Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 27 Jun 2013

5 Tips Bina Blog Berpengaruh


imej : carian google 

Assalamualaikum,

Ramai yang bertanya apa rahsia aku kekal berblog. Rata-rata dari teman blogger yang mula berblogging sama tahun dengan aku atau sebelum aku sudah jarang berupdate & paling sedih ramai yang sudah tutup terus blog tersebut. Mungkin mereka mempunyai alasan yang tersendiri seperti kekangan masa, rimas dengan pertanyaan orang sekeliling mahupun sudah tidak tahu apa yang mahu diceritakan lagi.

Sejujurnya aku pun ada perasaan begitu. Gambar di atas menunjukkan kitar hidup sebuah blogger. Memang betul pada tahun pertama kita akan lebih teruja untuk bercerita tentang kita sahaja (termasuklah aku)! Segala emosi marah, sedih semua nak bagitahu dalam blog sehinggakan kita tak perasan yang penulisan kita banyak menyinggung perasaan orang lain yang membacanya (terutamanya kenalan atau saudara-mara kita). Dunia blog ini memang kadang-kadang tidak seindah rupa blog kerana walaupun setiap hari kita baca blog tersebut tapi kita masih tidak dapat mengenali penulis dengan lebih dekat. Betulkah si polan ini macam ini, betulkah si polan ini buat macam ini kerana ada ramai peniru di luar sana yang suka meniru / mengambil hasil tulisan orang lain.

Namun itu hanyalah asam-garam dalam berblog. Sekiranya kita fokus dalam apa yang kita buat tanpa mengharapkan balasan, Insya Allah aku rasa suatu hari nanti kita akan dikenali ramai. Lihat sahaja blogger-blogger terkenal yang sudah pon memasuki alam penyiaran seperti Redmummy, Hanis Zalikha, Dr. Harlina & ramai lagi blogger hebat di luar sana. Ada juga yang telah menerbitkan buku. Contoh yang paling dekat dengan aku adalah kak Masayu Ahmad yang dulu aku kenali melalui blog Naufalsayang (yang kini sudah dikenali sebagai Panduan Bekerja Di Rumah WAHM, SAHM, SOHO), bagaimana aku mengikuti kisah kak Masayu yang berhenti kerja dan berpindah ke kampung halaman demi menjaga orang tua di kampung. Ya Allah syukur sangat-sangat ditemukan dengan insan hebat yang banyak memberi suntikan semangat kepada aku juga agar terus berblog & menyumbang kepada masyarakat khasnya kaum surirumah di luar sana.

Blog aku mungkin tidak segah blog orang lain tapi aku berharap aku dapat menyumbangkan sesuatu kepada kaum wanita di luar sana yang masih berbelah bahagi antara kerjaya & anak-anak. Pada yang ada keinginan untuk berhenti kerja, nasihat aku binalah tapak asas berniaga dari sekarang supaya walaupun kita sudah berhenti tapi masih lagi boleh mencari duit melalui bekerja dari rumah.

Oklah, di sini aku nak kongsikan tips untuk bina sebuah blog yang berpengaruh :

1) Menulis Ayat Positif

Ketika kita dilanda emosi yang tidak stabil, cuba tukarkan emosi negatif kepada positif. Cuba jangan terlalu banyak mengeluh / meluahkan rasa sedih terhadap apa yang berlaku ke atas diri kita. Kongsikan dengan pembaca gambar atau petikan kata-kata semangat supaya pembaca sentiasa merasakan aura positif bila membaca blog kita.

2) Cipta / Tarik Pembaca

Kunci utama adalah sentiasa update, update dan update. Walaupun hanya sekadar satu perenggan satu hari. Updatelah supaya pembaca sentiasa menantikan apa yang akan kita ceritakan kepada mereka:) Blog ibarat sebuah rumah, kalau biarkan ianya sepi tanpa update ibarat membiarkan rumah tanpa penghuni. Kesimpulannya curi masa untuk update blog.

3) Memperkenalkan Diri Kepada Pembaca

Untuk dikenali ramai kita seharusnya berani tampil memperkenalkan diri kepada pembaca. Gunakan nama asal dan letak gambar diri sendiri sebagai profil. Di sini kita boleh bina kepercayaan kepada pembaca. Catatan harian yang ditulis juga jika besertakan gambar sebenar boleh menunjukkan keikhlasan kita dalam menulis. Mana tahu suatu hari nanti ada pihak yang berminat membukukan kisah perjalanan hidup kita ini. Segalanya mungkin akan berlaku, tengok sahaja penulis hebat dari negara Barat yang hanya menulis kemudian membukukan kisah mereka.

4) Kuasai Tajuk Blog

Blog melambangkan peribadi kita jadi kuasai apa tajuk blog kita. Masukkan sedikit demi sedikit maklumat ringkas di dalam blog. Lama kelamaan blog kita akan dipenuhi dengan maklumat yang bermanfaat kepada pembaca. Selain itu perlu ada juga keterujaan dalam menyampaikan maklumat. Ini boleh disokong dengan memasukkan gambar-gambar sebagai bukti apa yang kita tulis di blog.

5) Bina Rangkaian

Bina jalinan antara kita dan pembaca. Sentiasa memberikan ganjaran kepada pembaca agar mereka suka mengikuti blog kita. Contohnya sekiranya bercuti, bawa balik beberapa cenderahati kepada pembaca sebagai penghargaan. Selain itu, boleh jadikan medium Facebook, Twitter, Instagram sebagai medium sosial yang lain untuk berhubung dengan pembaca. Jangan lokek atau sombong dengan ilmu. Sekiranya ada pembaca menanyakan sesuatu, usahakan supaya mereka mendapat tindak-balas daripada kita.

Oklah, itu sahaja tips yang aku boleh kongsikan di sini. Sebenarnya masih ada banyak lagi tips yang ada bagi membina sebuah blog yang berpengaruh. Semua itu boleh didapati di dalam pakej WAHM SOHO yang mengandungi 3 pakej e-book iaitu :
1) Belajar Asas Blog tulisan Masayu Ahmad
2) Super WAHM SuperMom tulisan Masayu Ahmad
3) Panduan Mula Bisnes Butik Online & Offline tulisan Masayu Ahmad

Semua ini hanya pada harga kasih sayang RM125 sahaja.

Boleh dapatkan dengan tempahan melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / whats app : 012-3228651

Percuma buku Jana RM Dari Rumah tulisan Masayu Ahmad dengan setiap pembelian pakej ini. Cepat, cepat dapatkannya sekarang dengan memulakan langkah awal bekerja dari rumah sekarang!

Salam kasih sayang!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^