Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label KLCC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KLCC. Papar semua catatan

Isnin, 14 Disember 2015

Aktiviti Cuti Sekolah : KLCC & Hadramawt Palace

Assalamualaikum,

Hari ini Selangor masih bercuti ya sebab menang perlawanan bola pada Sabtu yang lepas. Syoklah bagi mereka yang sambung cuti :) Macam aku ni takde bawa kesan sangat pun sebab en suami kerja seperti biasa dan kami pun tak pergi mana-mana untuk bercuti. Tahun ni tahun budget sket, he he he

Tapi Sabtu yang lepas terpaksa juga heret kaki ke KLCC sebab dah lama anak-anak minta nak mandi kolam di situ. Selalunya kami suka pergi awal pagi tapi kali ni pergi belah petang pula sebab waktu pagi tu aku dan en suami "berdating" berdua pergi beli stok susu anak-anak di Aeon Big Bukit Rimau. He he Syok dating berdua, siap makan burger baru di KFC lagi ;)

Oklah, kami sampai di KLCC dalam 4 petang lebih, terus menuju ke taman di mana terletaknya kolam. Memang menyesal juga keluar petang sebab ramainya manusia. Hu hu hu Sudahlah sekarang ni parking dekat taman dah tutup jadi terpaksa parking dalam bangunan KLCC dan menapak agak jauh juga untuk ke kolam tu. Bertabahlah mama demi anak-anak :)



Ada pokok krismas besar di luar KLCC


Kalau kat luar ni ramai pendatang asing dan budak-budak remaja melepak, aduh suasana yang tak enak untuk anak-anak


Seronok layan air pancut tapi tak seronok layan pemandangan sekeliling, cukup tak sesuai lah bagi anak-anak; budaya melepaknya lepas tu yang hisap rokoknya, laki pompuan bercampur aduk. Huh! Tuanya Mekla rasa sekarang ni


Sampai je terus en suami layan anak-anak mandi. Aaliyah masih takut-takut lagi, asyik menangis aje dan dia mandi sekejap aje. Tunggu besar sikit mesti suka lah tu


Aaliyah ditemani abang-abang dan kakak :) Azzam pakai baju renang Ashraf dan Ashraf pula pakai baju renang Amirul. Tak sangka dah 2 tahun kami beli baju renang tu di Krabi :)) Baju renang Husna masih muat lagi cuma tak menahannya seksi lah sket, nanti nak carikan baju renang muslimah buat dia


Masa nak balik tu ada sorang budak arab dia pegang kaki Azzam, kesian anak aku sampai menangis-nangis sebab tak boleh nak bergerak. Nasib baiklah ada beberapa budak perempuan India yang tolong lepaskan. Isy, saiko betul budak arab tu, kasar sangat bergurau!


Tak lama pun anak-anak mandi, dalam pukul 6 petang kami cepat-cepat masuk ke dalam KLCC balik sebab cuaca pun macam nak hujan. Kami ke surau solat Asar dan terus tunggu maghrib. Mula-mula tu nak solat asar di surau As-syakirin tapi macam jauh pula nak menapak, lagipun dah nak hujan terus masuk KLCC balik.

Sebelum tu ambil dulu gambar sepukul dua buat kenangan. Kalau waktu bujang suka sangat pergi KLCC tapi sejak dah beranak pinak ni rasa tak sesuainya KLCC sebagai tempat outing keluarga. Rasa macam nak pitam je sebab ramai, dahler lif kecil terpaksa lah kami tunggu lama juga semata-mata nak turun satu aras je pon :P

Hermm tunggu anak-anak besarlah nanti mana tahu boleh datang lagi






Surau kat situ pun kecil jika dibandingkan dengan keluasan KLCC, memang macam sardin juga sebab ramai yang ambil peluang solat Asar lewat lepas tu tunggu maghrib terus. Sudahlah anak-anak dah mula cakap lapar-lapar. Adui memang menguji kesabaran aku betul! Lepas solat maghrib kami keluar dari KLCC terus ke Restoran Hadramawt Palace yang terletak berdekatan aje dengan KLCC (berdepan dengan Prince Court). Ini kali ke empat lah kami datang makan di sini dan menu nasi arab di sini boleh tahan juga sedapnya tapi Saba' tetap pilihan di hati :)


Ini alamat dia bagi mereka yang mahu mencuba :

RESTAURANT HADRAMAWT PALACE
No.251, Jalan Bukit Bintang,
55100, Kuala Lumpur
Tel : 03-2143 3333


Setiapkali datang memang sentiasa penuh dengan orang-orang arab dan mereka yang menganjurkan majlis di sini


Mencabarlah bawa anak-anak yang ramai dan sedang kelaparan ke sini, mulut masing-masing bising aje. Kalau meja lain rilek je makan tapi meja aku, ha ha ha sila bayangkan sendiri. Ashraf tu asyik bunyi aje mulutnya "Mana nasi arab mama?" "Mama, nak air" "Mama nak nasi" "Mana pinggan Ashraf" T___T"


En suami suka order Fried Lamb Liver (RM18) bersama Roti Mullawah saiz kecil (RM4). Sedap juga hati kambing digoreng bersama kentang, cili benggala dan cili hijau. Nanti nak cuba buat sendiri lah di rumah

Kami makan nasi mandy kambing 2 pinggan dan mandy ayam 1 pinggan sudah cukup untuk keluarga kami. Lauk banyak cuma nasi kosong kena tambah satu pinggan lagi, he he Anak-anak aku ni jenis makan nasi lebih dari lauk. Pendek kata semua makan malam tu sebab tu aku lebih suka bawa ke restoran nasi arab berbanding KFC atau makanan segera yang lain. Anak jati Klate mesti suka makan nasi, nak-nak yang ada darah arab. Eh! (gurau aje)


Malam tu habis dalam RM136.80 itupun sebab aku tunjuk kupon diskaun 15%, kalau tak mesti lebih dari RM150. Alhamdulillah, rezeki anak-anak untuk makan nasi arab di sini. Bukan selalu kami dapat bawa. Selepas makan, terus balik ke sarang dan malam tu tidur nyenyak sampai ke pagi. Esoknya habis satu badan sakit-sakit sebab banyak berjalan. Hu hu hu

Oklah, hingga berjumpa lagi. Bye!

Isnin, 2 Februari 2015

Tips Hiburkan Hati Anak-Anak Secara Percuma

Assalamualaikum,

Pagi Sabtu lepas, awal-awal pagi (sebenarnya tak ada lah pagi sangat keluar rumah) kami ke KLCC untuk bawa anak-anak mandi kolam secara percuma di sana. Malam lagi en suami dah bagitahu Haziq & Husna, jadinya selepas subuh mereka sudah bersiap sedia untuk keluar. Aku pula sempat memasak bihun goreng lagi sudah tentulah dengan menggunakan periuk Noxxa tapi rupa-rupanya en suami sudah belikan nasi berlauk untuk kami usai selesai solat subuh di surau berdekatan rumah. En suami cakap selalunya pagi aku malas masak *berterus terang betul laki aku ni* tapi tiba-tiba hari ini rajinlah pula. Amboiiiii, abang tak tahu ke yang sejak ada periuk ajaib Noxxa ni semua kerja sudah menjadi senang :P

Kami keluar rumah pada pukul 9 pagi dan sampai di sana belum pukul 10 pagi lagi. Laaaaamanya kami tidak ke Taman KLCC ini sampai tersilap masuk jalan. Sebenarnya dulu selalu parking berdekatan dengan Surau KLCC tu tapi rupa-rupanya dah ada pembinaan parking bertingkat di situ. Jadi terpaksalah parking di dalam bangunan dan mak aih jauhnya kena berjalan sebelum sampai ke kolam. Sempatlah berpeluh-peluh ketiak juga :P


Cuaca pagi itu sungguh cerah dan panas. He he

Masa kami sampai di kolam, tak ramai lagi orangnya, adalah beberapa anak mat salleh dan anak orang arab sedang mandi. Kolam dibuka untuk mandi pukul 10 pagi jadi memang kami sampai je anak-anak terus masuk kolam. Berbaloilah bawa mereka mandi di sini kerana masing-masing semua sukakan air (walaupun airnya sejuk)


Selepas mandi, layankan mereka makan bihun goreng dan nasi berlauk. Sambil makan sambil main. Bagusnya di situ ada disediakan meja dan kerusi berdekatan dengan tempat anak-anak bermain. Bolehlah sambil-sambil makan sambil-sambil baca buku *bacalah sangat!*


Alhamdulillah cuaca memang sangat-sangat cerah tapi panas. Kalau mat salleh memang selamba bawa anak-anak berlari-lari tengah panas tapi kami ni tak tahan woooo. Cepat-cepat cari "air-cond" hu hu hu

Dahtu camne nak pegi Londong ni?? Jom layankan gambar-gambar di sekitar Taman KLCC ni. Sesekali boleh bawa anak-anak ke sini. Aku suka bawa mereka pada waktu pagi kerana cuaca selalunya baik pada paginya, kalau petang selalu hujan lebat.


















Kami balik dalam pukul 1 tengahari gitu dan masing-masing tertidur kepenatan. Inilah cara kami menghiburkan hati anak-anak secara percuma. Tapi tak de lah percuma sangat sebab parking dalam KLCC tu kena bayar RM10 walaupun parking dalam 2 jam. He he he. Biasalah kan, inilah bandar. Nasib baiklah kami ni orang kampung Shah Alam, seseklai aje keluar ke bandar. Inysa Allah nanti nak bawa mereka ke Aquaria dan Pusat Sains pula, bolehlah mama mengendeng lama-lama di KLCC ;)

Hingga bertemu lagi. Hari Isnin adalah hari yang lemau. Selamat bekerja bagi yang bekerja :)
Untuk mendapatkan panduan tentang bagaimana bekerja di rumah, boleh baca blog ini : http://zailamohamad.blogspot.com/

Assalamualaikum.

Ahad, 14 Oktober 2012

Berhujung Minggu Di KLCC

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, selesai sudah hari sabtu kami. Berpagi-pagi lagi kami sudah keluar dari rumah ke KLCC..Eh! bukan nak shopping tapi saje bawa anak-anak untuk mandi kolam KLCC..Budak-budak ni pantang dengar mandi kolam, konpem-konpem senang je bangun pagi:)

Dalam pukul 9 pagi kami dah terpacak di Taman KLCC..ramai juga manusia kat sini; ada yang datang jogging, ada yang datang lawatan sekolah & ada juga yang datang bawa anak-anak untuk mandi kolam FREE *kami lettewwww* Cuaca masa ni mendung je, just nice untuk aktiviti kanak-kanak ribena berlari riang gumbira! Tapi dalam pukul 10 pagi baru boleh mandi so bagi diorang main-main keluarkan peluh di taman permainan dulu;


Ashraf yang happy dapat main buaian..Pagi-pagi bangun muka tak mandi terus ke sana..HAHAHA Kalau nak mandikan awal-awal bebudak ni pendek kata sampai sana dah lewat bila lewat lapar bila lapar mama dirang jadi SINGA..auuuummmmmmm...So untuk mengelakkan mama bertukar menjadi singa betina kelaparan, baiklah mulakan hari anda dengan sekotak milo & sebungkus roti gardenia inti jagung:P



Nasib baiklah en suami rajin nak melayan karenah anak-anak..Mama dia tukang ambik gambar upload dalam Instagram sajork..Senang betul ada Instagram ni kan:P


Habis anak-anak kena dera dengan papa diorang suh panjat main semua mainan kat situ..baru keluar sedikit peluh jantan betina tu..Kalau tak tahu mengadap TV je diorang ni..Mama ambik gambar pon keluar peluh juga tau:P


Mainan di taman KLCC ni memang best..berangan kalau kat rumah ada mainan sebegini ghupa..anak-anak jiran yang nak menumpang main aku kenakan cas 50 sen sorang..HAHAHA *just kidding*


muka tak mandi..sssyyyyyy..jangan bagitau orang tau:P


Ashraf ni seorang anak yang berani..tak macam abang Haziq yang takut-takut nak memanjat..HAziq..Haziq


Tapi kena pantau juga, al maklumlah Ashraf ni kan kecik lagi..tak tahu mana bahaya mana tak, semua dia main redah sajork:P


Cukup je pukul 10 pagi, kolam dibuka..Apa lagi..berlarilah kanak-kanak ribena tu masuk dalam kolam..sekali lagi Ashraf tunjuk bakat berenang..Eh tak sangka anak mama yang ni tak takut air macam mama abang Haziq..hikhik

Lama juga melayan anak-anak mandi tapi secara tiba-tiba hujan turun..Mula-mula tu takderlah lebat mana so kami sempat berteduh dekat tandas awam je..Sambil-sambil tu suruh anak-anak tukar baju masing-masing


Ada juga yang sempat berteduh di bawah mainan tu (dalam gambar) Ingatkan sekejap hujannya rupanya bertambah lebat..hampir sejam juga lah dok terperangkap dalam hujan ni..huhu


Tengoklah tu..makin lebat pula hujan ni..Nasib baiklah masa ni Ashraf sudah ketiduran, kalau tak mesti susah sebab dia tu bukan reti duduk diam..Kesian mereka yang ada anak kecil, masing-masing dah merengek tak sabar nak balik rumah..Tapi nak buat camne, dah hujan..Bersabar jelah nak oi..Dalam hati berdoa janganlah banjir..janganlah banjir..kalau banjir tak boleh balik rumah tido..huwaaaaaa


Dalam pukul 1 lebih kami redah hujan rintik-rintik..Terpaksa juga meredah hujan sebab perut sudah lapar..Tak koser dah nak jalan-jalan masuk KLCC sebab semua dah muka moyok muncung sedepa..so baiklah balik rumah cepat-cepat..

Tapi on the way balik, sempat lagi singgah makan ayam kampung di R&R KESAS tu..tak sah kalau tak singgah! terbaieeekkkkkk..Alhamdulillah, setelah berpenat-penat meredah hujan..perut kenyang juga hari tu:)


Gambar atas ni upload dari handset kamera..sangat-sangat berbeza dari yang dah ditansformasikan dengan Instagram kan??

Balik dari makan singgah pula di Econsave beli barang dapur..Dalam pukul 3 petang barulah boleh betul urat kaki kat rumah..Sibuk betul aku ni..tapi takpelah..sesekali pon..bukan selalu:)

Petang tu aku buat lasagna & malam keluar makan (lagi) di restoren chinese Muslim yang baru dibuka kat area rumah aku ni..Nantikan segmen JJCM di Restoran Mohd Chan pula..till then..babai...

Iklan sat :

Jangan lupa tempah keropok segera asli dari Kelantan dengan aku..ada keropok segera biasa, keropok sira, keropok ikan parang, keropok lekor (sekitar Shah Alam sahaja), sos pencicah, eh kalau nak order budu pon boleh..Jangan lupa tarikh tutup order adalah 25hb Oktober ni sebab nanti aku nak balik kampung..Apa-apa jelah yang teringin nak makan tu tempah sekarang! Self collect di Shah Alam atau yang jauh nun di luar Selangor, pakcik posmen kan ada..Nanti kita kira-kira lah kos pos berapa:) Nak jadi ejen jual keropok pon boleh, nak tempah keropok buat goodies rewang kenduri pon boleh..Apa-apa pon boleh dengan syarat booking dulu sebab stok selalunya dapat permintaan yang menggalakkan:)

Panjang pula iklan ahkak ya noks:P

Lagi satu, pada sesiapa yang nak dapatkan kapsul Habbatus sauda' yang aku jual ni






Bolehlah dapatkan sekarang! Untuk makluman produk ini masih belum terdapat lagi di stokis-stokis luar dari Kelantan. Aku ni salah seorang ejen jualan online produk ini so pembelian secara borong amatlah digalakkan..Apalagi, PM aku untuk mengetahui harga borong kapsul Habbatus sauda' ini:)

Kalau nak tahu khasiat Habbatus Sauda', baca sini & sini..Alhamdulillah en suami pon dah konsisten ambil pil ini untuk kesihatan diri, pagi-pagi dah kurang bersin & badan pon rasa cergas sedikit..Biaserlah, kalau diamalkan selalu, badan pon akan bertambah sihat (mana-mana produk pon) tapi ibu mengandung macam aku ni tak boleh makan, kena tunggu lepas bersalin baru boleh ambil untuk pertambahan susu badan..

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Rabu, 8 Februari 2012

Cuti Panjang Kami

Assalamu'alaikum semua,

Cuti panjang ke mana korang semua pergi?? Aku & anak-anak habiskan masa berperang di rumah je cuma pagi sabtu lagi kami ke taman KLCC bawa anak-anak mandi free di situ..Of courselah anak-anak aku suka..Paling tak sangka bila si kecil Ashraf tu laju je mandi dalam kolam *of courselah aku yang pegang* tak nak main tepi-tepi nak main kat abang & kakak diorang mandi..Pergh!! penat mama dia nak layan:P
Tapi sebelum tu diorang "warming up" main slide dulu..





Sorry tak banyak gambar..hehehe Balik dari mandi manda kami singgah makan tengahari di Restoran Ayam Kampung di R&R Awan Besar (pun takde gambar) hehehehe

Esoknya aku bawa anak-anak ke IKEA sempena cuti Maulidur Rasul..Sepatutnya ke masjid tapi dah terbangun lambat kan:P

Itu jelah kot..kami banyak habiskan masa di rumah je..Sesekali tak keluar jauh tapi duit mengalir macam air juga, bolehlah menghabiskan masa baca novel, masak-masak & bergaduh dengan anak-anak:P

So you all ke mana menghabiskan cuti yang 4 hari tu???


Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^