Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 25 Jun 2013

Diari WAHM SAHM SOHO : Indahnya Bekerja Dari Rumah Di Musim Jerebu


Assalamualaikum,

Hari ni dah masuk 2 hari Haziq tak ke sekolah gara-gara jerebu. Syukur ada kemudahan internet dan facebook, buka sahaja laman facebook sekolah Haziq sudah dapat update terbaru tentang status persekolahan. Dalam keadaam jerebu ini, Haziq sudah batuk-batuk & nampak tak sihat. Kalau sekolah dibuka pun, aku rasa aku tidak akan mengambil risiko menghantarnya ke sekolah kerana keadaan kesihatan Haziq yang memang ada sejarah athma. Moga Allah lindungi anak-anak kita semua.

Bila anak-anak ada di rumah memang memenatkan. Hari ini sahaja aku baru dapat menjamah nasi pukul 3.30 petang, itupun makan dengan ekspress, mana tidaknya; yang kecil menangis nak tidur, yang besar dok menganga depan muka minta disuapkan manakala yang ketiga duduk melompat atas belakang mahu bergurau! Itulah hakikat seorang ibu yang bekerja di rumah. Memang waktu kerja sangat fleksibel, kalau ralit dengan kerja, akan terkejar-kejar menyiapkan makanan tengahari sehingga diri sendiri yang susah!

Tapi Alhamdulillah, walau sekalut mana pon, aku harus panjatkan kesyukuran pada Allah kerana anak-anak masih berada di hadapan mata. Segala-galanya aku yang buat sendiri untuk anak, dari memasak sehingga menyuap mereka (kecuali Husna yang suka makan sendiri), penat tapi puas hati. Tambah pula musim jerebu ini, memang bersyukur sangat-sangat sebab tak perlu keluar dari rumah. Segala urusan hanya berkisar di dalam rumah sahaja:)

Semasa aku bekerja, anak-anak sibuk bermain di dalam bilik. Saat entri ini ditulis, hujan turun membasahi bumi Shah Alam. Syukur Alhamdulillah. Sejak jerebu melanda kawasan kami, setiap hari aku memang berpesan pada Haziq suapaya berdoa kepada Allah supaya Allah turunkan hujan. Setiap hari juga Haziq akan bertanya kenapa masih belum hujan sehingga kadang-kadang dia macam give up untuk terus berdoa. Aku cakap dekat Haziq "setiapkali berdoa kenalah berdoa dengan bersungguh-sungguh & jangan harap sekali berdoa Allah akan makbulkan" Hari ini Haziq berdoa lagi sekali dan tadi bunyi guruh membuatkan Haziq senyum gembira. Aku tahu Haziq happy sebab doanya dimakbulkan Allah! Moga Haziq akan ingat momen ini sehingga dia besar nanti; pembelajaran bersama mama:)

Bagi ibu-ibu yang bekerja dari rumah, harta kekayaan bukanlah ukuran sebenar kejayaan mereka tapi kegembiraan dalam menggembirakan suami dan anak-anak. Kalau ada jualan masuk Alhamdulillah, kalau tiada, masih meneruskan kehidupan seperti biasa. Tipu kalau cakap tiada perasaan stress dalam mendidik anak tetapi dalam keadaan stress membuatkan kita semakin bersabar dan terus mengatur strategi supaya dapat mengawal situasi. Yang penting, harus sentiasa bersyukur kerana diberikan peluang oleh Allah untuk mendidik & membesarkan sendiri anak-anak.

Buat surirumah di luar sana, jom sertai Akademi Bekerja Di Rumah yang baru ditubuhkan oleh kak Masayu Ahmad penulis buku Jana RM Dari Rumah. Bak kata sifu saya;-

"Alhamdulillah, secara rasmi Akademi Bekerja Di Rumah (secara online) di aktifkan berdasarkan dua modul yang sudah saya mulakan bahan kajiannya sejak 4 tahun sudah dan kini ia digunakan dalam kelas asas blog penulisan dan asas blog fan page. 
4 Guru online sudah pun memulkan sesi kelas masing-masing. Kini lebih 50 penyertaan dengan 9 kelas sedang berlangsung. Alhamdulillah. Ketika dihubungi pihak sumber manusia berhad beberapa bulan dahulu, untuk memberi pandangan idea dan modul yang sesuai, saya katakan saya belum bersedia. 

Selepas melepasi beberapa saringan dan inilah hasilnya, saya aktifkan Akedemi Bekerja Di Rumah, dengan memberi peluang kepada surirumah profesional kembali aktif dan menjana pendapatan tannpa had melalui pelbagai cabang. Apa yang nyata, saya sungguh kagum dengan latar belakang kebanyakan peserta, ia bukan calang-calang, farmasi, akauntan, arkitek, pendidikan, kejuruteraan, usahawan dan banyak lagi. 

Ia diluar jangkaan saya. Inilah gabungan dan resipi terbaik, dan kami hanya berususan secara online 100 peratus. Tidak bertemu dan ia fleksibel. Ia juga atas dasar ibu, wanita yang perlu menggalas pelbagai tugas dan amanah. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, atas segala kurniaan ini, ia di luar jangkaan saya. Amanah ini terus saya pegang dengan tekad, lebih ramai dapat bekerja dari rumah dan masih mampu menguruskan rumah tangga dengan lebih baik. Segala yang baik hanya datang dari Allah, segala kekurangan datang dari saya sendiri.
Masayu Ahmad. Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah Atas Talian. "

Pada yang berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh PM aku di 
Email : zailamohamad@yahoo.com
sms / whats app : 012-3228651

Salam kasih sayang!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^