Friday, September 27, 2013

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage ~ Pn Rafeah Sahari

Assalamualaikum,

Di sini aku kongsikan testimoni dari protegeku yang baru mendaftarkan diri di dalam kelas asas blog & fanpage pada awal bulan ini iaitu Pn Rafeah Sahari. Seorang ibu yang merupakan surirumah sepenuh masa dan juga seorang peniaga di pasar malam. Sekarang Pn. Rafeah ingin meluaskan sayap perniagaannya dengan mencuba satu lagi cabang perniagaan online pula.

Singgah baca kisah pengalaman hidup Pn Rafeah di blog ini : Tips Suri Bijak Urus Masa; Antara Keluarga & Perniagaan

Singgah like fanpage Pn. Rafeah di sini : Kelengkapan Solat4u

Sumber teks : http://puanrafeahsahari.blogspot.com/2013/09/testimoni-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html

Assalamualaikum.

Nak Belajar Asas Blog? Klik Gambar



Saya memulakan berniaga secara kecil-kecilan di rumah sekitar tahun 2000 bagi menambah pendapatan keluarga. Setahun kemudian mencuba pula di pasar malam, setiap hujung minggu. Selepas sekian lama, tergerak pula untuk berniaga secara online tapi tidak tahu bagaimana hendak bermula.

Ketika melayari blog dan facebook seringkali terjumpa nama guru pembimbing, Pn Zaila Mohamad. Perasaan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang perniagaan secara online ini memungkinkan saya menghubungi beliau. Selepas mengenali beliau dan diterangkan tentang perniagaan online ini, saya pun mendaftarkan diri di Kelas  Asas Blog dan Fanpage dibawah bimbingan Pn Zaila Mohamad. Alhamdulillah saya diajar dengan masa yang ditentukan oleh saya sendiri. Guru online pula boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja.

Disamping belajar untuk menyiapkan blog dan fanpage, saya masih dapat meneruskan aktiviti harian seperti biasa tanpa terganggu. Begitu banyak ilmu yang dikongsikan serta tunjuk ajar yang diberikan termasuklah tip dan kidmat nasihat tentang perniagaan online ini.

Selain dari itu, kami pelajar-pelajar Kelas Asas Blog dan Fanpage yang tidak pernah bersua muka namun tetap mesra di alam maya dan saling membantu mempromosikan blog dan produk rakan.

Kepada yang berminat menyertai kami dalam Kelas Asas Blog dan Fanpage boleh hubungi Pn Zaila di zailamohamad@yahoo.com

TERIMA KASIH CIKGU.


Alhamdulillah, merasa juga dipanggil cikgu..kehkehkeh Cumanya sekarang aku hanya bergelar cikgu di dalam kelas Asas Blog & Fanpage sahaja :)

Bagi mereka yang masih ragu-ragu, bolehlah buat solat sunat istikharah & cuba keluar dari zon selesa dan ikuti jejak kawan-kawan untuk mencuba sesuatu yang baru. Pendaftaran kelas sentiasa terbuka. PM aku sekarang untuk analisa.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015