Haritu masa aku upload gambar roasted chicken ni di facebook, ramai yang minta resepi..actually rasanya dekat blog ni pon sudah ada resepinya cuma biasalah mesti ada yang tak tahu / tak reti nak godek-godek so it's ok, aku bagi lagi sekali..Lagipon resepi aku ni berubah-ubah ikut bahan yang ada kat dapur..Ikut suka aku je nak campak apa, yang penting rasa mesti sedap!! *perasan*
Ahad lepas adik ipar aku request nak makan roasted chicken. Nasib baiklah roasted chicken, kalu mintak nak makan gulai kawah ke gulai lemak telur itik ke berpeluh jugak ketiak ni..hakhakhak so kawan-kawan ini lah cara aku buat roasted chicken ala Kenik Rojers
- ayam (aku suka buat dalam potongan kecil-kecil; semua bahagian aku masukkan kecuali hati ayam)
- sos bbq jenama Knorr (atau apa sahaja jenama lain yang Halal)
- mixed herbs
- lada hitam
- garam
Cara-cara :
- perapkan ayam dengan sos bbq, mixed herbs, lada hitam & garam..Kalau nak kehitaman sikit boleh tambahkan kicap manis. Perap selama yang mungkin supaya ianya meresap ke dalam daging ayam. Bila dah bersedia tu, bakar di dalam dulang bersama potongan kentang & carrot yang dipotong kecil. Owh jangan lupa juga ketuk selabu bawang putih & campak ke dalam dulang secara rawak *kerlass ayat ko nyah*
- Bakar dalam oven dengan suhu 200 degree selama 40-60 minit. Nanti tengok-tengoklah selalu ayam tu..
inilah rupa roasted chicken aku setelah ditransfer ke dalam bekas..
haritu aku gunakan sos bbq jenama Knorr
Untuk kuah gravy pula, minyak yang terkumpul di dalam dulang pembakar tu janganlah dibuang yaa..sebab boleh buat sebagai gravy..cara-caranya :
- tuangkan minyak ke dalam kuali
- masukkan 1 kiub pati ayam
- masukkan lada hitam
- masukkan bancuhan air tepung gandum untuk memekatkan kuah
memang sedap bila dituang di atas ayam masa panas-panas..kentang tu pon sedap dimakan..nom nom nom
Oklah, itu sahaja resepinya..mudah bukan?? Korang pon boleh sediakannya di rumah..Kalau nak ala-ala Kenik Rogers bolehlah sediakan mashed potato, macaroni & cheese, mixed fruits sebagai side dishes..Selain menjimatkan, rasa pon sedap!!
Selamat mencoba
7 ulasan:
should try this one... weekend ni boleh la buat BBQ roasted chicken.. hubby pon dah request ni.. hehehe
dah ade resepi ni ape lagi kene try la.. :) :)
kak,dah tukar nama belog ini....hehee..knp terdesak tu?
Mokla,kntag n karot kna rbus bg empuk dlu ke b4 bkr?
Bibi yusof,
cubalah!! mesti husband & anak-anak suka
mummy danisha,
hahaha..desperate = terdesak HAHAHA
Anom,
siapa ni?? takyah rebus, letak sekali dalam dulang pembakar..pahtu tuang nanti dalam kuah gravy tu..
Erm,mixed herbs xde ni,klu xtaruk xpe ke?
Mixed herbs tuh mmg dia tulis kat label mixed herbs ek. Ada gamba tak? Thks :-)
Hi sis, mixed herbs tuh yg camana ek, label dia tulis mixed herbs ke? Leh post gamba tak? Thx :-)
Catat Ulasan