Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 10 Januari 2015

Menu Ikan Rebus Goreng

Assalamualaikum,

Sebenarnya petang tadi aku telah memuat turun gambar lauk tengahari di laman Facebook. Eh! Tak sangka ramai pula yang sukakannya. Lauk itu bukanlah masakan chef ternama ke apa tapi menu paling mudah (atau malas tahap gabanlah bagi aku). Tak lain tak bukan adalah menu ikan rebus goreng kicap!

Sebelum ini aku pernah ternampak Yang Mulia Tengku Puan Pahang ada masukkan gambar masakan TPP di dalam akaun Instagramnya. Terus terliur memandangkan ini adalah menu kegemaran waktu kecil dulu. Kalau ikan rebus goreng garing-garing kemudian makan dengan nasi panas dan budu! Wallah! Kombo hebat untuk terus berhibernasi dalam cuaca sedingin salju ini :)

Kalau di rumah mak aku di kampung, menu ikan rebus goreng sudah menjadi kebiasaan kami. Kalau gunakan ikan selayang (kalau di sini dipanggil ikan sardin) yang segar, rebus dengan asam keping dan sedikit garam. Mak mertua pula suka tambahkan nise (gula melaka). Fuuuh memang sedaplah ratah yang rebus cicah budu atau sambal belacan pun boleh terangkat tau!


Gambar ini bukan masakan aku ya, ini gambar TPP Che Minah Sayang yang masak untuk mangsa-mangsa banjir di Pahang. Boleh ikuti Instagram TPP di sini (Tengku Puan Pahang)


Yang ini baru gambar masakan aku (sebenarnya Aini pembantu aku yang buat aku hanya bagi arahan sahaja). Ikan yang dah direbus tu goreng kasi garing-garing dan kemudian gorengkan bawang dan cili guna minyak baki goreng ikan tu. Kalau boleh kurangkan minyak untuk menggoreng bawang tu. Apabila (wah skema sangat ayatnya) bawang dah layu (masak kot ya?) aku masukkan kicap manis dan sos tiram (satu sudu untuk gantikan garam). Lepas itu siap untuk dihidangkan bersama nasi yang panas. Perghhhh!!

Kalau di Kelantan, musim hujan ni mak aku suka sangat goreng ikan budu (lebih kurang ikan pekasamlah) pastu pecahkan telur atasnya. Tapi aku tak suka sangat sebab ikan budu tu gatal (bagi aku lah) jadi aku lebih suka makan ikan rebus goreng lagi. Syaratnya cari ikan yang segar, sampaikan butir mata ikan pun nak ratah tau :P

Oklah, hingga bertemu lagi. Ada masa nak sambung kembara Sabah sebelum ianya berkubur. Mana tahu nanti anak-cucu aku nak baca coretan nanny (ewah nanny aje) dia ni :) Tata!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^