Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 18 Mac 2015

Kejadian Di Pejabat Pos

Assalamualaikum,

Petang semalam aku ke pejabat pos Kota Kemuning untuk urusan penghantaran barang. Selalunya aku akan telefon sahaja "Abang Sado" Poslaju tapi sebab semalam (Isnin) dah datang rumah, jadinya rasa macam kesian pula nak minta dia datang lagi walaupun untuk pos 2 barang (sebenarnya kalau telefon mesti akan datang sebab nanti dia akan cas RM5 untuk setiapkali datang). Jadinya aku pun bawa lah Haziq, Ashraf dan Azzam sekali buat teman. Ingatkan orang di pejabat pos tak ramai, sekali mak aih menunggu sampai 21 orang lah juga!

Kalau di pejabat pos, faham-faham jelah kan. Mesti budak-budak akan boring sebab tak ada benda yang mereka boleh buat. Nak berlari pun tak boleh sebab ruang kecil, berdiri-diri dan tengok skrin nombor jelah (itu bagi Haziq yang dah pandai mengira), kalau Azzam pula duduk diam aje atas kerusi tapi si Ashraf ni faham-fahamlah mulut dia, sibuklah bertanya "Mama, jomlah balik jomlah balik" Alahai dia p berzikir pula nak balik. Tadi beria nak ikut, sekali bila kena menunggu lama mula lah bosan. Setelah menunggu dalam lebih kurang 30 minit, tiba-tiba seorang kakak sebelah aku bertanya "Akak nak pos barang je kan?". Apalagi, aku pon cakap "A'a, tapi saya punya kena timbang". Lantas dia menjawab "Takpe, nanti berdiri sebelah saya".

Allahu akbar, mulianya hati akak itu. Mungkin dia melihat (atau bosan) mendengar bebelan Ashraf jadi dia menawarkan diri untuk membawa bungkusan aku sekali dan sudha tentulah aku pun ikut sama ke kaunter. Macam biasa lah, kalau pejabat pos cawangan ni, yang guna plastik poslaju prepaid (sudah bayar) pun masih kena timbang lagi jadinya memang kena beratur dan ambil nombor juga. Manakal nombor giliran aku akak depan kerusi aku ni minta, dia pun bawa seorang anak yang boleh tahan "lasak" juga. Awal-awal lagi sudah main mesin penekan nombor :P

Alhamdulillah, masih ada lagi manusia yang baik hati di Malaysia. Selalunya hanya wanita yang bergelar ibu sahaja yang akan memahami perasaan ibu yang lain. Mungkin kakak yang menawarkan diri itu juga mempunyai anak-anak jadi dia tahu bagaimana perasaan melayan karenah anak yang pelbagai. Apa-apa pun aku bersyukur kerana ini semua adalah pengalaman bagi aku. Kadang-kadang tak semua apa yang kita rancang akan sempurna kerana Allah adalah sebaik-baik PERANCANG juga. Selesai urusan pos, laju aku memandu membeli pisang goreng dan keropok untuk dihadiahkan untuk anak-anak :)

Tak lama selepas itu, situasi ini berlaku kembali di tempat yang sama iaitu di sofa rumah :


Ashraf Hariz sedang re-cas tenaga! Tiba-tiba diam, tengok-tengok sudah tertidur. Penat sangatlah tu keluar berpeluh-peluh ikut mama

Itu sahaja kisahnya. Bagi aku perkara biasa sahaja cuma mungkin boleh menjadi ingatan buat diri juga supaya aku sentiasa menolong orang lain. Buat baik dibalas baik. Insya Allah. Selalunya memang macam tu situasi di pejabat pos, kalau kita pentingkan diri sudah tentu kita malas untuk menawarkan diri membantu orang lain (aku dulu selalu macam itu) tapi apa salahnya kan jika kita juga tidak punya urusan yang lain (kalau nak keluarkan duit atau baharukan lesen tu mungkin rumit juga) tapi sekiranya mahu pos barang, mungkin boleh sekalikan aje!

Bagi surirumah, mungkin kadang-kadang perkara ini yang menghalang untuk pergi ke pejabat pos. Tambahan pula jika anak-anak kecil ada bersama. Memang menyusahkan dan mencabar juga. Jadi aku cadangkan telefon sahaja van Poslaju supaya datang ambil di rumah. Setiap urusan akan dikenakan cas RM5 dan kos bagi setiap barang yang mahu dihantar (mengiikut berat). Jangan risau, nanti "abang Sado" Poslaju yang akan timbang dan kira. Mudah bukan? Jadi, tiada alasan untuk tidak memajukan diri berbisnes :) Segala-galanya mudah sekiranya kita tahu caranya. Boleh dapatkan ebook sulung aku iaitu "SURIRUMAH JUGA BOLEH BERBISNES" untuk tips dan panduan untuk berbisnes gaya suri :)


Selalunya abang Poslaju akan datang pada petang Isnin dan Jumaat kerana aku telah bagitahu siap-siap penghantaran memang setiap Isnin dan Jumaat. Bukan apa, kalau sebungkus pun hari-hari nak keluar pos, boleh rugi tant duit minyak juga. Maklumlah, zaman sekarang perlu bijak untuk berniaga :)

Oklah, hingga berjumpa lagi. belanja gambar Azzam satu. Kejadian semalam juga ni :


Salam kasih sayang buat semua. Iklan sekejap :

Dapatkannya di sini : BORANG TEMPAHAN

4 ulasan:

Tie HT berkata...

moga Allah mudahkan urusan sahabat kita tu..mungkin sebelum ni zaila juga memudahkan urusan orang lain..alhamdulillah ^_^

Unknown berkata...

Salam kenal, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya Follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer... :)

Nurhayati berkata...

comel giler abg asyraf tu tido.. siap pegang cawan elok plak tak jatuh. tgk azzam pun comel ngan comotnya.. hebat ko ramai anak tp masih sempat berbisnes..

KoyaKoyaBI berkata...

cas rm 5 utk setiap parcel atau rm5 utk semua parcel?

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^