit, memang tak ke manalah kan
Catat Ulasan