Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 22 Januari 2013

Menu Berpantang

Assalamualaikum

Macam biskut chipsmore sahaja aku ni, kejap ada kejap senyap membisu..hihihi Dah nama lagi tengah berpantang, memang tak boleh nak update blog sangat..Lagipun tiada apa perkara menarik yang berlaku kerana diriku kesangapan duduk je di rumah bersama si kecil. Orang kata masa berpantang inilah kita kena rehatkan diri duduk rumah jaga anak je tapi bagi aku yang berpantang sendiri ni, waktu rehat adalah bila en suami pulang dari kerja iaitu bermula pukul 9 malam..Kalau tak, celik je biji mata ni ada aje benda yang nak kena buat!!

Tapi Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar..Baby Azzam pon tak banyak ragam sangat..Abang Chik Ashraf je yang terlebih mengada..itupon di waktu pagi saat abang Haziq & kakak Husna nak ke sekolah, konpem dia akan terjaga. Mulalah nak ikut papa pergi kerjalah, itu ini serba tak kena sebab tak cukup tidur..Selalunya dalam pukul 11 pagi Ashraf akan terlelap so masa inilah aku akan masak lauk tengahari & buat kerja rumah yang lain.

Menu berpantang aku simple sahaja & aku pon bukannya berpantang betul-betul macam orang tua kat kampung tu. Kenalah sesuaikan dengan diri & keadaan kesihatan kita. Masa seminggu pertama aku hanya amalkan makan ikan bakar & ikan haruan sahaja. Halia & lada hitam memang tak boleh makan lagi memandangkan baby Azzam ada jaundice. Selepas beberapa minggu baru mula makan sup ayam, sayuran bertumis & pelbagaikan menu sebab bosan juga kan kalau hari-hari makan benda yang sama:P


Antara sayuran kegemaran semasa berpantang adalah sawi hijau. Sangat bagus untuk penghadaman. Pada yang ada pengalaman sembelit bolehlah cuba menu ini; masukkan sayur sawi, bawang putih & lobak putih ke dalam sedikit air. Masukkan garam & gula sebagai perisa. Boleh juga ditambahkan lada hitam..Makan dengan nasi panas sungguh menyelerakan:)


Ikan selar bakar bersama sayur sawi yang digoreng bersama bawang putih & ikan bilis. Antara ikan yang boleh dimakan semasa dalam pantang adalah tenggiri, siakap, bawal emas (isi putih), haruan, gelama & bukan ikan yang gatal seperti ikan tongkol, bawal hitam, udang & sotong


Aku juga mengamalkan minum teh daun emas cotet dari set berpantang Leesa Formula. Sangat bagus untuk buang angin & penghadaman..Cuma dulu masa berpantangkan Husna uncang ni besar tapi sekarang ni kecil cinonet je..hehehe


Kalau pagi-pagi nak senang bakar roti & minum bersama air milo..Sila jangan percaya aku habiskan 6 keping roti tu ya..ni kongsi dengan Ashraf:P


Lauk kegemaran aku; ayam masak halia (muda)..Cara nak buat pon senang je..
- isi ayam dipotong kecil-kecil
- bawang putih, halia muda dihiris halus-halus
- tumiskan bawang putih & halia bersama sesudu minyak zaitun
- masukkan ayam & lada hitam (pastikan guna api yang kecil)
- masukkan sedikit sos tiram sebagai perasa & sedikit air
- sedia untuk dihidangkan


sayur sawi goreng bersama sos tiram; tumis bawang putih bersama sesudu minyak zaitun, masukkan batang sawi, setengah sudu sos tiram, sedikit air & daun sawi..siap!!


ayam masak lada hitam pon cara lebih kurang sama je dengan ayam masak halia..kalau nak berkuah lebihkan air..aku memang tak gunakan minyak yang banyak semasa memasak ayam, cukup satu sudu & selebihnya masukkan air..

Setakat ni, aku masih elakkan makan makanan bergoreng seperti ikan goreng, ayam goreng..menu kegemaran adalah sup ayam & ikan bawal emas masak stim..Sayur-sayuran pula setakat ni hanya makan sawi & lobak putih yang bagus untuk menambahkan susu badan. Selain itu, aku amalkan juga makan kurma, habbatus sauda, pil pati haruan untuk menambahkan tenaga. Minuman pula hanya milo, kopi & air masak sahaja..Air lain kirim salamlah dulu..teringin juga nak makan jus tapi malas nak buat..hehehe

Oklah..nanti kalau ada masa aku merapu lagi..daaaaaa

7 ulasan:

CeqGu berkata...

amboii terliur weh tengok walau pun lauk ore berpantang. anis lagi la tak pantang langsung....maklum la umi keja, kita plok beranak sulong, suami duk jauh....makanya hentam sajalah apa yg ada. yg penting perut kena isi huhuhu

umminani berkata...

Sedap juga makanan dlm pantang. Sy dh xlama nk deliver..sure mak bagi ikan haruan n sawi je..hehhh ayam bakar.itu je..

Selama pantang ni...mcm2 teringin. Roti boleh mkn yer..?? Selalu mkn biskut jer.

Ayu Ayunie berkata...

mmg ayu suka je makan makanan org berpantang ni.. lagi2 sayur sawi.. tu pasal tiime pantang mmg tak kisah pun kalau makan sayur sawi atau menu-menu pantang lain.. sbb menu hari biasa pun kekdg macam org pantang je..

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

sedap pulak tgk menu org berpantang ni :)

mrs adam berkata...

sgt salute zaila pantang sendiri,kalau saya mesti tak reti,mesti bergantung pd mak.hehehe

mama leen berkata...

sedap tgk ayam tu.. tapi saya anak kedua ni berpantang sendiri sebab mak dah tak ada.. makan ikan kering je tiap2 hari.. lauk lain tak berani makan.. :)

sheila mutalib berkata...

Sedap je tgk menu pantang.. haloa dgn lada hitam x blh ambil ye klau anak jaundis?

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^