Assalamualaikum,
Sambungan dari entri sebelum ini :
1) Kembara Hat Yai & Krabi - Part 1
2) Kembara Hat Yai & Krabi - Part 2
Petang itu kami keluar untuk ke Pasar Terapung Khlong Hae. Dari bandar kami menaiki tuk-tuk dan perjalanan mengambil masa dalam setengah jam juga (itupun sebab pemandu tuk-tuk tu pergi berhenti jumpa kawannya). Lain kali memang kami akan memandu sendiri aje untuk ke sini. Insya Allah tahun hadapan mahu datang lagi:)
Apabila sampai, pemandu tuk-tuk itu memberitahu supaya mencarinya di tempat parking tuk-tuk dan memberikan masa selama sejam setengah untuk kami pergi ke Pasar Terapung itu. Alhamdulillah, pemandu tuk-tuk ini pandai bercakap Bahasa Inggeris jadi sangat mudah untuk berkomunikasi dengan dia.
Memang sayang betul sebab aku masih belum terjumpa kabel kamera tu, kalau tidak boleh kongsi lebih banyak lagi gambar suasana di Pasar Terapung Khlong Hae ini.
Oleh kerana kami sampai pun sudah agak lewat, jadi inilah suasana di sepanjang sungai yang ada perahu menjual pelbagai jenis makanan. Memang kami tidak turun pun memandangkan keadaan yang tak sesuai untuk berjalan dengan anak-anak yang masih kecil. Nanti ada juga budak yang terjatuh dalam sungai =P
Apabila membeli makanan dari peniaga di bawah ini, boleh naik dan makan di tempat-tempat yang telah disediakan. Tapi kan, ramai sungguh manusia pada hari tersebut sampaikan meja pun kena kongsi-kongsi dan tunggu giliran. Kami meninjau-ninjau gerai jualan di dalam pasar tertutup pula. Yang ini di atas tanah ya, ada yang menjual makanan bergoreng, air batu campur, buah-buahan, cenderamata, baju-baju dan banyak lagi. Seolah pergi ke pasar malam di tempat kita juga:)
Kami tertarik untuk mencuba nasi kerabu di sini. Apabila terlihat aje penjual memakai tudung, secara automatik aku akan terfikir yang di sini adalah penjual Muslimah. Sangat-sangat teruja untuk makan nasi kerabu Pattani dimana iainya memang jauh berbeza sekali dengan nasi kerabu kita. Jumlah nasi memang sedikit kemudian dipenuhi dengan ulam-ulaman daun kayu dan yang menariknya ada dicampurkan bihun goreng sekali. Selain itu, ulaman yang menarik perhatian aku adalah lada hitam yang segar. Budunya agak manis dan aku cukup sukakan air ladanya yang serupa dengan resepi mak mertua aku :)
Alhamdulillah, berpinggan-pinggan kami makan. HAHA Mana cukup dengan sepinggan weh!
Ashraf mendapat layanan istimewa dari makcik penjual di mana diberikan sepinggan bihun. Kata makcik penjual "Muka Ashraf sama macam muka anak kawan dia" Comel! Ok, itu mama yang tambah. HAHA
Ke mana-mana kami pergi memang Ashraf yang menjadi tumpuan. Agaknya kerana aksi dia yang lincah dan garang membuatkan ramai yang geram untuk "bergaduh" dengannya. Yang bagusnya Ashraf ni berdikari mahu jalan-jalan sendiri (tapi sudah tentulah aku perhatikan dari jauh). Sampaikan ada orang dari Malaysia yang terkejut dan cakap "Eh anak sape hilang ni??" HAHA Padahal mama Ashraf ada di belakang Ashraf!
Di Pasar Terapung ini kami banyak membeli makanan. Untuk anak-anak kami belikan sosej dan fish ball. En suami turut membeli nasi beriani ayam untuk dibawa pulang ke hotel. Harga makanan di sini agak mahal juga kerana nasi beriani ayam tu sebingkus berharga THB100 (RM10) kalau tak silap akulah! Aku juga membeli baju-baju T-shirt Hat Yai untuk anak-anak iaitu berharga THB100 (RM10) untuk sehelai.
Jika berkunjung ke sini jangan lupa untuk mencuba "ice blendednya". Cuaca yang panas memang cepat membuatkan kami dahaga. Aku juga ada membeli jagung yang memang sedap dan manis. Harga jagung tersebut adalah THB30 (RM3) untuk sebatang jagung. Lepas tu aku beli mangga yang dah siap dipotong. HAHA Datang sini memang kena pandai kawal nafsu makan, kalau tak semua mahu beli. Nasib baiklah tak dapat masuk membeli dari perahu, kalau tak ada yang bawa balik penuh tangan dengan makanan ni :)
Kami bergerak balik dalam pukul 6.30 petang. Pemandu tuk-tuk terus menghantar kami ke hotel tapi itupun sesat berkali-kali sehinggalah en suami keluarkan GPS dari hensetnya dan menunjukkan jalan balik ke hotel. Patutlah pemandu itu tidak tahu kerana katanya dahulu hotel ini merupakan sebuah apartmen.
Malam itu selepas solat jamak Maghrib & Isya' kami keluar ke Bandar Hat Yai iaitu ke Lee Garden Plaza pula. Kali ini bawa kereta sendiri untuk menikmati suasana malam di sana. Rupa-rupanya dekat sahaja dari hotel iaitu lebih kurang 7 minit perjalanan sahaja.
Sayanglah sebab gambar banyak ada dalam kamera. Di sini aku ada membeli beberapa keping fridge magnet dan juga buah tangan untuk diberikan kepada staf pejabat en suami (tapi tak tahulah en suami bagi ke tak ole-ole tu), beli selipar baru (murah-murah aje tau tapi cantik) dan mencuba som tam! Ya Allah sedapnya cuma malam itu merasalah perut memulas sakit perut kerana makan macam-macam:)
Malam itu kami kembali ke hotel dan keesokan harinya check out pada awal pagi lagi untuk meneruskan perjalanan ke Krabi. Oklah, nantikan sambungannya ya!
Bagi yang berminat untuk bekerja dari rumah, boleh ikuti blog terbaru aku iaitu Panduan Bekerja Di Rumah; Online & Offline di sini (http://zailamohamad.blogspot.com/). Insya Allah di blog ini aku akan kongsikan pengalaman sendiri yang memulakan kerjaya di rumah dan semoga apa yang dikongsikan dapat memberikan manfaat buat semua:)
Bye!
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan