Tuesday, February 26, 2013

5 Buffered Earning, Terima Kasih Nuffnang!!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah! Hari ni buka tengok akaun Nuffnang, ada 5 iklan tengah running dekat blog aku:) Walaupun hanya 1 untuk blog ini tapi sudah cukup membuatkan aku tersenyum. Penyumbang terbanyak untuk duit poket aku of courselah blog Welcome II My Life ni kan..Yang lagi 3 tu entah bilalah nak aktif balik..Tapi takpelah, asalkan ada juga iklan berbayar, walaupun sedikit lama-lama jadi bukit:)

Duit dalam tabung pon makin bertambah, takpe kita biar duduk dalam tu lama sikit, nak cash out bila dah cecah 3 angka *tapi entah bilalah tu* Setakat ini, aku masih belum terniat untuk tekan butang cash out tapi tak tahulah kot-kot next time tangan ni gatal nak tekan kan..Mari kita tengok sampai bila boleh bertahan..kuikuikui

Pada mereka yang masih belum dapat cash out duit Nuffnang tu, jangan sedih..jangan cepat give up..kadang-kadang kena belajar juga dengan mereka yang otai *yang pasti bukan aku sebab blog aku ni blog picisan sajork* kena tahu apa faktor yang boleh tarik orang baca blog kita kan? Macam blog aku ni sekarang dah jadi blog gambar makanan sudah, kalau gambar menarik takpe, ini gambar dari kamera amatur..tapi tetap buat korang tergoda kan? kan?

Alhamdulillah, sepanjang 4 tahun menghabiskan masa dekat blog ini, UV blog ini sudah meningkat. Terima kasih pada yang sudi membaca / follow blog aku ini. Insya Allah aku tak akan berhenti dari menulis/berkongsi pengalaman hidup aku. Aku rasa memang aku perlu untuk berblog, sebab di sinilah aku boleh "lari" dari rutin harian aku yang sememangnya sangat stress..HAHAHA baru jaga 4 orang anak pon dah kecoh stress kan? Bila baca balik entri-entri aku yang lama, ada rasa kelakar & sometimes rasa bodoh pon ada juga:D Tapi tak kisahlah, inilah yang dikatakan pengalaman hidup kan? Terima kasih juga pada yang sudi tinggalkan komen, aku mengaku memang teruk dalam membalas komen tapi deep down from my heart i really appreciate it:)


Terima kasih buat Nuffnang. Pada yang masih belum mendaftarkan diri sebagai Nuffnanger, baik buat cepat-cepat..


View terkini..memanglah tak segempak orang lain tapi cukup menggembirakan diri aku. Buat apa nak stress-stress bandingkan blog kita dengan blog orang lain. Yang penting aku happy dengan pencapaian diri sendiri. Terima kasih buat semua pembaca! Semoga blog ini akan terus maju & dapat menyumbangkan pendapatan yang tetap untuk aku..hehehe

Terima kasih juga pada pengiklan yang sudi memilih blog aku sebagai medium untuk memasarkan produk mereka. Pada mereka yang ingin memasarkan produk / jualan di blog aku, bolehlah email terus kepada aku zailamohamad@yahoo.com Insya Allah tiada bayaran dikenakan. Sekadar menolong secara ikhlas:)

Thank you *lambai tangan macam retiss*

P/S : baru dapat email dari wakil Huggies untuk join event diorang!!
P/S/S : Nuffnang, please please bagi aku peluang buat sponsored entry..hehehe Mana tahu kan..tuah ayam nampak di kaki, tuah blog nampak di..............(sila isi tempat kosong)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015