Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 28 November 2014

Cuti Sekolah Sudah Bermula

Assalamualaikum,

Waaah dah seminggu dah cuti sekolah berlalu, sibuknya aku sampai nak menulis dalam blog pun takde masa ya :P Sebenarnya tak adalah sibuk mana cuma ada virus M melanda, itulah siapa suruh banyak makan kan?

Oklah, tiba-tiba rasa rindu nak berkongsi cerita bersama peminat tersayang. Cewah! Gittew perasan diva sekarang ya. Muahaha

Kalau cuti sekolah ni macam biasa rumah aku akan dipenuhi dengan tempikan mahupun teriakan sang tarzan-tarzan kecil yang kadang-kadang bermain mesra dan kadang-kadang bergaduh manja. Memang mama kena banyak-banyak bersabarlah kalau ada anak ramai ni, sebabnya kalau yang besar perangai ok yang kecil buat perangai pula dan begitulah sebaliknya! Nak tak nak mama kena update status di facebook bagi "hint" dekat si papa yang sentiasa sibuk dengan kerja yang mama nak pergi MPH mencari bahan bacaan untuk anak-anak (dan juga mama sekali)

Alhamdulillah, misi tercapai :)

Sabtu lepas kami ke MPH Subang Parade, itupun keluar petang selepas en suami balik dari office, kemudian setelkan pos barang, beli barang niaga & terus ke Subang Parade. Macam inilah hujung minggu kami, tak pernah duduk goyang-goyang kaki depan TV. Selalunya aku akan menggunakan sepenuh masa yang terluang untuk bisnes aku. Maklumlah, hari bekerja dah terperap dalam rumah melayan anak-anak dan pelanggan. Jadinya hari cuti kenalah bawa anak-anak riang gembira keluar sambil-sambil keluar mengambil stok. Kadang-kadang anak-anak dah tak teruja sangat dah nak keluar hujung minggu, kalau ditanya nak ke mana? Mama jawab ke GM ambil barang mesti mereka mengeluh! HAHA Sabarlah nak, mama bisnes untuk kamu-kamu juga

Oklah, sambung cerita ke MPH. Memang kalau masuk sini memang rambang biji mata lah tengok buku. Aku lebih suka MPH dari Popular kerana biasalah MPH ni kan kedai Muslim yang punya jadi perasaan itu lain sedikit. Alhamdulillah, hari tu ada "burung kakak tua" si Faber Castle memberikan hadiah percuma pada kanak-kanak yang ada. Apalagi melompatlah anak-anak aku dapat set mewarna dan belon sorang satu. Dalam tu ada 3 warna dan juga nota ringkas untuk menggunakan produk mereka. Ashraf dan-dan tu juga warnakan kertas yang diberikan dan aku pon terkejut bila tengok kemas je hasil kerja dia. OH tak sangka anak mama sudah besar. Huhuhu


Sempat bergambar dengan burung kakak tua tu. Si Azzam pergi tarik ekor burung ni. Hehe Nasib baik burung tak marah :P

Lepas aje beli buku kami jalan-jalan cari kasut anak-anak. Maklumlah bulan 12 nanti nak ke Sabah untuk percutian keluarga kena lah cari kasut yang selesa sedikit. Lepas tu, balik rumah. Itu sahaja aktiviti kami di hujung minggu. Hari Ahad duduk rumah kemas-kemas SOHO dan memasak. Nanti cerita entri yang lain.


Barang dagangan yang dibeli. Alhamdulillah terima kasih pada pelanggan yang menemui aku melalui blog ini dan juga fanpage Barangan Parti Harijadi. Pada yang berhajat untuk mengadakan parti harijadi, jangan lupa rancang seawal mungkin dan boleh PM aku / WA di 012-970 6828 untuk sebarang pertanyaan harga :)
 

Nak kongsikan hasil rembatan dari MPH yang lepas. Hermmmm, lama sudah tak beli buku bacaan. Rasanya tahun ni ini kali pertama aku beli di kedai buku. Teruknyaaaa lah kan. Kata nak suruh anak rajin baca buku tapi diri sendiri yang malas. Jadi, azam tahun baru mak jemah adalah menghidupkan balik suasana membaca dalam rumah ini. Kalau boleh nak konsisten setiap bulan habiskan beberapa buah buku. Haritu pun pernah bincang dengan suami yang kami ni kena ubah gaya hidup dah, kalau mahu jadi contoh yang terbaik untuk anak-anak maka diri sendiri pun kena banyak membaca. Betul tak?

Sekarang ini aku tengah baca buku Ulu Yam di Liverpool tulisan Nazali Noor. Tak tahu pula yang buku ini merupakan best seller dan penulis tu ada blog. Hermm, aku ni semangat balik nak berblog pun sebab baca penulisan Onn nilah :) Rugi rasanya kalau tak abadikan kenangan hidup semasa anak-anak masih kecil ni. Mana tahu satu hari nanti mereka akan baca. Insya Allah


Kemas juga SOHO untuk bagi semangat untuk lebih berusaha. Alhamdulillah setelah berbulan-bulan menunggu en suami memasang rak DIY yang dibeli di Ikea, akhirnya kemas juga SOHO aku ni. Azam baru 2015 nak penuhkan rak-rak dengan bahan bacaan. Nanti ada masa aku nak buat blog baru untuk kongsikan buku-buku yang telah aku baca (yang hanya beberapa jenis sahaja) HAHA Biasalah Mekla semangat tu selalu ada kemudian pekasammmmmmm!


Buku ini pun baru aje dibeli. Maklumlah sejak fokus berniaga dari rumah ni tak dinafikan kena banyak membaca untuk tambahkan ilmu dan kemahiran. Surirumah macam aku ni mana ada peluang (eh bukan takde tapi tak sempat) nak keluar sertai seminar atau apa-apa jadi baik membaca untuk cari maklumat baru. Lagipun ini juga sebagai persediaan aku untuk menyiapkan ebook sulung aku nanti. Sila Komen "SAYA NAK BACA" jika mahu baca ebook sulung Mekla. muahahaha :P


Eh tiba-tiba masuk gambar ni. Mentang-mentang isteri surirumah, en suami belikan hadiah beras basmatho daripada Dubai. Apakah tanda-tandanya ni?? Huhuhu Nak suruh bini rajin memasak ke nak suruh bini makin mengembang?? Oh pada sesiapa yang mahu beli nasi arab siap rempah dan juga beras, boleh WA aku di 012-970 6828 juga.


Novel baru beli juga, nak tahu kenapa aku beli? Sudah semestinya tertarik dengan perkataan "Funny" tu. Maklumlah jadi surirumah ni banyak duduk rumah stress melayan anak-anak aje, jadi baiklah baca novel yang ringan-ringan untuk hilangkan stress yang ada :)


Ini gambar anak jantan Ashraf Hariz yang potong sendiri rambutnya di depan tu. Pantang nampak gunting mesti nak main. Alahai anak, kan dah hensem tu :) Oh sempat juga kami beli beg di "Travel Fair" di Jusco dan alhamdulillah memang berbaloi-baloi dapat beli pada harga yang murah sedikit dari biasa. Nanti aku kongsikan walaupun dah "Travel Fair" tu dah habis. Huhuhu

Oklah, nak pergi masak pula ni. Selamat berhujung minggu semua :)

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^