Zaman internet ini tak dinafikan Facebook & Instagram banyak memainkan peranan dalam mempengaruhi seseorang untuk membeli produk yang diiklankan. Aku sendiri pun memang selalu terkena, tapi selalunya mak buyong tak tahan bila ada gambar makanan aje, haisyy..dan-dan tu rasa mahu makan!
Alhamdulillah, sudah ramai pelajar aku yang sudah pandai menggunakan laman sosial sebagai medium pengiklanan mereka. Bukan susah pun, sekarang ini muat turun sahaja ke akaun Facebook dan Instagram, pasti akan ada yang bertanya atau meninggalkan komen :)
Selalunya produk makanan memang sentiasa mendapat sambutan. Ditambah pula dengan gambar makanan yang lazat-lazat tu..Adus, bisa membuatkan air liurku bertakung!
Mudahnya untuk berniaga di zaman ini. Tidak perlu bersusah-sudah membuka kedai atau gerai di tepian jalan atau mengedarkan fliers ke rumah-rumah. Hanya muat turun dan kongsi sahaja kebaikan produk bersama teman-teman. Bagi yang berminat untuk mengetahui tentang Tips Menaikkan Jualan Produk Melalui Jualan Dalam Talian (Online) Boleh baca di sini : Tips Naikkan Jualan.
Terima kasih pada yang menempah pes segera nasi arab al Bayt dengan aku. Memang sedap dan sangat-sangat mudah untuk disediakan. Yang penting, beras sudah disediakan sekali di dalam sekotak produk al-Bayt. Hanya ikut sahaja cara-cara untuk memasaknya dan sudah sedia untuk dihidangkan kepada 4-5 orang tetamu :)
Sehingga bertemu lagi. Bagi yang mahu menempah, hubungi aku melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats App : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad
Bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan