Assalamualaikum,
Lamanya tak post entri jalan-jalan cari makan di sini. Al-maklumler setiap kali kami keluar makan dok berhempas-pulas dengan anak-anak, tak sempat nak keluarkan handset untuk ambil gambar pun T___T"
Takpun sebab masing-masing perut dah kelaparan tahap gaban so tak sempat nak jadi "mental" sekejap..hihi
Tapi hari Sabtu yang lepas aku sefamili & adik ipar aku keluar makan malam di salah satu restoran makanan barat yang cukup terkenal di kalangan pelajar UPM iaitu Chop & Steak yang terletak di Sri Serdang. Aku ni nama je lepasan UPM, duduk pula dekat Kolej 11 (kira dekat juga dengan restoran ini) tapi sekali pun tak pernah masuk makan kat sini masa belajar dulu. Mungkin masa tu takde kenderaan nak pergi jauh-jauh so redho jelah makan makanan makcik cafe @____@
Ya Allah sudah hampir 8 tahun aku meninggalkan UPM dan sudah lama juga aku tidak menjejakkan kaki di sana memandangkan adik ipar aku yang juga pelajar UPM dah lama habis belajar, kalau tak kompom memang akan masuk ke dalam UPM hantar dia..hihi Banyaknya kenangan masa zaman belajar, Alhamdulillah Allah berikan aku peluang untuk menghabiskan ijazah kejuruteraan aku, walaupun sekarang berkesudahan menjadi surirumah sepenuh masa tapi aku rasa mungkin satu hari nanti segala ilmu yang aku belajar dulu boleh digunapakai dalam hidup aku. Insya Allah, kerana Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Oklah, nak cerita pasal restoran ini pula; bagi mereka yang teringin nak makan menu makanan barat bolehlah ke sini di alamat :
Restoran Chop & Steak,
No.20, Jln 6/10, PKNS Seri Kembangan,
73300, Seri Kembangan,
Selangor
Harga makanan kat sini memang berpatutan. Rasa pon boleh tahan sedap & diterima tekak kami. Hari tu kami orderkan spaghetti untuk anak-anak, black pepper steak untuk aku, sirloin steak untuk adik ipar, en suami makan apa dah lupa & tamak sikit kami tambah order chicken chop lagi satu..hihi Konon nak suruh anak-anak makan tapi kesudahan papa dia yang habiskan sampai kekenyangan tahap gaban & sampai tak boleh drive balik Shah Alam. Malam tu kami bermalam di Kajang. hihi
aduh! spaghetti memang menjadi kesukaan anak-anak terutamanya si cilik Ashraf Hariz, sepinggan penuh ni kongsi 3 beradik. Semua kenyang muka pon happy:)
Tengok gambar sekali lagi buat lapar, daging memang lembut & kuah black pepper memang kena dengan citarasa aku. Tapi kentang agak sedikit kurang masak. Apa-apa pun semua licin:)
Cuma chicken chop sahaja macam tak berapa kena dengan selera kami; mungkin masa tu masing-masing dah kekenyangan & terpaksa habiskan menjadikan chicken chop tersebut tidak sedap berbanding lamb chop..HAHA
Restoran ini dibuka pada pukul 5 petang sampai pukul 2 pagi. Memang sentiasa penuh dengan famili yang bawa anak-anak makan di sini. Servis agak lambat hari tu memandangkan ramai pelanggan yang menunggu order. Kalau nak cepat boleh order chicken chop atau kentang goeng dahulu supaya anak-anak tidak bising kelaparan. Air pula didatangkan dalam gelas besar & memang puas hati sebab tiada adegan berebut air. Surau juga disediakan di sini sekiranya kita mahu solat Maghrib dahulu.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh baca review dari Kakimakan.com di sini (kakimakan,com/Restoran Chop & Steak Seri Serdang)
Semoga bertemu kembali dalam siri jalan-jalan cari makan keluarga kami:) bye!
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan