Wednesday, January 7, 2015

Hari Orientasi Sekolah Husna 2015

Assalamualaikum,

Tanggal 2hb Januari yang lepas, anak kedua aku si comel muka masam Husna sudah melangkah masuk ke alam persekolahan yang sebenar. Cepatnya masa berlalu, sekarang ini sudah 2 orang daripada 5 anak-anakku yang dah bersekolah. Makin ligatlah papa mereka bekerja (tapi rasanya hasilnya gaji tetap sama juga setiap bulan) untuk menyara keluarga. Sebab itu azam tahun baru aku untuk 2015 mahu agih-agihkan duit hasil berniaga ke akaun simpanan anak-anak. Tak dapat simpan banyak pun tak mengapa, yang penting konsisten. Setahun kalau boleh simpan dalam seribu lebih dan boleh lepas bayar yuran sekolah dan yuran tahunan persekolahan anak-anak kan?

Eh! Kan dah melalut cerita bab duit lagi. Mesti uols pun bosan asal masuk blog aku ni kalau tak cerita pasal makan mesti berniaga pastu mesti pasal duit kan? Itu aje yang ahkak reti :P

Alhamdulillah, hari Jumaat yang lepas, Husna dah pergi ke sekolahnya untuk sesi orientasi. Malam tu tidur awal dan bangun awal pagi. En suami yang bawa Husna ke sekolah memandangkan aku berada di kampung bercuti bersama Aaliyah;P Nak tergelak aje tengok muka Husna yang masam mencuka, aku masukkan dalam facebook dan ada beberapa kawan yang cakap muka Husna masam mencuka tu kenapa? He he Agaknya "nervous" kot? Ha ha ha


Sedang beratur di perhimpunan. Kalau Haziq dulu menangis bila kena beratur di sini. Tapi alhamdulillah Husna tak menangis. Pakaian sekolah Husna macam pakaian pengawas dan mesra solat. Di sekolah nanti mereka akan solat menggunakan pakaian ini, sebab itu tangan dan tudung sekolah adalah 2 lapis dan labuh. Mama dia pun tak pernah solat kalau tak gunakan telekung solat, bukan tak boleh tapi dah biasa guna telekung solat. Hu hu hu


Semoga Husna menjadi anak yang solehah dan belajar sungguh-sungguh ya. Mama memang selalu marahkan Husna tapi bukan sebab mama tak sayangkan Husna tapi mama nak Husna jadi anak yang baik dan menjadi contoh terbaik buat adik-adik. Anak perempuan kena rajin dari kecil-kecil lagi, jangan jadi macam mama bila dah kawin baru sibuk nak belajar semua benda. Eh!

Tahun ini azam aku juga untuk meluangkan masa lebih sedikit untuk memantau anak-anak. Husna ni waktu umur 6 tahun kami tak masukkan pun ke tadika jadi dia macam tercicir sedikit. Memang aku kena bagi tumpuan dan kena luangkan masa untuk membuat ulangkaji yang lebih sedikit. Kalau boleh tahun ini tak nak dah anak-anak dapat nombor berbelas-belas lagi. Insya Allah. Lagi satu nak jimatkan duit (eh tersebut duit lagi) dan nak bekalkan makanan kudapan buat anak-anak juga. Awal tahun selalunya memang bersemangat lebih dan semoga ianya kekal sehingga hujung tahunlah ya!

Hari ini dah belikan mereka set alat tulis dan set bekas bekal makanan bertemakan Frozen dan Spiderman untuk Husna dan Haziq. Nak bagi semangat sedikit masuk sekolah. Hermmm, teringat kat mangsa banjir. Ya Allah semoga mereka tabah menghadapi musibah.

Iklan sat :

Pada ibubapa yang nak dapatkan set mula sekolah boleh tengok di sini :





Untuk anak perempuan ada pilihan Frozen (pink da biru) Untuk anak lelaki ada pilihan Ben10 (hijau) Spiderman (merah) & Hero (merah)


Set kembali ke sekolah pula mengandungi bekas pensil, bekas bekal makanan dan pensil warna

Untukk harga boleh email ke zailamohamad@yahoo.com atau WA ke 012-970 6828.

Sehingga berjumpa lagi. Bagi yang ingin mengiklankan produk / servis di blog aku bolehlah hubungi aku melalui cara di atas ya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015