Thursday, January 8, 2015

Azam Tahun 2015 Seorang Surirumah


gambar hiasan


Assalamualaikum,

Hari ini kemas ruang SOHO, bayangkan sejak beberapa bulan yang lepas lagi meja SOHO ku tak pernah kemas, habuk sampai dah menimbun-nimbun. Alahai busynya ahkak! Jadi, hari ini sambil-sambil buat kerja sambil-sambil kemaskan meja dan kategorikan fail. Ala-ala 5S lah juga ;)

Mana-mana dokumen yang lama-lama semuanya aku buang dan terjumpa lah resit simpanan akaun SSPN anak-anak (masa tu hanya untuk Haziq, Husna dan Ashraf sahaja). Terus teringat yang dari Maybank2u boleh bayarkan terus ke akaun anak-anak. Apalagi, terus pindahkan wang ke akaun Ashraf. Semoga bulan-bulan yang mendatang pun aku akan konsisten menabung demi pendidikan anak-anak. Kalau nak tahu, salah satu azam tahun baru aku adalah untuk lebih menekankan pendidikan anak-anak. Duit hasil dari berniaga aku akan pastikan di pindahkan siap-siap ke akaun anak-anak. Walaupun tak banyak mana, kalau konsisten setiap bulan, akhir tahun sudah dapat satu amoun yang tak disangka-sangka kan?

Alhamdulillah tahun ini aku banyak membaca azam kawan-kawan dan semuanya nak kaya dan berjaya. Bagi surirumah macam aku, cukuplah kalau tahun ini aku boleh lunaskan hutang-hutang tetap seperti PTPTN, bil internet dan telefon, bagi duit kepada mak & ayah dan agih-agihkan ke tabung pendidikan anak-anak. Tahun lepas, duit hasil dari berniaga banyak dihabiskan entah ke mana (bukan membzair tapi ada juga hasilnya seperti beli komputer, telefon dan sebagainya) cuma tahun ini kalau boleh mahu lebih menyimpan dari menghabiskan :P

Awal tahun lagi aku dah siap buat senarai WAJIB bayar dan selesaikan sekiranya berpeluang. Memang setiap minggu akaun Maybank aku akan dikosongkan kerana telah dipindahkan ke akaun-akaun tertentu. Senang kan zaman internet dihujung jari ni? Antara nak dengan tak nak aje. Kalau dulu alasan susah nak ke bank sebab takde siapa nak hantar, susah dengan anak-anak kecillah apa tapi kali ni rasanya alasan itu sudah tidak boleh digunapakai lagi :P Dengan hanya sekali klik dah selesai pindahkan duit ke akaun anak-anak.

Sebenarnya aku bukan seorang yang boleh simpan duit (pantang ada duit mesti nak habiskan) tapi kalau duit tu berada di dalam talian (akaun online) jadi lebih senang aku nak uruskan sebab tak dapat pegang duitnya. Cuma nak kena cekal hati sedikit lupakan aje laman-laman beli belah untuk kesejahteraan hidup di kemudian hari. Faham tak? Kalau tak faham tak apa lah, yang penting aku sendiri faham apa yang aku buat >_____<

Sebagaimana yang aku kongsikan di sini : Azam Baru Seorang Surirumah azam tu kena tulis dengan spesifik dan kalau boleh tandakan senarai yang telah kita capai. Kalau aku semuanya aku simpan di dalam Google Drive, apabila sudah laksanakan maka warnakan dengan satu jenis warna. Rasa puas hati sangat bila apa yang kita mahu buat sudah terlaksana. Kalau boleh jangan untuk sebulan sahaja tapi biarlah konsisten sehingga hujung tahun :)

Sehingga berjumpa lagi. Masih belum terlambat rasanya untuk buat senarai azam tahun baru 2015 ;)

Iklan sat :



 L-SHAPE SOFA TO LET GO |
Fabrik jenis ala-ala baldu hasil re-upholstery pada hujung tahun 2013.
Condition: 7/10
Yang nampak kaler gelap-gelap tu bukan kotor... tapi reflections fabrik.
Harga: RM500 (negotiable)
Pengangkutan: sila uruskan sendiri
Lokasi: Semenyih
Contact us:
013 - 255 0727 (Ayu)
019 - 269 8341 (Nizam)
*abaikan model itu, ni jer gambar yg ada kat hp saya. Gambar sofa pun nampak sipi-sipi jer. Nanti balik rumah i snap gambar full

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015